Best Story

6 Februari 2023

Pusaka

0 komen

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Apa khabar geng..? Lama dah tak bersiaran. Arm harap korang sentiasa berada dalam keadaan yang sihat dan ceria walau di mana anda berada...

Setelah bertahun tinggalkan blog nie, hari nie Arm tergerak hati untuk update semula blog nie...hehehe...

Mungkin Arm akan gunakan blog ni untuk bawakan karya penulisan Arm. Doakan semoga Arm terus diberikan kekuatan untuk terus menulis dan update blog nie..

So, tanpa membuang masa.. Silakan baca karya Arm nie yang bertajuk 'Pusaka'. Semoga kisah ini bermanfaat untuk korang..

.............................

~ Bab 1 ~

Di dalam kepekatan gelap malam, dengan hanya diterangi cahaya bulan dan beberapa batang obor, kelihatan seorang pemuda yang bertubuh agak sasa dan seorang lelaki tua sedang bertempur bermain silat di gelangang usang yang hanya dipagari dengan daun kelapa kering.


Pertempuran mereka sangat sengit ibarat dua ekor harimau jantan yang berebut kawasan. Mereka saling berjual beli pukulan dan serangan.


"Bukk..."

Tiba-tiba satu tumbukan padu hinggap ke badan pemuda tersebut lalu dia jatuh di atas tanah..


"Bangun Awang, tak kan dah tumbang!!" Jerit orang tua itu memecah kesunyian malam kepada pemuda itu.


Tumbukan yang dilepaskan orang tua itu bukanlah pukulan biasa-biasa, tumbukan itu digelar pukulan tapak harimau berantai. Jika tidak cukup ilmu didada pasti akan tumbang sampai ke pagi.


"Awang belum tumbang lagi ayah" jawab pemuda itu sambil bingkas bangun mengatur tari silatnya dan kembali mengatur nafasnya.


Mereka kembali menyambung pertarungan yang belum lagi selesai. Kali ini gerakan Awang lebih pantas dan tangkas mengelak setiap serangan dari ayahnya. 


Ayahnya terus melakukan serangan tumbukan bertubi-tubi, dan dalam serangan yang bertali arus itu, Awang menepis dan mencari peluang untuk melakukan serangan balas. 


"Tendangan harimau tanpa bayang!!." Sambil dia menepis tumbukan ayahnya, dia melompat di udara, lalu melepaskan tiga tendangan yang tidak berjaya dielak oleh ayahnya.


"Dashh..Dashh..Dashh.." 

Kali ini ayahnya terperangkap dengan tendangan Awang. Ayahnya terpelanting ibarat tupai jatuh tergolek ke tanah dan tidak berdaya untuk bangkit.


"Bagus..Awang, kamu dah semakin matang dalam pertarungan. Sabar dalam bertahan adalah kunci di dalam permainan silat. " kata ayahnya tersenyum sambil mengusap dadanya, menahan kesakitan akibat tendangan padu Awang.


"Maafkan Awang ayah, saya tidak berniat menyakiti ayah." Awang cepat-cepat memapah ayahnya ke sebuah kerusi untuk memeriksa tubuh ayahnya sekiranya ada kecederaan yang serius.


Tendangan Awang tadi adalah salah satu pukulan serangan tingkat tertinggi di dalam perguruan mereka, hanya yang bergelar pendekar sahaja yang mampu membuat tendangan tersebut. Mujurlah ayah Awang tidak cedera kerana dia pun bukanlah calang-calang orangnya.


"Sudah sampai masanya kamu mengambil alih perguruan ini. Ilmu persilatan yang ayah perturunkan kepada kamu sudah lengkap. Ayah dah boleh berehat dengan tenang, teruskanlah mendidik anak bangsa kita dengan ilmu pinjaman Allah ini. Ilmu persilatan ini adalah lambang jati diri bangsa kita". Kata ayah Awang memberi pesan kepada anaknya itu.


Awang hanya mendiamkan diri tatkala ayahnya mengarahkannya untuk meneruskan warisan nenek moyangnya. Awang sedar, amanah yang diberikan oleh ayahnya itu terlalu besar dan berat untuk digalas. 


"Kamu harus ingat Awang, gunakanlah ilmu persilatan ini ke jalan yang benar. Bantulah orang yang tertindas dan janganlah kamu gunakan ilmu ini untuk bermegah di atas muka bumi Allah ini" Kata ayah Awang memberi pesan sambil menghirup secawan kopi di atas meja.


........................................................................


~ Di sebuah kandang kambing ~


"Embekk...Embekk...Embekk"

Lamunan panjang Awang semasa berlatih silat bersama arwah ayahnya terhenti kerana gangguan dari kambing ternakannya. 


Walaupun kini ayahnya telah tiada, Awang masih meneruskan amanah yang diberikan oleh ayahnya kepadanya.


Pesanan dan amanah arwah ayahnya masih segar tersemat di kotak ingatannya agar dia meneruskan mendidik dan mengajar silat di kampungnya. 


Ayah Awang telah meninggal dunia kira-kira dua tahun yang lalu akibat sakit tua. Kini Awang hanya tinggal bersama emak dan seorang adik lelakinya yang bernama Malik.


Malik adalah adik kepada Awang. Namun mereka berdua mempunyai sifat yang sangat berbeza, ibarat seperti minyak dan air, sukar untuk bersatu. Setelah Malik meningkat remaja, dia tidak lagi minat untuk belajar silat dengan ayahnya. 


Awang tidak pernah berputus asa menjadi guru silat di kampungnya, walaupun yang menjadi muridnya tidak ramai hanya beberapa pemuda dan kanak-kanak sahaja yang sudi menjadi muridnya.


Bagi pemuda di kampungnya, tiada gunanya belajar silat di zaman yang serba moden ini. Silat telah ketinggalan zaman dan hanya orang yang berfikiran kolot sahaja yang belajar silat.


Awang telah belajar silat sejak dari kecil lagi dengan ayahnya. Perguruan silat ayahnya ini adalah warisan dari moyang mereka iaitu Panglima merah harimau berantai.


Bermula dari bengkung putih sampailah ke bengkung hitam iaitu bertaraf pendekar. Dari latihan asas sampailah ke latihan yang keras, dia telah mengharungi ujian tahap tertinggi dalam perguruannya.


Bersambung...

Jemput baca di wattpad untuk kisah seterusnya. Jangan lupa follow juga untuk sentiasa update sambungan kisah Pusaka.

https://www.wattpad.com/story/333185582

18 September 2011

Siapakah Warga Asing Yang Pertama Dihukum Gantung Di Malaysia?

3 komen
Salam satu dunia buat semua...


Apa khabar anda semua? semoga berada dalam keadaan yang sihat disamping keluarga yang tersayang. Malam ini Arm sekadar hendak berkongsikan dengan anda semua berkaitan kisah sejarah hukum gantung di negara kita ini. Sudah agak lama juga blog Arm ini tidak dihiasi dengan kisah-kisah sejarah negara kita ini. Oklah, tanpa membuang masa anda semua... tahukah anda semua siapakah warga asing yang pertama sekali dijatuhi hukuman gantung sampai mati di Malaysia??Ok, bagi yang tahu jawapan kepada persoalan Arm itu, Arm ucapkan tahniah dan kepada yang tidak mengetahui jawapan dan sedang terping-pinga memikirkan kepada soalan itu, apa kata korang luangkan sedikit masa untuk membaca kisah ini sebentar...Kisah ini Arm tidak lakukan kerja editing dan sepenuhnya Arm ambil dari sebuah forum...Begini kisahnya..

Inilah dua warga asing yang dimaksudkan di dalam ini cerita...


Pada 9 Nov1983 , 2 rakyat Australia Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers telah ditahan di lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah jenis heroin . Mereka akhirnya telah didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986.

Di awal tahun 1981 dan akhir tahun 1983 Chambers telah melakukan beberapa perjalanan ke luar negara untuk membawa dadah ke Australia. Pada tahun 1980 Chambers dan teman wanitanya telah membawa dadah ke Australia menggunakan ''body packing techniques''. Chambers telah memasukkan dadah tersebut didalam duburnya dan teman wanitanya juga memasukkan ke dalam dubur dan kemaluan sulitnya. Selebihnya dadah itu ditelan.

Kedua-dua mereka menggunakan teknik yang sama pada tahun 1981 apabila transit di Singapura. Pegawai kastam dapat mengesan dadah yang juga dimasukkan ke dalam poket jaket beliau. Mereka dibebaskan selepas memberi rasuah kepada pegawai kastam di sana.

Chambers dan teman wanita membuat keputusan berpindah ke Perth dan semasa dalam perjalanan mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa teman wanitanya pada 20 May 1983 selepas koma.

Perjalanan mereka ke Malaysia telah diaturkan oleh penjenayah Perth iaitu John Asciak. Barlow dan Chambers kemudian memberi keterangan mereka adalah pelancong yang bertemu secara kebetulan di Singapura dan kemudian memilih untuk bersama-sama meneruskan perjalanan ke Malaysia. Untuk mengelakkan dari kegiatan mereka dikesan, Barlow menaiki pesawat ke Singapura dari Perth dan Chambers pula memulakan perjalan dari Sydney. Ini adalah kali pertama Barlow melakukan jenayah membawa dadah.

Setelah bertemu di Singapura, Barlow dan Chambers meneruskan perjalanan menggunakan kereta api ke Pulau Pinang. Paket dadah telah ditanam disebuah pantai di Pulau Pinang. Perancangan awal mereka adalah memasukkan dadah ke dalam dubur mereka dan menelan yang selebihnya.Barlow enggan berbuat demikian kerana masalah kesihatan. Akhirnya Chambers mengalah dan telah membungkus dadah tersesebut ke dalam surat khabar dan dimasukkan ke dalam plastik dan memasukkan ke dalam sebuah beg merah yang baru dibeli oleh Chambers .

Semasa mereka tiba di Lapangan terbang Bayan Lepas 9 November 1983, Barlow dan Chambers telah diperhatikan sejak mereka turun dari teksi.

Barlow membawa beg merah yang mengandungi dadah tersebut dan berjalan memasuki lapangan terbang manakala Chambers dilihat sedang membayarwang kepada pemandu teksi dan memegang beg kepunyaan Barlow. Semasa Barlow melintasi ''luggage scanning area'' pegawai yang bertugasmemerhatikan keadaan Barlow pada masa itu sangat gugup dan takut.Pegawai bertugas menghampiri mereka dan menyoal siasat mereka.

Mereka telah dibawa ke ''interview room'' dan pegawai bertugas mengarahkan mereka membuka beg-beg yang mereka bawa bersama.Chambers membuka beg seperti biasa tetapi Barlow enggan berbuat demikian dan mendakwa beg merah yang dibawa oleh nya adalah kepunyaan Chambers. Akhirnya Chambers membuka beg merah tersebut dan pegawai bertugas menemui dadah di dalamya. Bagaimanapun beliau mendakwa tidak mengetahui kandungan dadah di dalam beg tersebut. Polis memberi keterangan yang mereka menggigil sewaktu tangan digari.

Mereka telah dipenjarakan di Penjara Pulau Pinang pada 1984 & 1985. Mereka menggambarkan penjara itu penuh sesak. Barlow dan Chambers telah dikurung di dalam sel yang bersaiz dua tiga persegi bersama dengan tiga tahanan lain selama 22 jam sehari. Chambers sangat disukai di dalam penjara tetapi Barlow digambarkan sebagai seorang "gila" dan sering membuat masalah.

Perbicaraan mereka bermula pada 17 Julai, 1985 di Mahkamah tinggi Pulau Pinang. Chambers telah melantik peguam Rasiah Rajasingham dan Barlow pula ialah Karpal Singh. Pada 1 Ogos 1985 Barlow dan Chambers telah hadir untuk mendengar keputusan mahkamah dan mereka menerima hukuman gantung sampai mati. Pada 15 Dis 1985 mereka telah dipindahkan ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Agung Malaysia dan mereka dipenjarakan di Penjara Pudu.

Pada 18 Disember 1985 Mahkamah rayuan telah mengekalkan keputusan hakim untuk mengekalkan hukuman mati ke atas mereka. Chambers dilihat menangis di kandang tertuduh apabila hakim membaca hukuman ke atas mereka. Selepas penolakan rayuan mereka, Menteri Luar Australia,Bill Hayden menghubungi Gabenor Pulau Pinang dan meminta agar hukuman itu ditukarkan kepada hukuman penjara atas alasan kemanusiaan.

Ibu mereka Sue Chambers dan Barbara Barlow telah membuat pembelaan tidak bersalah ke atas anak mereka. Mereka telah menulis surat kepada Sultan Iskandar dan mengakui kesalahan anak-anak mereka dan menyesal denga perbuatan tersebut.

Barlow dan Chambers telah digantung di Penjara Pudu pada 7 Julai 1986. Ibu Barlow iaitu, Barbara Barlow dilaporkan menyediakan minuman untuk membuat anaknya mabuk sebelum hukuman dijalankan. Beliau menyediakan campuran sebanyak 75 pil tidur ke dalam dalam akohol di bilik hotel itu dan diseludup ke dalam penjara dalam botol plastik kecil disembunyikan di dalam beg tangannya.

Hukuman Gantung sampai mati untuk kesalahan pengedaran dadah ini adalah hasil daripada pindaan yang dilakukan pada tahun 1983 iaitu tahun yang sama kedua mereka ditangkap, Pindaaan yang dibuat adalah selari dengan pengistiharan bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohammad (PM diwaktu itu) bahawa Dadah adalah musuh negara dan ancaman kepada negara.

Perbicaraan Kes Kevin John Barlow dan Brian Geoffrey Chambers yang berjalan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang ini telah mendapat liputan meluas di seluruh dunia bahkan telah dijadikan siri Tv pada tahun 1988 dengan tajuk “Dadah Is Death”, bahkan kes ini turut mendapat tentangan daripada rakyat penduduk Australia dan juga Bob Hawke selaku Perdana menteri mereka pada masa itu sehinggakan beliau megatakan tindakan itu adalah kerja orang Gasar.

Rentetan kejadian itu negara Kita dan Tun Dr.Mahathir Muhammad teruk dikecam oleh Australia dan juga media mereka, bahkan ada juga negara lain turut sama mengecam hukuman tersebut, dan yang lebih mengecewakan ialah bila ada juga ahli Parliment kita yang turut sama tidak puas hati dengan hukuman tersebut, ini dapat dilihat semasa Persidangan Parlimen Ketujuh, penggal pertama pada 8 Oktober 1986, dimana Karpal Singh telah menganggap hukuman yang dikenakan kepada kedua penjenayah tersebut telah menjejaskan Imej Mereka di mata masyarakat antarabangsa.

Namun dengan ketegasan dan semangat yang ada pada Tun Dr Mahathir dia langsung tidak berganjak dan tidak langsung terpengaruh dengan gesaan supaya akta tersebut dimansuhkan semula, walaupun peristiwa tersebut talah menyebabkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Australia menjadi Renggan, namun demi keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat beliau langsung tidak berganjak walau setapakpun, bahkan belaiu turut memberi amaran yang berbunyi..

“Kita akan Terus menggantung sesiapa saja yang mengedar dadah di Negara Kita Tidak kira warna Kulit atau kepercayaan”

Ucapan tersebut turut disiarkan oleh akhbar di South Australia.
Akhirnya sekarang sudah banyak negara telah mengikut jejak Malaysia dalam melaksanakan hukuman mati pada pengedar dadah..



17 September 2011

Korang selalu Terlupa atau Kehilangan Kunci?Ini Cara mengatasinya..

11 komen

Salam satu dunia!!!

Malam nie Arm nak promosi satu barang baik punya..Arm hendak tanya, pernah tak korang kehilangan kunci..tak kisahlah kunci rumah @ kenderaan..? alangkah baiknya klu masa tue kita boleh panggil kunci tue dan dia boleh menjawab memberitahu di manakah gerangannya...

Sekarang ni korang x payah risau suda..kerana Arm memperkenalkan - Whistle Recognition Key Finder!! 



cara penggunaan benda nie :

Semasa mencari kunci anda yg hilang, hanya cukup dgn anda bersiul saja dan apabila keychain nie detect bunyi siulan anda itu, ia akan berbunyi seperti alarm dan mengeluarkan cahaya yg berkelip2 utk memudahkan korang mengesan dimanakah kunci itu..

FAQ:
1) lingkungan keluasan: bergantung pada kekuatan siulan anda, lingkungan 2meter ~ 3 meter

2) sekiranya anda tidak pandai bersiul, jgn risau... Sy akan emailkn siulan dlm format mp3/wav..dan selepas tue boleh simpan bunyi siulan tue dalam handfon anda...Keychain ini juga boleh detect selain bunyi siulan jgk sebenarnya, dengan syarat bunyi itu mestilah nyaring dan tajam...

3) Keychain nie menggunakan battery lithium battery yg boleh didapati di kebykkan kedai jam

5) saiznya lebih kurang macam car remote


Harganya...hanya RM15 saja..

Kos penghantaran:

Semenanjung - RM 3 (1 pcs)
Borneo - RM 5 (1 pcs)


Cod.. Sepang, luar dr sepang sya akan poskan ...

produk julung2 kali di Malaysia.


Jika berminat untuk menjadikan keychain nie salah satu lagi gadget elektronik dlm hidup anda atau ingin membeli secara borong..

Jangan segan @ malu untuk contact 013-8575140....

Atas permintaan ramai, bagi yang tidak pandai bersiul boleh download bunyi siulan tue kat sini yer..
http://www.mediafire.com/?mv2n5s3e6c2t1sk