Best Story

Memaparkan catatan dengan label KOMPAS KEHIDUPAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KOMPAS KEHIDUPAN. Papar semua catatan

14 September 2011

Samseng Korek Hidung Pakai Pisau...

14 komen
Salam 1 dunia buat semua!!

Apa itu samseng?? Siapa mahu jadi samseng?? Arm sendiri malas memberi jawapan kepada persoalan itu, kalau korang rajin, korang carilah jawapannya sendiri...Saja bagi korang pening-pening lalat sikit..hahaha..
Apa-apa pun cakap  tak guna dan tembak pun tak kena, korang layanlah gambar di bawah nie...


Barulah samseng, korek hidung pakai pisau..korek lagi dalam-dalam yer bang...

17 Ogos 2011

Salam Ramadan buat semua rakan2..

4 komen
Salam Ramadan dan salam bulan Kemerdekaan..

Wah..sudah agak lama juga Arm tidak menulis di sini. Sudah naik berhabuk dan bersarang labah-labah dah blog Arm nie. Adakah Arm merajuk atau berpatah hati?? tidak, bukan itu sebabnya. Arm sebenarnya ada urusan lain yang perlu diselesaikan. Jadi oleh sebab itulah Arm tidak dapat memberikan masa untuk menulis di sini..Tetapi apa yang Arm terharu masih ada juga pembaca setia yang masih tetap datang ke blog yang tidaklah sehebat mana isinya ini. Arm harap korang akan terus memberikan Arm sokongan agar dapat mempunyai kekuatan untuk terus berkarya di dunia blogger ini...

Ha, itu baru mukadimah tue..maklumlah dah lama tak menaip. Pada hari yang indah nie juga, izinkan Arm untuk mengucapkan selamat berpuasa buat pembaca blog ini bagi yang beragama Islam, semoga amalan puasa dan amal ibadat kita di bulan puasa ini akan diterima oleh Allah SWT. Selain itu juga, bagi sesiapa yang tak sedar pada bulan ini juga, kita sedang berada dalam bulan yang bersejarah bagi negara kita ini, iaitu dalam bulan kemerdekaan. Jadi, apalah salahnya jika pada bulan Ramadan ini kita semua beramai-ramai mengambil peluang untuk mendoakan kedamaian buat negara yang kita cintai ini...

Jadi, bermula pada malam nie Arm akan cuba untuk memberikan komitmen untuk kembali berkarya di sini dan Arm juga sentiasa mengharapkan sokongan dari kalian semua agar terus memberikan sokongan buat diri Arm kerana dunia blogger pada hari ini semakin meriah Arm tengok, dengan kemunculan banyak blogger baru yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Itu sahaja buat malam nie, pesanan Arm jangan lupa bangun bersahur dan jangan lupa berpuasa pada esok hari bagi yang beragama islam tue..

selamat malam semua..selamat!!!

12 November 2010

Hadiahkan Kereta Sport Mewah @ Kitab Al-Quran???

21 komen
Salam jumaat buat semua...

Memandangkan esok hari sabtu, Arm bercadang nak pergi basuh kereta harapan Arm tue. Sudah agak lama juga kereta kesayangan milik Arm tidak mandi. Mandi air hujan dan air lumpur adalah kadang-kadang...

Oklah, Kebetulan sebut pasal kereta, hari nie Arm nak bawakan pula kisah berkaitan kereta. Ini bukan kisah perlumbaan haram malam minggu pula, tetapi kisah ini adalah kisah yang bagi Arm sendiri sebenarnya boleh kita jadikan tauladan di dalam kehidupan kita...

Kisahnya begini...



Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannya mengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya. Lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama. Si ayah hanya tersenyum… si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannya begitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya..

Beberapa bulan berlalu…ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya, telah beroleh kejayaan yang cukup cemerlang...hatinya berbunga keriangan. Suatu hari, si ayah memanggil si anak ke bilik bacaannya..si ayah memuji anaknya…sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dgn kejayaan si anak yang cukup cemerlang… si anak tersenyum puas…di ruang matanya terbayang kilauan kereta sport merah yang selama ini menjadi idamannya itu…

Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuah kotak yang berbungkus rapi dan cantik…si anak terkesima… sungguh..."bukan itu yg kuhajatkan.."dengan hati yang berat…kotak itu bertukar tangan…matanya terarah kepada riak wajah ayahnya…yg tidak menunjukkan sebarang perubahan..seolah-olah tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya…

Dalam pada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu…penutup kotak dibuka…apa makna semua ini???..sebuah Al-Quran kecil!! Comel dengan cover kulit tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan. Si anak memandang ayahnya, terasa dirinya dipermainkan. Amarahnya membuak…nafsu mudanya bergelojak.."ayah sengaja mempermainkan saya…ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukai kereta tu…bukannya ayah tak mampu utk membelikannya…sudah ayah…bukan al-Quran ni yang saya nak…!!" katanyakeras. Al-quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan…si anak terus meninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesaat utk si ayah bersuara…pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya…memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazah yg dimilikinya…

10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yang berharta…punyai syarikat sendiri…dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat…cukup membahagiakan…namun hatinya tersentuh… Sudah 10 tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya…sedang dia berkira2 sendiri…telefonny a berdering… dari peguam ayahnya…ayahnya meninggal dunia semalam…dengan mewariskan semua hartanya kepada si anak…si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitan perwarisan harta…

Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa…si anak pulang ke banglo ayahnya…memerhatikan banglo yg menyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya…hatinya sebak..bertambah sebak apabila mendapati diatas meja di bilik bacaannya…Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada di situ…bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannya selama ini…perlahan-lahan langkahnya menuju ke situ…mengambil al-quran itu..membelek-beleknya dengan penuh keharuan…tiba- tiba…jatuh sesuatu dari Al-quran itu…segugus kunci…di muka belakang Al-quran itu…sebuah sampul surat ternyata diselotepkan disitu…

Kunci itu segera dipungut…hatinya tertanya-tanya...nyata sekali…di dalam sampul surat itu…terdapat resit pembelian kereta idamannya… dibeli pada hari konvokesyennya…Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh si ayah…sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini..hadiah teristimewa utk putera kesayanganku….air mata si anak menitis deras…hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalan mula bertandang…Namun semuanya sudah terlambat…..

Moral of the story..??

1. Sayangi dan hargai ibu bapa ketika mereka masih ada di dunia ini...
2. Kalau ibu bapa buat sesuatu yang kita tak suka selalunya ada maksud baik           
    disebaliknya...
3. Jangan cepat buat keputusan dengan perasaan marah...
4. Hargailah segala pemberian ibu bapa kita...

Kisah ini Arm peroleh dari rakan forum mesra.net...Sudah agak lama juga Arm tidak memaparkan kisah renungan di dalam blog Arm nie. Bukan malas, tetapi ada rasa keberatan sedikit. Apa-apa pun Arm nak ucapkan terima kasih banyak-banyak buat korang yang sudi bertandang ke blog ini dan tak putus-putus memberi sokongan buat diri Arm baik secara langsung @ tidak langsung...ArigatokK!!

11 Ogos 2010

Apa Ada Pada Bulan Ramadhan!!

14 komen
Salam Ramadhan buat semua..

Gambar dari google...

Hari ini adalah hari pertama umat Islam berpuasa untuk bulan Ramadhan pada tahun ini. Banyak juga cabaran  dan dugaan yang datang untuk menguji diri kita di bulan Ramadhan ini...

Di kesempatan ini Arm ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan bagi seluruh umat Islam di seluruh dunia. Semoga Ramadhan tahun ini lebih memberi makna dan kita memanfaatkan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan ini dengan sebaik yang mungkin...

Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang yang berpuasa nie sebenarnya. Antaranya adalah seperti :

  • Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
  • Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
  • Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
  • Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
  • Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat...
Di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini, apa kata kita memperbanyakkan doa kepada Allah SWT agar saudara seagama kita yang tertindas seperti di Palestin diberikan kemenangan dan keamanan yang abadi. Amin...
 


28 Mei 2010

Contohilah Si Pohon Semalu...

28 komen
Salam jumaat buat semua...

Inilah pohon semalu bagi yang tak tahu...

Sebelum Arm berbicara dengan panjang lebar tentang isi entry yang  ingin Arm utarakan pada malam yang indah ini, Arm ingin panjatkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya masih lagi memberikan Arm peluang untuk terus hidup di alam dunia ini dan juga masih lagi memberikan kekuatan buat diri Arm untuk terus menulis di dunia blog yang banyak juga cabarannya nie...


Oklah, selama nie pernahkah korang tersentuh pohon semalu? yang mana pohon nie apabila kita tersentuh ia akan menguncup malu. Selain tue, jika terkena durinya pasti akan berasa kesakitan yang tak terucapkan. Sebenarnya pohon semalu nie jika kita fikirkan secara mendalam pasti boleh kita jadikan iktibar di dalam kehidupan kita sebenarnya...


Dewasa nie Arm tengok kebanyakan remaja tidak lagi berasa segan dan malu apabila melakukan maksiat. Berani melakukan adegan maksiat di tempat-tempat awam. seolah-olah perasaan dan sifat malu itu tiada di dalam diri mereka. Selepas tue siap ada yang rakam lagi adegan panas dan kemudian tanpa rasa bersalah menayangkan di dalam internet. Tak malukah korang?


Malangnya perasaan malu yang dianugerahkan oleh Allah SWT itu pula disalurkan pula di tempat yang salah. Contohnya malu bertanya semasa belajar di dalam kelas, malu untuk menutup aurat, malu berbuat baik dan seumpama dengannya. Sebenarnya malu itu adalah lambang kepada nilai keimanan seseorang muslim itu. 


Cuba kita renungi pohon semalu, bersama-sama pohon semalu itu terselit duri yang sangat tajam, yang mana duri itu adalah senjatanya untuk ia mempertahankan dirinya. Contohilah pohon semalu yang mana apabila kita dalam cobaan dan godaan ke arah kemaksiatan, pertahankanlah diri kita dari terjebak dengan sifat dan keperibadian yang tegas agar terhindar dari perkara yang boleh merosakkan diri kita...


Seterusnya pula, cuba kita perhatikan daunnya. Apabila disentuh saja salah satu darinya pasti semua daun yang berada di sekelilingnya akan turut tertutup malu. Begitulah juga dalam kehidupan kita seharian, sepatutnya semangat perpaduan dan rasa kasih sayang harus ditanamkan di dalam diri kita semua. Janganlah kita hanya mementingkan diri sendiri saja, kerana ada peribahasa yang mengatakan kerana setitik nila, rosaklah susu sebelanga...


Arm harap marilah kita renungkan dan ambillah pengajaran agar diri kita tidak terus terjerumus ke lembah maksiat akibat hilangnya sudah perasaan malu itu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud " Malu dan iman itu adalah teman seiring dan sejalan. Jika yang satu diangkat nescaya terangkat pula yang satu lagi." (Riwayat al-Tabarani-no.8313)





 

7 Mei 2010

Mengenang Dosa Silam...

7 komen
Salam Jumaat dari Arm...



Pada hari jumaat yang mulia nie, kita seharusnya bersyukur kerana masih lagi diberikan peluang untuk terus hidup di alam dunia pinjaman Allah kepada kita. Bila-bila masa sahaja kita akan dipanggil balik oleh-Nya, sama ada ketika kita bersedia atau pun tidak....


Seperti biasa, Arm akan meneruskan entry yang berunsur keagamaan pada jumaat kali nie yang mana Arm harap manfaatnya akan kita perolehi bersama-sama. Bukan apa kita mesti seimbangkan antara dunia dan akhirat, tak ada guna juga jika kita mengejar dunia dan kebendaan semata-mata yang mana hanya bersifat sementara saja....


Seperti yang kita semua sedia maklum, tak ada pun seorang dari kita manusia biasa nie yang terlepas dari melakukan dosa, tak kiralah dosa tue besar atau pun kecil. Namun pernahkah kita membaca dan merenung ayat-ayat Al-Quran tentang neraka. Neraka adalah tempat pembalasan kepada dosa kita, apabila merenung balasan kat neraka, pasti akan menimbulkan perasaan gerun dan gentar kita walau segagah mana pun kita kat dunia nie....


 


Seterusnya apabila perasaan bersalah terhadap dosa yang telah kita lakukan selama nie semakin mendalam dan tak terkawal lagi di dalam diri kita dan dosa-dosa itu sentiasa terbayang di dalam kotak pemikiran kita, di saat inilah syaitan akan memainkan peranannya sebagai pembisik beracun yang akan tambah memusnahkan diri kita dengan bisikannya yang akan menyebabkan kita terus berputus asa dengan Allah SWT...


Setelah kita berputus asa dengan Allah SWT, kita akan jauh sekali untuk bertaubat dari dosa dan seterusnya akan bergelumang dengan dosa dan maksiat yang telah kita lakukan. Ini kerana kita beranggapan tiada gunanya kita bertaubat kepada Allah SWT, kerana Allah SWT tak akan mengampunkan dosa kita...


Firman Allah SWT yang bermaksud "Katakanlah (wahai Muhammad), wahai hamba-hamba ku yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia jugalah jua yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah al-Zumar 39:53)...


"Adakah Allah akan mengampunkan dosa ku??"...Persoalan seperti ini selalu akan timbul di dalam hati kita disaat ingin bertaubat kepada Allah SWT. Sepatutnya kita mestilah sentiasa ingat bahawa sesungguhnya, Allah sesekali tak akan pernah memungkiri janjinya kerana Dia telah berjanji akan menghapuskan segala dosa, tak kira besar atau pun kecil dosa kita tue melainkan dosa syirik saja....






28 April 2010

Yakinlah Pada Dirimu...

15 komen
Salam Arm ucapkan...



Setiap manusia yang hidup kat dalam dunia nie mestilah mempunyai keyakinan pada diri sendiri. Jika tiada sifat yakin pada diri sendiri, nescaya seseorang manusia itu pasti tak akan dapat mencapai apa yang dihajatinya dan apa yang telah dirancang olehnya tak berjaya digapai....


Bagi pandangan diri Arm selagi kita beranggapan apa yang ingin kita buat itu menuju ke jalan yang benar dan kita ikhlas untuk melakukan apa-apa saja pekerjaan yang ingin kita buat tue, jangan takut teruskan langkah untuk melakukan apa yang ingin kita buat....


Sebaliknya jangan pula keyakinan diri yang dianugerahkan Allah SWT itu kita salah gunakan pula. Maksud Arm kat sini, macam untuk melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan agama dan melanggar undang-undang. Jika sifat yakin diri tue kita buat untuk menyakiti insan lain, contohnya macam membuli rakan sekolah atau pun rakan sekerja itu adalah sangat tidak bagus....


Eh, korang jangan fikir hanya kat sekolah jer ada buli. Sebenarnya kat alam dewasa dan pekerjaan pun buli sebenarnya masih ada berlaku. Itulah adanya kes gaduh sehingga membabitkan nyawa melayang. Tetapi bagi mereka yang mempunyai keyakinan diri nie selalunya mereka mampu berfikir di luar kotak pemikiran manusia....


Kesimpulannya dalam entry Arm kali nie, sifat yakin diri nie sebenarnya adalah kunci atau pun syarat utama untuk berjaya. Hanya insan yang memiliki jiwa besar berani menempuh jalan yang tak pernah orang lain lalui dan langsung tak pernah terfikir oleh manusia lain....   


 

23 April 2010

Dugaan Kehidupan...

14 komen
Salam dari Arm...

Apa khabar korang semua? Arm harap korang semua sihat-sihatlah semuanya. Kalau ada yang tak sihat tue cepat-cepatlah pergi klinik, maklum sajalah sekarang nie, H1N1 lah denggilah. So, sentiasalah jaga kesihatan korang tue...


Dalam kehidupan kita nie, selagi nyawa masih dikandung badan, selagi mata kita belum lagi tertutup buat selamanya, pasti kita akan menempuhi pelbagai dugaan dan cubaan dari pelbagai sudut. Dugaan dan cubaan nie kadangkala boleh dalam bentuk kesusahan dan kesenangan...


Salah satu penawar atau pun ubat yang Arm nak bagi buat korang semua untuk menghadapi kepada dugaan dan cubaan kehidupan nie adalah sifat sabar.Walau pun dugaan yang kita hadapi tue sangat berat, sentiasalah bersabar, kerana sabar itu adalah separuh dari iman...


Jika kita sentiasa bersabar di atas dugaan hidup ini, pasti jiwa kita akan sentiasa tenang dan tabah. Ketenangan tue pula amat penting untuk  mencari jalan untuk menghadapi cabaran itu. Ganjaran bagi kesabaran tue pula adalah kejayaan yang pasti akan membuat kita gembira dan akan membuat kita tersenyum...


Pesanan Arm pada hari jumaat yang mulia nie, bersabarlah dalam menghadapi dugaan kehidupan ini, kerana akan muncul sinar disebalik kesabaran itu...

16 April 2010

Kerja Kecil, Jiwa Besar....

10 komen
Assalamualaikum dan Salam Jumaat...


Pada malam nie Arm nak paparkan sebuah cerita yang mungkin dapat memberikan manfaat buat diri kita semua. Bacalah kisah ini sehingga habis agar kita dapat mengambil pengajaran. Ini Kerana kisah ini adalah realiti sebenar kehidupan yang sedang kita jalani sekarang...

Pada suatu hari, seorang remaja lelaki diarahkan oleh gurunya untuk ke sebuah masjid untuk mecari seorang lelaki yang dapat memberikannya sedikit ilmu dan pengajaran. Tanpa membuang masa lagi, remaja lelaki tue terus pergi ke masjid yang diarahkan oleh gurunya itu...


Sesampainya remaja tue kat masjid tue, dia ternampak seorang lelaki yang sedang kusyuk membaca Al-Quran. Remaja tue berfikir adakah lelaki ini yang dimaksudkan oleh gurunya itu. Lalu dia duduk di belakang lelaki terbabit dan menunggu lelaki tue habis membaca Al-Quran. Buruk remaja tue menunggu lelaki tue, tak juga habis - habis lelaki tue membaca Al-Quran...


Lalu remaja tue terpandang pula ke arah seorang lelaki yang sedang asyik membaca beberapa buah kitab. Remaja tue meghampiri lelaki tersebut dan memberi salam. "Tuan, bolehkah tuan mengajar saya?". Tetapi jawapan yang diberikan lelaki tersebut menghampakan remaja tue. Jawapan lelaki tue lebih kurang begini, "Maafkan saya, saya sedang sibuk nie". 


Remaja tue terlalu hampa dan bercadang untuk balik. Sedang dia bersiap sedia untuk balik, remaja tue terpandang seorang lelaki yang sedang membersihkan longkang masjid terbabit. Lalu dia menghampiri lelaki tue. 

"Dah berapa lama pakcik kerja cuci longkang nie?"Tanya remaja tue...

"Dah 15 tahun nak.." Jawab lelaki tue dengan lemah lembut...

Apabila remaja tue meneliti hasil kerja lelaki tue, dia tersangatlah kagum kerana celah-celah longkang yang sukar dilihat oleh mata kasar pun turut dibersihkan oleh lelaki itu.

"Bersih sangatlah longkang nie pakcik, sampaikan celah-celah longkang pun pakcik bersihkan juga ya. Tak perlulah nak bersihkan celah longkang nie, bukannya ada orang nampak pun pakcik". Kata remaja tue dengan kehairanan terhadap hasil kerja pakcik tue...

"Walaupun tak ada orang yang nampak, tetapi Allah SWT nampak nak..."Kata lelaki tue sambil tersenyum kepada remaja tue...


Macam mana, korang dapat tak pengajaran dari cerita nie?hehe.. Oklah, sebenarnya pengajaran yang boleh kita perolehi dari cerita nie adalah walau sekecil mana pun kerja yang kita buat, yang mungkin bagi orang lain tak bererti dan bernilai, tetapi jika kita buat dengan hati yang besar pasti kerja kita itu akan mendapat nilaian yang tinggi daripada Allah SWT. Hati yang besar itu pula adalah mengharapkan ganjaran dan keredhaan dari Allah SWT, yang mana ia adalah ganjaran yang lebih bernilai jika dibandingkan dengan nilaian dan ganjaran dari manusia itu sendiri...

15 April 2010

Korang Tension ker??

5 komen
Salam...


Selamat malam semua, Arm pasti setiap manusia pasti tak akan terlepas dari masalah atau pun  problem. Arm pun sendiri tidak terlepas dari pelbagai masalah. Masalah nie boleh datang dalam berbagai arah, boleh jadi masalah percintaan, masalah rumahtangga, masalah duit, masalah nak kurus ker atau gemuk, dan berbagai-bagai lagi masalah yang terdapat kat dalam dunia nie...


Bagi yang menghisap rokok contohnya, jika dulu hisap sekotak rokok sehari, jika sedang ada masalah, sehari boleh habiskan tiga kotak rokok sehari. Jika sebelum ada masalah, satu hari makan sampai 5-6 kali sehari, ketika ada masalah 1 pinggan sehari pun tak sampai. Jika dulu mandi macam nak banjir kamar mandi tue, time ada masalah mandi pun tak basah dah. Itulah dia pukulan hebat dari masalah...


Masalah nie pula datang kat dalam hidup nie tanpa kita undang atau pun panggil, tak kisahlah menggunakan kad jemputan atau menggunakan sistem pesanan ringkas bahasa singkatannya sms. Apabila masalah mula menghantui hidup kita, mulalah diri kita menjadi tak keruan dan kepala pun menjadi tension. Mulalah nak marah-marah kat orang yang ada kat sekeliling dia...


Bagi Arm, sepatutnya sebagai manusia yang dikurniakan akal, kita sepatutnya menggunakan sepenuh fungsi akal itu untuk melahirkan buah fikiran atau pun jalan penyelesaian untuk meyelesaikan masalah yang kita hadapi tue secara positif. Tak perlulah buat benda yang mengarut atau pun benda yang negatif semata-mata untuk menenangkan diri dari masalah yang sedang dihadapi...


Tak perlulah nak layan dadahlah, minum araklah, pergi disko atau pun kelab dangdutlah semata-mata untuk menghilangkan tension terhadap masalah. Memanglah tak dapat dinafikan jika kita buat benda-benda nie semua pasti diri akan tenteram dan dapat melupakan masalah, tetapi ketenteraman yang diperolehi tue bukanlah secara total, malahan perkara negatif yang dibuat kononya untuk mententeramkan diri dan menyelesaikan masalah tue pasti akan menggandakan masalah yang sedia ada....


Jika diri kita sedang menghadapi masalah, tak kiralah masalah besar atau pun kecil sepatutnya kita memikirkan kembali, di mana akar  atau pun punca sebenarnya masalah kita tue. Selepas sudah mengenal pasti akar masalah kita tue, bermulalah untuk menyelesaikan masalah dari akar tue dan ubahlah punca masalah kita tue menjadi akar yang positif dan seterusnya akan menghasilkan  sebuah pokok yang akan menghasilkan buah yang baik, maksud Arm  akhirnya kita akan berjaya mendapat kehidupan yang sempurna....


Selain kita berusaha untuk menyelesaikan masalah kita ikut step by step, janganlah lupa untuk sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar kita mendapat kekuatan dari segi rohani dan dalaman diri kita tue. Dan dengan mudah kita akan dapat menyelesaikan setiap masalah yang sedang kita hadapi. 


Kesimpulannya di sini, setiap manusia kat dunia pasti mempunyai masalah yang tersendiri. Tak kiralah dia orang kaya atau miskin pasti akan ada masalah. Sebenarnya jika difikirkan balik, masalah nie sebenarnya adalah untuk mematangkan diri kita juga. Jadi jika ada masalah, hadapilah dengan hati yang tabah dan sabar serta sentiasa berfikiran ke arah positif ke atas masalah yang sedang kita harungi tue.


Semoga berjaya menghadapi masalah masing-masing...Selamat!!!
p/s : Salah satu cara untuk hilangkan tension kat masalah korang tue adalah dengan layan nie...

9 April 2010

Seruan Kubur...

0 komen


Assalamualaikum w.b.t...

Salam Jumaat buat semua, pada hari Jumaat yang mulia nie, Arm  bersyukur ke hadrat ilahi kerana masih lagi memberikan Arm peluang dan tiket untuk terus hidup di alam dunia ini, dan juga dapat meneruskan perjuangan untuk mendapatkan tempat yang baik di akhirat nanti, alam yang abadi...
Entah malam nie, esok atau lusa mungkin ajal datang menjemput Arm pula. Bersedia atau pun tidak diri Arm, malaikat sakaratumaut tidak pernah lupa akan tugasnya. Walaupun Arm bukan seorang ustaz, Arm berharap entry yang arm buat nie adalah perjuangan Arm untuk agama Allah SWT. Dan jika korang mendapat manfaat atau pun faedah dari segi keimanan korang, Arm tersangatlah gembira...

Pada petang Jumaat yang indah nie, Arm ingin berkongsi sedikit renungan berkaitan alam kubur yang mana setiap dari kita akan menempuhinya. Cuma masa saja yang membezakan sedikit, kerana kita tak tahu bila ajal kita. Betulkan?  Marilah kita bersama menghayati seruan kubur nie yah....

 
Gambar hiasan saja...Bayangkanlah diri kitalah yang 
dibungkus kain putih tue..
  1. 'Aku rumah yang gelap, maka terangi aku dengan selalu solat malam (tahajjud)
  2. 'Aku' rumah yang penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh sebagai hamparan.
  3. 'Aku' rumah yang penuh dengan ular berbisa, maka bawalah amalan 'Basmallah' sebagai penawar.
  4. 'Aku' rumah pertanyaan Mungkar dan Nangkir, maka banyakkanlah amalan membaca "Lailahaillallah Muhammadur Rasulullah" supaya kamu dapat memberi jawapan kepadanya...
  5. 'Aku' rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran... 
Ini adalah 5 seruan kubur yang awal-awal lagi dah diseru oleh kubur buat kita semua, tetapi kita semua buat tak tahu dan tak ambil peduli pun. Nanti dah kat alam kubur, baru menyesal...tetapi semua itu sudah terlambat...Di sini juga Arm bagi senaraikan seksaan kubur buat diri kita semua yang sering meninggalkan solat...

  1. Disempitkan kuburnya...
  2. Dinyalakan api, di mana dia akan membalik-balikkan dirinya didalam bara api itu... 
  3. Allah juga mengarahkan ular yang paling besar untuk menyebat mayat itu, yang mana dinamakan ular itu 'SHAJKUL AKRAK' dan ular itu akan berkata, Sesungguhnya aku telah disuruh oleh Tuhanku untuk memukul engkau dari Subuh hingga ke Zuhur, dipukul pula hingga ke Asar dengan sebab engkau sia-siakan waktu Zuhur. Begitulah seterusnya tiap-tiap hari dan malam sehingga hari kiamat... 
Oklah, cukup setakat nie saja dulu. Arm harap korang renungkanlah sendiri kerana ini semua adalah buat diri korang juga, bukannya diri Arm... Arm hanya insan biasa yang tak punya harta untuk Arm kongsikan kat korang semua. Hanya ini saja yang Arm mampu bagi...dan Arm harap ia berharga buat korang...


7 April 2010

Kemalangan Ngeri Di Port Kelang!!!Lemah semangat Tak payah Tengok..

15 komen
Assalamualaikum w.b.t

Malam nie Arm rasa tak ada idea untuk menulis, jadi Arm just bagi korang semua layan gambar kemalangan ngeri yang pernah berlaku kat Port Kelang dulu. Tarikh kejadian nie Arm dah lupalah, masa kejadian nie Arm masih lagi kerja kat Sabah Port. Kecoh jugalah kejadian nie, mungkin yang jadi mangsa kat kejadian nie adalah seorang pekerja yang kira kontena atau pun bekerja sebagai tukang buka kasut atau lock kontena...


Mungkin masa kejadian, operator crane yang bertugas tak nampak mangsa kat bawah. Jadi masa turunkan kontena dari atas kapal ke pelabuhan mangsa  sedang buka lock kontena yang satu lagi, lepas tue kena hempap kontenalah mangsa nie... kesian kan...

Arm masa tue masih baru lagi kerja kat pelabuhan nie... Masa QC Arm tunjukkan Arm gambar nie punyalah terkejut dan takut, lebih-lebih lagi masa tue Arm bertugas sebagai technician crane...Peh, asal time bertugas tak boleh lalai dan leka....


Walaupun kejadian nie dah lama berlalu, Arm bukan saja-saja nak bagi tengok kemalangan nie. Arm nak korang beringat bahawa malaikat sakaratul maut tidak pernah lupa akan tugasnya untuk mencabut nyawa kita apabila ajal kita dah sampai...Peringatan nie juga khas Arm tujukan buat diri Arm sendiri yang selalu terlupa akan perkara nie....

Bagi yang suka merempit dan juga bawa kereta bagaikan pelesit, Arm syorkan korang tengoklah sendiri koleksi gambar nie muda-mudahan terbuka hati tue untuk jadi pengguna jalanraya yang beriman dan mengikut peraturan...

26 Mac 2010

Bukalah Hati Untuk-Nya...

5 komen

Assalammualaikum w.b.t

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah dan kurnianya dapatlah lagi Arm dan korang semua meneruskan kehidupan di dunia pinjaman Allah SWT kepada kita semua nie. Sampai masa dan ketikanya, dunia yang dipinjamkan kepada kita ini akan ditarik kembali oleh Allah dengan cara Nya yang tersendiri, bukan seperti lagak si penarik kereta yang ingin menarik kereta yang sudah melebihi 3 bulan tak dibayar ansurannya...

Baiklah, kita semua pasti ingin bahagia, aman dan damai dalam menjalani kehidupan seharian kita di dunia ini. Sehinggakan pelbagai cara dan usaha yang telah kita lakukan untuk mencapainya. Tetapi adakah kita sedar bahawa untuk mencapai kebahagian dan ketenangan ini sebenarnya hanya ada  pada kuasa Allah SWT. Bukan di tangan bos kat tempat kerja korang atau pun pada kuasa wang ringgit yang menyebabkan ada segelintir manusia yang hilang kawalan diri, sanggup melakukan perkara yang salah untuk mendapatkan wang ringgit seperti merompak, melacur dan sebagainya. Ingatlah wahai sahabat ku sekalian, 'tujuan tidak menghalalkan cara'...

Arm ingin bertanya kat korang semua, korang semua sedar tak yang Allah SWT itu adalah Maha Pengasih (ar-Rahman) dan juga Maha Penyayang (ar-Rahim)? Sekiranya korang tak lagi menyedari tentang sifat Allah yang paling asas ini, Arm rasa betapa rugi dan sia-sianya kehidupan korang selama hidup di dunia nie. Allah SWT itu Maha Pengasih yang mana setiap masa mengasihani semua makhluk ciptaanNya, tidak kiralah manusia, haiwan dan seangkatan dengannya dengan tanpa pilih kasih. Cukup korang tengok nikmat oksigen yang diberikan Oleh Allah kepada semua manusia, semua manusia dapat oksigenkan selagi hidup kat dunia nie... ada tak atau pun korang dengar penduduk negeri Selangor nie tak ada oksigen sebab Allah SWT tak berikan..Ada tak? Kalau ada, pasti Arm dah tak dapat tulis entry nie kerana dah mati tak dapat nak bernafas....

Dari contoh yang Arm berikan di atas, dapatlah kita ketahui bahawa Allah SWT sentiasa memberikan kita yang terbaik dan sentiasa memberikan kita semua kasih sayang Nya dan juga cahaya Nya kepada kita semua agar kita dapat hidup dengan bahagia di dunia ini. Tetapi masih ada yang merasakan kasih dan sayang yang diberikan oleh Allah SWT ini masih tidak dapat memberikan kebahagiaan buat hidupnya. Wahai sahabat Arm sekalian, jika kalian masih lagi tidak berasa bahagia, kemungkinan besar hati korang yang mempunyai masalah kerana tidak dapat menerima cahaya yang diberikan oleh Allah SWT itu sendiri. Tiada kesilapan dari Allah SWT, kerana Dia adalah Maha Sempurna...

Berkaitan soal hati nie, bukan soal cinta yah...Korang boleh korek kat sini entry Arm sebelum ini bertajuk Cermin Ibarat Hati. Banyak perkara yang boleh menyebabkan hati kita nie menjadi kotor dan rosak. Yang mana setiap perlakuan kita yang buruk atau pun yang jelek menuju ke arah kemungkaran, pasti akan menggelapkan hati dan seterusnya akan menutup pintu hati untuk menerima cahaya yang dari Ilahi. Jika selama nie, kita selalu saja bersifat negatif seperti suka marah, iri hati, sombong, bongkak, suka dengki kat orang, dendam dan selalu mintak dipuji...Nah, Arm harap korang akan muhasabahlah diri korang dan cubalah buang sifat-sifat negatif ini, kerana inilah yang akan merosakkan hati korang semua...

Selain cuba berusaha untuk membuang sifat buruk ini menjauhi diri kita, satu lagi cara yang paling terbaik adalah mengiringi apa sahaja yang kita usahakan itu dengan berdoa kepada Allah SWT. Semasa berdoa, janganlah terburu-buru untuk melihat hasil permohonan kita langsung saja dikabulkan oleh Allah SWT. Perlu diingat janganlah kita berdoa hanya dibibir sahaja tetapi biarlah doa kita itu betul-betul hadir dari dalam hati kita dengan penuh keikhlasan kepada Allah SWT semata-mata. Bukan berblog saja kena ikhlas, ingat tue kawan-kawan semua...

wassalam dan selamat beramal...

19 Februari 2010

Jika kita mati esok..bersediakah kita?

10 komen
Salam semua...sempena hari jumaat yang mulia ini, gua rasa terpanggil untuk menulis tentang benda yang lebih bermanfaat dan yang lebih ke arah menginsafkan diri kita yang mungkin selama ini terlalu sibuk mengejar harta, nama dan kekayaan sehingga kita semua terlupa kepada yang maha esa...Gua nie bukanlah ustaz atau seorang yang pakar tentang hal agama, tetapi mungkin entry kali ini akan memberikan manfaat kepada korang yang sudi membaca dan kebaikan yang korang peroleh akan memberi gua pahala dari Allah SWT...

Seperti tajuk entry kat atas tue, pasti korang fahamkan maksud gua (kalau tak faham jugak, sila baca entry nie sampai habis)...Adakah kita sudah bersedia jika malaikat maut datang menjemput kita pada hari esok, dikala kita sedang sibuk untuk menuju ke tempat kerja dan menuju ke sekolah? Gua pasti akan jawapannya ramai antara korang akan menjawab "mana kita tau bila ajal kita, kalau kita tau bolehlah bersedia awal-awal" Apakah jadahnya semua ini? Kita semua tak perlu nak tahu bila ajal kita, yang paling penting kita kena bersiap sedia setiap hari selagi kita masih hidup kat alam dunia nie...Jika kita tahu pun lagi seminggu ajal kita datang, adakah seminggu sebelum tue atau pun sebulan sebelum tue baru kita nak sembahyang dan bertaubat kepada Allah SWT...Mungkin dah terlambat semunya itu...

Cubalah korang semua bayangkan pula, sedang korang sibuk berblog sekarang nie...walhal dalam masa yang sama solat Isyak belum lagi korang tunaikan, dan tiba-tiba korang mati...Bukannya gua ingin menakut-nakutkan tetapi sekadar memberi peringatan sebagai seorang kawan, dan pesanan ini juga khas gua tujukan buat diri gua sendiri..Jika selama kita hidup kat dunia nie segala suruhan Allah kita ikut dan segala larangan Allah kita tinggalkan pasti kita akan selamat di alam kubur dan akhirat nanti...Tetapi jika selama kita hidup kat alam dunia nie, sembahyang pun tak pernah, asyik mengumpat dan bergosip...sehinggakan arah kiblat kat rumah sendiri pun tak tahu walaupun dah tinggal kat situ setahun...pasti korang sendiri pun tahu kat mana tempat tinggal korang di akhirat nanti...

Cubalah pula korang bayangkan pula, sedang korang asyik meneguk air kencing setan tue, datanglah sakaratul maut memanggil korang semua...Ish, gua memang kompom...masa Mungkar dan Nangkir menyoal korang kat dalam kubur pasti korang tak tau apa nak jawab, sebab kepala dah mabuk dan pening-pening...penglihatan pun masih kabur-kabur lagi...Masa tue bersiap sedialah dengan sebatan hukuman kerana meminum arak...Tapi sebatannya bukan seperti kat dalam dunia nie....Jika kena sebatan pertama , kita boleh tembus sampai lapisan bumi yang ketujuh wooo...!!! 

Bayangan yang terakhir yang ingin gua suruh korang semua bayangkan pula, sedang korang asyik berzina, tak kisahlah bersama pakwe dan makwe korang sendiri atau pun bersama pelacur yang korang langgan tak kiralah harga RM30 atau RM3000, malaikat maut tengok jam masa dah sampai untuk kamu....Fuh, gua sendiri tak dapat nak bayangkan mati time tue....dahlah berbogel-bogel, siap menonggeng lagi time mati tue...Kat dunia dah dapat kemaluan jika mati cara begini, silap hari bulan keluarga pun tak nak ambik mayat korang kat tempat kejadian woo...jangan main-main, ini soal maruah!!! Jadi jauhilah perbuatan keji dan hina nie...Kalau dah gatal sangat, kahwin jerlah...Tak adalah lagi kes buang bayikan...

Jadi kesimpulannya kat sini, gua malas nak bagi bayangan banyak-banyak sangat, kerana gua pasti keinsafan tue hanya seketika...kemaksiatan akan terus berlaku...So, sentiasalah bertakwa kepada Allah SWT dan meningkatkan keimanan kita kepada Allah, kerana dunia akhir zaman ini terlalu kuat godaan ke arah kemungkaran dan yang mana akhirnya zaman kita yang kita anggap maju dan moden ini akan menjadi seperti zaman jahiliah sebelum kedatangan Rasullullah SAW....Jadi tunggu apa lagi, yang belum solat Isyak tue...cepatlah pergi berwuduk dan tunaikanlah solat...selamat beramal...

30 Januari 2010

Janji Melayu...

12 komen
Mesti korang semua pernah mendengar kata-kata seperti tajuk entri kat atas nie atau pun kata-kata di atas telah dihamburkan dari mulut kawan anda ke telinga korang?....Untuk lebih menerangkan apa maksud yang ingin gua bongkarkan di sini...Marilah kita semua bersama-sama menghayati cerita 2 sahabat melayu nie....
"Mat, nanti esok pagi kau tunggu aku kat warung Pak Man Terung jam 9.00 pagi ah..Kita jumpa kat sanalah...Aku dah janji ngan Ah Seng driver bas kilang tue" kata Man Tembam kepada sahabatnya Mat Kering...Keesokan harinya si Mat Kering pun bangunlah dari tidurnya, apabila dilihatnya jam yang tergantung di dinding biliknya, jam telah menunjukkan jam 9.05 pagi...Setelah dia bergegas mandi dan makan lebih kurang...dia pun bergeraklah ke warung yang dijanjikan itu..."Ah, mesti si Man Tembam nie lambat jugak sampai kat warung tue..."katanya di dalam hati, semasa dalam perjalanan menuju ke warung terbabit...

Sesampainya si Mat kering kat warung Pak Man Terung, tidak lama kemudian kelihatan si Man Tembam pula berlari-lari anak menuju ke arah si Mat Kering...rupa-rupanya dia pun lambat jugak...Kedua-dua mereka yang berjanji itu telah berjumpa, tetapi malangnya apabila mereka melihat jam dinding yang tergantung di dinding warung Pak Man Terung...jam telah menunjukkan jam 10.00 pagi, dan bas yang sepatutnya mereka naiki untuk pergi temuduga kerja kilang koko telah pergi meninggalkan mereka berdua...Lalu mereka pun saling bertelagah sesama sendiri, menuduh satu sama lain sebagai punca kelewatan itu...

Tiba-tiba datanglah Pak Man terung, tokey besar warung Terung meredakan ketegangan yang berlaku...Lalu dia menghamburkanlah perasaan marah bercampur nasihat kepada 2 orang badigol nie.. "Tuelah, korang berdua nie amalkan lagi janji melayu...Sekarang dah menyesal" kata Pak Man Terung kepada mereka berdua....

Seringkali juga kita mendengar janji melayu nie...Kenapa ia bukan dikatakan sebagai janji cina atau janji india? Adakah mungkin jika ia menjadi janji cina, bunyinya dah tak sedap pula...Bukan kerana itu, ia dikatakan janji melayu kerana bangsa melayulah yang sering kali berjanji dan janji itu tidak ditepati...Lalu timbullah perkataan janji melayu nie...Sebenarnya jika kita dalami maksud yang tersirat di dalam janji melayu tue, sebenarnya ia adalah satu benda yang negatif dan jika ia dibiarkan terus sebegini, maka bangsa melayu itu sendiri akan dicop sebagai bangsa yang tidak menepati janji...

Gua sebenarnya bukanlah hendak mengkondemkan dan merendah-rendahkan martabat bangsa melayu itu sendiri, kerana gua pun orang melayu jugak....Bodohlah guakan...tetapi apa yang ingin gua sampaikan di dalam entri kali ini adalah agar kita membetulkan kembali persepsi bangsa lain terhadap bangsa melayu...Yang mana sebenarnya bangsa melayu itu adalah bangsa yang menepati janji dan menepati masa...Biarlah orang lain menyebut 'janji melayu' itu bukanlah untuk mengejek bangsa melayu tetapi biarlah bangsa melayu terkenal dengan 'janji melayu' yang menepati janji...Korang renung-renungkanlah sendiri dan jangan pulak termenung....

13 Januari 2010

Berhati-hati dijalanraya..(Lemah Semangat Jgn Tengok)

20 komen
Entry gua kali nie agak ringan-ringan sedikit, bosan jugakkan kalau hari-hari nak cerita jenayah dan isu semasa sahaja...Pada hari yang indah tapi gelap nie (memanglah gelap, kan dah malam...huhu) Gua nak menulis panjang lebar pun gua tak ada idea kat dalam otak nie...Kebetulan hari nie, masa balik kerja tadi gua ternampak sikap seorang pemandu jalanraya yang memandu dengan amat bahaya sekali dan boleh membahayakan pemandu lain...Apa tidaknya dengan sesedap hati mak bapaknya sahaja dia mencilok ke kanan dan kiri tanpa memberi 'signal' terlebih dulu (Gila nak mampos namanya tue)...Malangnya pula gua tak dapat mengambil gambar atau nombor keretanya kerana gua tengah memandu ketika itu...Bahaya siot, masa memandu nak sibuk pulak ambil gambar orang, silap-silap nanti gua pulak yang 'eksiden'...Minta dijauhkan dari kemalangan jalanraya nie...
Jadi, pada kali nie gua nak sajikan korang semua dengan sayur kangkung tumis ngan kambing...hehe..gila ker apa, adakah menu macam nie...Begini gua nak sajikan korang semua dengan gambar-gambar kemalangan jalanraya yang mana gua dapatkan dari internet dan gua 'cilok' dari forum dan blog...Semoga gambar-gambar kemalangan ini akan menjadi iktibar kepada korang semua yang juga pemandu di jalanraya...









Sabar..Ini baru mau kasi panas badan...
Tengok yang bawah nie pulak....Khas buat mu 'Mat Rempit'
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-






-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Dan lihatlah yang ini...






-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-









Gua mempamerkan gambar-gambar ini bukannya untuk mendapat bilangan pengunjung yang banyak ke blog gua, gua ikhlas mengumpulkan gambar ini untuk menjadi tatapan  semua agar menjadi pengajaran dan pedoman kita bersama...Dan gua juga mengingatkan buat diri gua dan kawan-kawan semua agar sentiasa beringat ajal akan menjemput kita bila-bila masa dan di mana sahaja, tetapi persoalannya adakah kita mahu mengakhiri penghidupan kita di dunia ini dengan cara begini...?? Tepuk dada, tanya selera...

31 Disember 2009

Selamat Tahun Baru 2010 !!!

2 komen


Salam semua...masa gua menulis post nie, hanya ada lebih kurang tinggal 2 jam lebih lagi gua dan korang semua akan meninggalkan tahun 2009 yang penuh dengan kenangan suka dan duka..Pelbagai cerita kejayaan dan kegagalan yang diri kita alami akan terus bersemadi di dalam jiwa dan akan menjadikan diri kita semua menjadi lebih matang dan berpengalaman untuk menghadapi cabaran 2010 yang pasti akan menjanjikan cabaran yang penuh liku berbanding tahun ini...
Bagi diri gua, azam gua untuk tahun 2009 yang telah gua tanamkan di dalam hati pada penghujung tahun 2008 lalu..bagi gua secara keseluruhannya boleh dikatakan berjaya dan success!!! (impian gua untuk mendirikan rumah tangga telah tercapai dan beberapa azam lain berjaya gua kecapi..hehehe)...Gua harap korang yang setia membaca blog gua nie juga berjaya mencapai azam yang korang hajati...dan yang paling penting bagi gua ialah kita perlu terus konsisten untuk terus mempertahankan azam yang telah kita berjaya kecapi ini dan terus menuju pula kepada azam baru kita pada tahun 2010!!!
Bagi kawan-kawan yang masih belum berjaya mencapai azam pada tahun ini yang mana telah kita tetapkan dahulu, janganlah pula kita berputus asa dan kecewa...Kerana jika kita terus berputus asa, kemungkinan besar kita akan terus gagal dan tidak akan berjaya sampai bila-bila...Buat tahun nie, gua telah menyediakan beberapa azam yang baru dan juga turut disertakan dengan beberapa lagi azam yang tak berjaya gua capai pada tahun nie dan gua bawa ke tahun 2010 nie....
Gua harap semoga tahun ini akan menjanjikan seribu kemanisan di dalam kehidupan kita dan juga gua harap tahun ini akan lebih membawa sinaran kejayaan kehidupan di dunia dan di akhirat...Akhir kata dari gua untuk post tahun 2009 ini, "Ayuh..Teruskan langkah kayuhan terus ke hadapan...Tolehlah ke belakang jadikan sempadan...Pasti akan ketemu sinaran kehidupan.."

p/s : azam 2010 gua nak capai 600 pengunjung unik sehari ke blog gua nie..agak2  bole tak??

28 Disember 2009

Maut..Gara-Gara Elak Kucing

6 komen
Salam, korang tengah wat apa?? tengah korek idung ker? hahaha...gua bergurau saja yer, jangan marah...Nanti kena jual pulak kalau marah...Mesti korang pernah dengar pesan oleh orang tua-tua, kalau memandu jangan sampai terlanggar kucing (langgar anjing boleh...gua gurau lagi nie) betul tak? Gua sendiri pun pernah dipesan oleh nenek gua masa nak bawa keta dulu, kalau kita memandu dan terlanggar kucing sehingga menamatkan riwayat kucing tersebut akan membawa sial kepada diri kita...tetapi berkaitan hal ini, gua 'no comment' tentang kebenaran mitos ini...Bagi gua, itu semua adalah urusan Tuhan...Untuk dijadikan cerita, gara-gara ingin mengelak seekor kucing yang melintas jalan...seorang penunggang motorsikal maut manakala rakan yang diboncengnya parah..Kejadian malang ini berlaku kat Jalan Temerloh-Bahau, Kuantan petang semalam...Memang bahaya apabila kita sedang memandu dengan khusuk dan tanpa kita duga tiba-tiba ada kucing atau pun binatang melintas jalan...Bagi gua walau cukup berhati-hatinya kita memandu di jalanraya untuk mengelakkan kemalangan, tetapi jika tuhan telah mentakdirkan kita untuk kemalangan, memang tak dapat dielakkan lagi..
Dalam kejadian semalam tue, apabila penunggang ini telah berjaya mengelak dari melanggar kucing tersebut, motor yang ditunggang itu hilang kawalan lalu terbabas di jalanraya dan kemudiannya datang sebuah van lalu merempuh mereka...Kesian kan kat penunggang motorsikal tersebut...Bagi gua ajal dan maut, semuanya di tangan Tuhan...itu memang benar, tetapi yang paling penting bagi gua adalah persediaan kita untuk menghadap yang esa...Adakah diri kita mempunyai amalan pahala yang mencukupi dan yang paling penting adakah kita sudah bertaubat ke atas segala dosa dan maksiat yang telah kita lakukan selama ini...
Gua bukanlah seorang ustaz, hanya seorang insan Islam biasa yang ingin memberi peringatan kepada saudara seagama gua yang sedang membaca 'post' nie...Jika terasa atau tersedar bahawa baru sebentar tadi melakukan maksiat sebelum balik ke rumah...apalah salahnya jika segerakan diri untuk mengambil wudhu dan membentangkan sejadah menghadap kiblat yang satu lalu sujud bertaubat kepada Allah SWT...Kita semua tak tahu bila malaikat sakaratul maut akan menjemput kita..Adakah esok, lusa, atau pun sekejap lagi??...renung-renungkanlah dan tingkatkanlah amalan kita... Agar apabila kita mati kelak, kita akan digolongkan di dalam golongan yang beriman..AMIN