Assalammualaikum wbt...
Salam jumaat buat semua yang sudi singgah ke blog Arm nie. Arm harap korang yang beragama Islam, terutamanya kaum Adam, jangan lupa solat jumaat hari nie. Ok, Macam terasa sedikit janggal juga buat diri Arm apabila tak menggunakan 'gua' sebagai kata ganti yang mewakili diri Arm kat blog Kamikaze ini...Jadi macam biasalah, seperti yang Arm janjikan asalkan hari jumaat saja, Arm akan membuat entry yang bercirikan agama, jadi ayat-ayat dalam entry nie pun kena sedaplah mata membaca. Apa sebabnya pula, asalkan hari jumaat saja Arm akan buat entry bercirikan keagamaan dan pengisafan, korang boleh baca kat entry Arm yang bertajuk 'Jika kita mati esok, bersediakah kita'...
Betulkah cermin itu ibarat hati, ala cermin yang korang gunakan untuk bersolek dan melihat kehenseman rupa korang tue. Cuba korang bayangkan tiada cermin dalam kehidupan korang, tak dapat Arm bayangkan. Oklah, Arm pun malas nak buat pendahuluan yang panjang, mari kita teruskan entry ini dengan membandingkan 2 cermin. Yang mana kedua-dua cermin ini dibuat dikilang yang sama dan cara pemprosesan cermin ini pun sama sahaja, bahkan suhu dan pencahayaan yang sama tiada sedikit pun yang berbeza diantara kedua-dua cermin tersebut. Cuma yang membezakan hanyalah 2 orang yang memiliki cermin terbabit...
Cermin yang pertama digunakan oleh tuannya pada setiap hari, tanpa tiada satu hari pun yang cermin ini tidak digunakan. Tuan yang empunya cermin ini langsung tidak pernah menjaga dan membersihkan cermin kepunyaannya. Setiap hari ada saja debu-debu dan titik kotor yang singgah ke permukaan cermin ini. Kekotoran ini yang dahulunya hanya sedikit saja, kini semakin banyak dan kekotoran ini semakin menebal di permukaan cermin tersebut. Lama kelamaan, cermin ini semakin tidak dapat digunakan lagi kerana tuannya tidak dapat melihat wajahnya sendiri kerana penglihatan di permukaan cermin itu semakin kabur dan sukar dilihat. Sehingga pemiliknya tidak lagi bisa melihat dirinya baik atau jelek ...
Manakala cermin yang kedua pula, sejak sesampainya di rumah tuan punya, dia terus digunakan tanpa ada satu hari pun yang cermin ini tidak digunakan. Walaupun sedemikian, tuan punya cermin ini menjaga dengan baik cermin tersebut. Setiap kali dia melihat ada saja setitik kekotoran yang hinggap di permukaan cermin itu, dia dengan segera mengelap, menggosok dan membersihkan cermin terbabit. Walaupun cermin ini telah lama digunakan, cermin ini sentiasa kelihatan jernih seperti baru, ini kerana tuan empunya cermin ini menjaga kebersihan cermin ini dengan baik. Sehinggakan cermin itu bisa membuatnya selalu memperbaiki kesalahan dalam penampilannya...
Jadi, dalam kisah cermin ini...kita boleh mengambil contoh, bahawa kita semua haruslah rajin membersihkan hati kita dari segala noda dan dosa. Ini kerana, jika kita tak berusaha membersihkan hati kita, dikhuatiri dosa-dosa yang telah kita lakukan semakin menebal dan betompok di dalam hati kita dan seterusnya menutupi cahayanya. Yang lebih merisaukan Arm, noda-noda dosa yang kita biarkan berkumpul di hati kita akan bisa membolak-balikkan fakta. Yang benar jadi batil, yang batil jadi benar...Na'uzubillah!!!
Arm berpesan buat diri Arm sendiri dan juga korang semua, berusahalah mencari pengampunan-Nya setiap hari, janganlah pula kita berzikir dan beristighfar di mulut saja, lebih-lebih lagi semata-mata nak menunjuk-nunjuk. Namun hakikat sebenarnya tiada penyesalan yang mendalam terhadap segala dosa yang telah kita lakukan selama ini. Pepatah dulu-dulu mengatakan, sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna lagi. Lebih-lebih lagi setelah ajal menjemput kita, tak guna lagi penyesalan. Allah sememangnya adalah sentiasa menerima taubat, tapi urusan kita adalah untuk sentiasa menjaga diri kita dari melakukan dosa....
cerminlah dri sendiri
BalasPadamthen kita akan sedar betapa hodohnya kita di depan crmin
percayalah
To Jane : Betul, tetapi ciptaan Allah semua cantik2 belaka...
BalasPadamya...semua ciptaan ALLAH cantk tapi hati tak secantik wajah
BalasPadamhati yang kite perlu hadapkan pd cermin
Ti jane :
BalasPadamWajah tue luaran saja...tp yg pnting hati kita suci dr segala noda dan dosa...tue yg utama..pabila hati dah suci...kta akan gembira...
terima kasih sebab mengingatkan..
BalasPadam