Best Story

16 November 2009

Memancing Daun Ketum


Anggota RELA dan AADK sedang mengumpulkan pokok daun ketum untuk di musnahkan



Sekumpulan lelaki yang disangka memancing ikan rupa-rupanya memancing daun ketum...inilah kisah yang terjadi di Kampung Hang Tuah, Bestari Jaya, Kuala selangor...Kegiatan ini mula dicurigai oleh penduduk kampung apabila mereka sering kali melihat sebuah lori akan keluar dari kampung nie dengan sarat membawa pokok(yang disangka fauna..sebenarnya daun ketum)
Hasil risikan AADK dan polis kawasan hutan berhampiran sungai di mana penduduk kampung sering memancing adalah terdapat banyak pokok ketum yang tumbuh di situ..Bertindak hasil maklumat itu, pihak AADK, polis dan RELA telah menjalankan opersai bersepadu memusnah pokok-pokok ketum yang terdapat di kawasan itu...Syukurlah kawasan ini dimusnahkan,(walaupun mungkin masih banyak lagi ladang pokok ketum nie) jadi kurang juga bekalan ketum nie untuk disalahgunakan oleh penagih dadah kat Malaysia nie... 
Bagi korang yang masih lagi kurang pengetahuan mengenai daun ketum nie, gua akan berikan sedikit maklumat asas berkaitan daun ketum nie...mungkin selama nie korang hanya pernah mendengar orang menyebut pasal daun nie atau pun korang sendiri  pernah menggunakan daun ketum...kerana untuk maklumat anda daun ketum nie banyak jugalah digunakan dalam perubatan tradisional melayu...Semoga akan memberikan maklumat yang berguna untuk korang semua..DADAH PEMUSNAH.. MUSNAHKAN DADAH!!!

Tunggu apa lagi, bacalah info yang gua taip kat bawah nie...hehehe

Kenali daun ketum

  • Nama saintifik – Mitragyna Speciosa KorthDikenali sebagai daun ketum atau biak di Malaysia; kratom, ithang, kakuan, thom di Thailand
  • Tumbuhan daripada Famili Rubiacaea (sepertimana pokok kopi)
  • Didapati di kawasan tropika Asia khususnya Utara dan Pantai Timur Sem. Malaysia dan di Tengah dan Selatan Thailand
  • Tumbuh di kawasan subur, lembap dan teduh
  • Ketinggian pokok sehingga 50 kaki
  • Pembiakan – dari benih segar atau keratan




Gambar daun ketum...


  • Batang pokok mempunyai kualiti kayu yang baik
  • Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil
  • 2 jenis dedaun – tetulang daun berwarna merah dan yang lain berwarna putih (dikatakan mempunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)
  • Daun banyak digunakan – sebagai ubat tradisi dan drug narkotik
Penggunaan Tradisional


  • Diguna semenjak berzaman-zaman
  • merawat cirit birit, demam dan batuk,
  • mengelakkan dari penyakit cacing,
  • meningkatkan selera makan,
  • menambah tenaga untuk melakukan kerja-kerja berat,
  • diadun dengan herba lain – penawar kepada penyakit darah tinggi, lemah tenaga batin dan lelah,
  • sebagai minuman pemulih tenaga bagi wanita yang baru lepas bersalin
Kesan Pengunaan yang berlebihan
(10-30 helai daun atau lebih dalam sehari)


  • Banyak tidur
  • Hilang keupayaan untuk bekerja
  • Takikardia (denyutan jantung menjadi cepat)
  • Delusi paranoid (khayalan buruk-sangka)
Tanda-Tanda Gejala Tarikan
  • Hidung dan mata berair
  • Cirit birit
  • Sakit pada otot dan tulang
  • Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
  • Sentakan otot (muscle jerking)
  • Tingkahlaku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
  • Mudah meradang
  • Hilang keupayaan bekerja
Risiko Penyalahgunaan Daun Ketum

  • Tertidur semasa melakukan kerja berbahaya sebab pengguna akan mengantuk dengan tiba-tiba tanpa amaran
  • Ketagih jika menggunakan setiap hari atau untuk jangka masa yang panjang
  • Jika diambil bersama lain-lain drug seperti yohimbin, kokain, amfetamin, dos besar kafein  kesan perangsang berlebihan atau peningkatan tekanan darah
  • Jika diambil bersama alkohol, benzodiazepin, opiat  kesan sedatif berlebihan atau menindas pernafasan dan boleh menyebabkan kematian
Diharamkan di Australia, Malaysia, Myanmar dan Thailand

Hukuman keras untuk pemilikan
Thailand mengharamkan penggunaannya semenjak tahun 1943 memandangkan kesan bahaya akibat penyalahgunaan daun ketum. Disama kelaskan dengan kokain dan heroin. Kajian Dr. Sangun Suwanlert pada tahun 1975 mendapati bahawa daun ketum mempunyai ciri-ciri ketagihan.

32 ulasan:

  1. oh nice. aku sumpah xpenah tau cmne rupenye daun ketum tu...cm daun pokok nangka la gak rupenye

    BalasPadam
  2. ok la.. aku pernah amik.. ni aku nak kongsi pendapat jer..

    kalau ko pernah amik, ko akan rasa ngantuk jer.. tapi.. wow. selera makan tu, memang naik la..

    BalasPadam
  3. Kebaikannya lebih dari keburukan. Nenek moyang dah guna 500 tahun untuk kesihatan. Abang ipar dah tak perlu suntikan insulin sejak minum air daun ketum. darah semua jadi normal setelah minum 3 bulan. PENAGIH BOLEH MENAHAN kesakitan untuk berhenti dengan minum air ketum. Dan banyak lagi kebaikannya jika tidak disalah guna.

    BalasPadam
  4. perlu la ada kajian klinikal bagi penggunaan daun ketum, jgn musnahkan mcm tu ajer. Manfaat daun ketum byk dlm perubatan.

    BalasPadam
  5. bgai mana klau kita nak berhenti minum??

    BalasPadam
  6. Sangat baik untuk kesihatan.
    Keburukannya amat sedikit, itupun jika di salahguna.
    Pokok ketum sangat tinggi nilainya dan boleh di
    kategorikan tumbuhan GRED A.

    BalasPadam
  7. Klu diambil atau diminum dengan niat sebagai ubat, sempurna la hidup, klu diambil berlebihan mudarat la hidup.

    BalasPadam
  8. aku x penah tgok lebih2 lg nk teguk air tu....sodap kot?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sedap mana pun bro,pahit disebabkan getah daun yang ada.Kalau bro mula-mula minum nak berjinak untuk kali pertama confirm basah lencun baju disebabkan badan panas dan berpeluh dan kalau dah lama rileks je. Nak minum pun kena bilas dgn air Kickapoo atau Kopi "O "(kalau org kampungla). Mcm tahap aku dah tak perlu nak bilas-bilas dah. Boleh minum terus mcm tu.. (sambil Drive keta pun aku pernah minum..

      Padam
  9. Aku selalu ambil air ketum ni. kiranya seorang peminum yg tegar jugak. kerja pun ok, dpt meransangkan pengunaan tenaga yang berlebihan.Disebabkan tugasan harian kami memerlukan pengunaan tenaga yg amat banyak. Keburukan dia bila air ketum tak ada,putus Stok, badan akan jd lesu,malas dan nak marah orang je. Aku cadangkan baik JANGAN minum kalau tak pernah minum. Nanti akan buat korang ketagih gila-gila babeng (Gelisah x boleh tidur, nak mencari sumber je (mcm Mat Fit x dapat Dadah,sakit perut,kencing kerap dan buang air besar yg kerap) tetapi xde apa pun yg keluar sebenarnya cuma asyik ulang alik masuk tandas...Sekarang ni aku dlm proses untuk berhenti, Alhamdulillah! buat masa ni aku berjaya tinggalkan dah dekat 2 hari dan aku akan teruskan sampai berhenti. dan aku akan kongsikan petua cara nak berhenti minum Air Ketum ni dgn peminum tegar mcm aku ni nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah brenti ke?mcm mna aku nk brhenti..aku pun 2 hari dah tk mnum

      Padam
    2. Mcm mane nak berhenti kawan??

      Padam
  10. bru 2 hari....mcm dah 2 tahun berenti...hihi

    BalasPadam
  11. cuba bgtau mcmna nak berhenti?ada rasa kesan sampingan x?

    BalasPadam
  12. Klau dh 2 hri xmnum mknanya bdan kta dh jdi nrmol. Jgn amalkan mnum ketum sebab bleh jdi ketagih. Bla kta nk brhenti mnum bdan rsa skit sgt. Btter xpyh mnum la.

    BalasPadam
  13. Mcm mne cara dia bro share la ckit...aku pn xlrat dh nk ulang alik blik kg amik stock....bila xdpt bdn sengal2 xboleh tdo seram sejuk hingus meleleh....tlngshare xminum 2 hari kira ok la tu klu peminum ketum tegar...ini xdpt setengah hari pn dh skit2....mntk share

    BalasPadam
  14. Share laa cara..aku dh 4tahun mnum ketum..skunk bru mnyesal sbb mnum..tp apakan daya..badan dh brgantung pda ketum..risau jugak aku..hope korang share bagaimana cara nk benti ketum..

    BalasPadam
  15. Betul share la..ssh btul nk cri web tuk brhenti..smue crite psal bhaye je..aku bdan pn da ssut da ni...share le bro

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senang je nak brhenti.mcm aku..mkn mtedon 3 hari je.jngn ambk bnyk hari.lpas 3 hri bhnti ambk mtedon...insakaalh 3 hri gian ketom brkurgn.skit2 bdan pn x ada.menguap pn x ada.p pkiran kne pk bnda lain....cube lh.

      Padam
    2. Metedon jngn ambk berlebihan.ckp 3 hari je..tkot t gian metedon plk.aty kne kuat...dh bhnti jngn minum dah....

      Padam
  16. hangpa hat gian tue pi amik methadon..pastu ada masa lapang g cari ayaq nyor @air kelapa muda...pg pi belari seround dua kat padang bagi kuaq peluh dah hbs lari hangpa buat senaman tarik otot2 kaki pinggang suma lar..insyaAllah..apa yg pnting hati mau nak beqenti..jgn lupa baca bismillah dulu ..ok mapley caawww assalamualaikum

    BalasPadam
  17. aku pun dah 5 taun peminum tegar ketum..mmg susah nk cari info camna nk benti minum ayaq haramjadah ni..stakat nk kurangkan tu boleh la tp nak benti mmg payah..x minum mmg badan abeh sakit..aku minum pun bkn sbb nk berdengung tp sekadar nk hilangkan sakit badan..nk ilang kan sakit badan pun mau gak sebungkus sehari(500ml)..aku nk share satu petua la yg aku amalkan bila stok ayaq xdak..petua dia ialah ngn cara jalan pijak batu yg timbul2 yg besa kita jmpa kt tmn rekreasi tu..urat2 bdn kita byk yg center dia kt tapak kaki so bila kita pijak batu2 tu urat kita akan terasa lega sikit dr lenguh2 ngn sakit badan..agak membantu bila badan dah start sakit ngn lenguh cuma lega sakit tu x bertahan lama..satu g kena aktif..jogging ka jalan kaki pusing kg ka pun membantu nk hilangkan lenguh2 badan tu..lepas tu kena minum gak buang sbungkus baru ilang lenguh tu..tp aku rasa kalau kita boleh amalkan pijak batu2 tu x mustahil kot boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya dah berhenti minum air ketum. saya minumpun agak lama jugak, lebihkurang 3 tahun. saya cuba pada mula berhenti cara biasa tapi sehari je boleh tahan sebab gian dan rasa lenguh sendi terlalu kuat dan tak boleh tidur. Lepastu ada kawan bagitahu guna metadone untuk berhenti. Saya ikut cara tu sebab kawan saya tu dah minum lebih 10 tahun dan berjaya berhenti. Saya hanya guna metadone selama seminggu saja dan lepas tu boleh tahan sendiri. Alhamdulilaah dah berjaya berhenti.

      Padam
  18. memang susah nak berhenti air ketum dengan cara tahan macamtu saja kalau dah jadi peminum tegar.

    BalasPadam
  19. hanya guna sedikit saja metadone utk tahan gian dan sakit, legih kurang setengah sudu kecil saja sehari sekali, masa malam nak tidur. Metadone pulak termasuk dalam ubat kawalan. Susah nak dapat, boleh minta tolong dari bekas penagih dadah utk dapatkan metadone sebab mereka guna metadone utk berhenti menagih dadah.

    BalasPadam
  20. hanya guna sedikit saja metadone utk tahan gian dan sakit, legih kurang setengah sudu kecil saja sehari sekali, masa malam nak tidur. Metadone pulak termasuk dalam ubat kawalan. Susah nak dapat, boleh minta tolong dari bekas penagih dadah utk dapatkan metadone sebab mereka guna metadone utk berhenti menagih dadah.

    BalasPadam
  21. Salam bro..so camna skrg..boleh berhenti terus ke

    BalasPadam
  22. layannnnnnnnnn dengan suria.....

    BalasPadam
  23. cucuh suria dulu

    BalasPadam
  24. Layan ngn suria.. perhh haha.. aku baru stop dua hari... ni ya allah rasa mcm dah gila.. kerja apa pun x jalan dah ni nak berhenti punya pasal... dah mcm mayat hidup dah aku ni.. duk terlentang, gelisah memanjang.. kuat marah.. so jgn la minum.. teruk kalau x dpt ketum.. tido pun x payah.. badan dah mcm kena kejutan elektrik.. lebih baik jgn minum bagi sape yg baru nak try..

    BalasPadam
  25. Aku tengah mencari cara untuk menghilangkan ketagihan minum ketum.. sebelum ni stim jenis chemical cth mcm eramin 5.. rupa nya nak berenti makan eramin 5 takde lah seteruk nak berenti ketum...sekali dah terjebak.. memang susah la nak berenti.... mcm mana nak dapat kan metadone tu?bayangkan lah dulu sebotol coke besar beli RM10. sekarang sebotol RM20 silap stock kurang harga RM25... dengan rokok lagi.. dengan air bilas kickapoo ke sprite ke red bull ke... Sehari belanja pun dah dekat RM50... kalau sebulan... adoiiii aku nak berenti!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. bro..amek methadone n subuzone bro..aku dah berbelas tahun minum..sari beratus abes tp skrg dah clean..buat mcm aku cakap tp banyak jogging n mental mau kental

      Padam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..