Best Story

Memaparkan catatan dengan label ROGOL. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ROGOL. Papar semua catatan

1 Julai 2010

Lelaki Tua Kerepot Yang Durjana...

9 komen
Salam buat semua...

Foto Kosmo

Sudah agak lama juga Arm tidak beraksi di blog Kamikaze ini. Bukan Arm berputus asa terhadap dunia blog yang penuh dengan cabaran ini atau merajuk atas komen-komen sahabat-sahabat sekalian terhadap rupa paras baru blog ini, kerana Arm sendiri yang mencari penyakit untuk meminta pandangan korang semua huhuhu... Kenapa Arm mengambil masa panjang untuk tidak menulis dalam dunia blog ini, biarlah jawapannya Arm simpan sendiri di dalam lubuk hati Arm yang paling dalam....


Jadi, Arm pun malas nak membuang masa korang dengan memperdengarkan cerita peribadi milik Arm yang tidak menarik untuk korang dengari. Jadi kita terus saja dengan cerita lelaki warga Australia yang berumur 90 tahun tetapi bernafsu binatang, mungkin binatang pun tak bernafsu macam beliau ini. Mengapa Arm katakan lelaki tua ini durjana, kerana dia telah melakukan satu perbuatan yang terkutuk dengan merogol serta mencabul 4 beradik yang masih di bawah umur lagi. Yang mana ke empat beradik itu berumur antara 7 hingga 15 tahun...


Dekat mana pulak kejadian ini berlaku? Kejadian ini telah berlaku di Chiang Mai, Thailand. Nasib baiklah tidak berlaku di negara kita Malaysia. Lelaki ini mengumpan kanak-kanak malang ini dengan gula-gula untuk masuk ke dalam rumahnya. Apabila pihak polis melakukan serbuan ke rumah lelaki ini, alangkah terkejutnya abang-abang polis ini kerana menjumpai 100 gambar kanak-kanak sedang berbogel. Dan ada juga beberapa keping gambar lelaki tua durjana ini sedang berbogel bersama-sama beberapa kanak-kanak...


Memang durjana betullah orang tua ini, cuba korang tengok gambar beliau di atas tue. Macam Arm nak bagi segenggam penumbuk jer kat muka orang tua tue, biar dia pengsan tiga hari kat situ. Tak pasal-pasal ramai kanak-kanak yang jadi trauma dan rosak akibat perbuatannya itu. Apa jenis manusialah ini orang...



20 April 2010

Sudahlah Patah Tangan, Dirogol Lagi...

29 komen
Salam dari Arm...


Semakin hari semakin kejam manusia nie. Seperti tak sedar akan kehadiran neraka. Suka-suki hati dorang saja nak buat perbuatan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan nie. Arm pun tak tahulah nak cakap apa lagi kat mangsa rogol nie. Nasibnya seperti 'sudah jatuh, ditimpa tangga pula'. Kejadian kejam nie berlaku Teluk Intan Perak...


Mangsa yang sedang menunggang motor bersama rakannya untuk balik ke rumah selepas membantu maknya yang berniaga kat pasar malam diekori oleh seorang lelaki yang menunggang motor juga pada jam lebih kurang jam 1.30 pagi. Mangsa yang ketakutan, memecut motor yang ditunggangnya...


Malangnya motor mangsa berjaya juga dikejar oleh lelaki tue. Dan semasa si malaun nie memotong motor mangsa, dia sempat menyembur satu benda alah yang tak dapat dikenal pasti lagi kat muka mangsa dan kawannya tue...


Lalu mangsa terbabas bersama motornya akibat semburan benda alah lelaki tue. Selepas tue lelaki tue menghampiri mangsa. Bukan untuk menghulurkan bantuan, tetapi mengangkat mangsa yang dalam kesakitan akibat tangan yang patah ke motornya. Lelaki tue mengarahkan mangsa jangan jerit jika mahu selamat...


Lepas tue mangsa dibawa oleh lelaki bertopengkan syaitan tue ke sebuah tandas di sebuah tempat makan dan minum yang terbiar yang tak jauh dari situ juga. Lelaki tue tanpa ada perasaan kasihan kat mangsa terus merogol mangsa. Mangsa ditinggalkan kat situ sorang diri lagi menahan kesakitan selepas dirogolnya...


Arm simpati sangatlah kat mangsa. Dalam usia 19 tahun, telah menjadi mangsa kerakusan nafsu buas manusia semata-mata. Boleh jadi gelap masa depan mangsa nie. Cuba korang fikir kalau budak nie mengandung akibat dirogol nie, siapa nak tanggungjawab ke atas semua nie. Sampai bilakah kejadian nie akan terus menghantui dan mewarnai kehidupan kita ini?



18 Mac 2010

Pak Lebai Kena Belasah??

7 komen
 gambar hiasan jer..


Salam buat semua...

Macam-macam saja kejadian jenayah sekarang nie, kejadian jenayah kali nie yang gua nak kongsikan kat korang semua telah berlaku kat Projek Perumahan Rakyak kat Kepong, Kuala Lumpur. Jika selama nie seorang lelaki yang berperwatakan alim seperti seorang lebai berjaya mengaburi mata penduduk di taman perumahan tersebut. Dia sebenarnya adalah seorang perogol dan peliwat seorang gadis remaja di situ...

Mengikut pengakuan mangsa, dia telah menjadi mangsa rogol lelaki yang berusia 50-an itu selama 3 tahun sejak dia berumur 15 tahun lagi Remaja malang itu enggan membongkarkan perkara nie kerana dia takut akan diapa-apakan oleh lelaki yang bertopengkan syaitan itu. Remaja itu akhirnya terbuka juga pintu hatinya untuk memberitahu hal yang menimpa dirinya kepada abang iparnya...

Abang iparnya yang sangat marah dan dendam kepada lelaki itu, merancang perangkap untuk menangkap si suspek. Dia menyuruh adik iparnya itu pergi ke rumah lelaki tersebut, dan apabila lelaki itu cuba untuk merogolnya, abang iparnya menyuruh adiknya melarikan diri dan abang iparnya ada menunggu di luar rumah lelaki itu..Tetapi rancangan yang dirancang abag ipar gadis itu tidak menjadi kerana gadis tue tak pula keluar-keluar dari rumah lelaki terbabit...

Beliau lantas memecahkan pintu rumah lelaki tue lalu tanpa berlengah lagi terus membelasah lelaki yang menyamar kononya dia nie alim kerana kopiah tak pernah lepas dari kepalanya...tetapi mujurlah orang ramai ada kat situ lalu terus meleraikan kejadian tue serta mengarahkan lelaki itu di bawa ke balai...tetapi malangnya lelaki terbabit dapat melarikan dirinya...

Yang menghairankan gua, kenapalah gadis tue takut sangat, dah 3 tahun tue. Kemudian pula, mengikut gadis tue jugak, setiap kali lelaki itu selesai memuaskan nafsunya kat gadis tue, gadis tue akan diberi duit...macam upah daaa...Macam-macam saja bah!!

12 Januari 2010

Budak 5 tahun Selamatkan ibu dari Perogol...

4 komen
Gua nak ucapkan tahniah dan syabas kepada budak yang berjaya menyelamatkan ibunya daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang gila seks kat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Cheras baru-baru nie...Mesti korang berasa hairan dan menjadi persoalan di dalam fikiran korang semua, bagaimana seorang budak yang begitu kerdil baru berusia 5 tahun dapat menyelamatkan ibunya dari dirogol...
Begini ceritanya, lebih kurang pada jam 6.30 petang sewaktu dalam perjalanan menuju ke rumah selepas membeli sedikit barang keperluan dari kedai yang berhampiran kediaman mereka...tanpa diduga seorang lelaki yang berniat jahat terhadap ibu kepada budak nie memerhatikan mereka untuk menunggu peluang merogol...Sesampainya budak dan ibunya itu di bawah flet perumahan berkenaan, lelaki itu datang dari arah belakang lalu menarik dengan kasar tangan ibu kepada budak itu dan mengheretnya ke tangga flet berkenaan...
Mangsa yang terkejut gila dengan perbuatan ganas daripada lelaki itu cuba menjerit meminta pertolongan tetapi lelaki itu menampar mangsa dan mengertak mangsa dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya...Lelaki itu juga mengugut mangsa bahawa dia akan menikam budak itu sekiranya dia melawan...Kerana terlalu takut dirinya dan anaknya akan dicederakan, mangsa terpaksa mendiamkan diri...Selepas itu, lelaki berkenaan tanpa rasa segan dan silu, membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa...
Budak yang berusia 5 tahun itu sedar bahawa ibunya dalam keadaan bahaya, lalu dia menendang kaki suspek dan melarikan diri ke arah tempat ramai orang dan menjerit meminta tolong...Orang ramai yang terdengar jeritan budak tue pergi ke tempat kejadian dan cuba menangkap suspek, tetapi malangnya tidak berjaya memberkas suspek tersebut...Orang cam nie kalau dapat belasah jer dulu, lepas tue baru hantar kat balai polis, tapi janganlah belasah sampai mati...Ingat tue pesan gua...hehehe...Gua bukan mengajar kepada keganasan, tapi kekadang orang macam nie kena bagi jugak pengajaran dari masyarakat...barulah dia akan bertaubat...
Jadi, sekali lagi gua mengucapkan syabas kepada budak terbabit...Mungkin tanpa tindakan berani dari budak tersebut, entah apalah nasib ibu kepada budak tersebut...

26 November 2009

Bakal Pengantin Penyamun dan Perogol

1 komen
Salam Aidiladha aku ucapkan pada korang yang seagama dengan aku...Pada yang merancang ingin pulang ke kampung pada esok pagi sila pastikan kenderaan korang telah diservis dengan baik..pastikan juga korang mempunyai rehat yang secukupnya jika jarak perjalanan menuju ke kampung terlalu jauh di hujung peta Malaysia...Bukan apa, gua tengok asalkan tibanya hari perayaan...mesti banyak nyawa rakyat Malaysia akan terkorban di medan lebuhraya dan jalanraya yang ada kat negara nie...Jadi berhati-hatilah di jalanraya nanti yerk...
Walaupun esok raya gua tetap akan bawakan cerita jenayah yang panas kat Malaysia hari nie...Maklumlah raya Korbankan, jadi biarlah gua berkorban untuk korang semua...Ceritanya begini, ada seorang lelaki kat Butterworth nie ...dia baru sahaja hendak menamatkan zaman bujangnya yakni berkahwin dengan aweknya...tetapi belum pun sempat dia melansungkan perkahwinannya bulan disember nie, beliau telah ditangkap oleh polis...kenapa??
Rupa-rupanya lelaki ini adalah seorang penyamun bersiri dan perogol yang dikehendaki polis yang mana terlibat dengan 6 kes samun wanita tempatan dan warga asing serta satu kes rogol...Dalam kejadian rogol, dia dipercayai telah merogol mangsa di dalam sebuah kereta dengan cara mengugut mangsa dengan menggunakan besi di Seberang Prai Tengah dan selepas telah puas, suspek telah menyamun mangsa pula...Manakala kes samun pula, dipercayai suspek hanya mensasarkan wanita sahaja kerana suspek tahu kaum wanita tidak akan melawan sekiranya diugut dan digertak dengan pisau dan besi...
Akhirnya Inilah akibatnya...Setiap kejahatan yang dilakukan, pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari Tuhan...

21 Oktober 2009

Budak 3 tahun mati didera,rogol dan diliwat

0 komen

Gambar mangsa dera, rogol dan liwat  kat Kajang (Kesian kan..)

..."Mana hilang kasih sayang diberikan tuhan pada kita insan..Hingga kita biar saja hujan air mata melimpah!!" ....
Sebenarnya ini adalah salah satu lirik  lagu dari kumpulan "rock Malaysia" iaitu XPDC yang bertajuk "Hujan Air Mata"..kepada sesiapa yang mengetahui lagu ini, cuba nyanyikan sendiri yer..Sebenarnya tujuan gua(III) bukanlah untuk bercerita tentang lagu "Hujan Air Mata" ini, tetapi gua(III) nak bercerita tentang satu kes bunuh kanak-kanak 3 tahun kat kajang awal bulan nie jugak...(tersangat kejam sekali)kanak-kanak ini telah di pukul, didera, dirogol dan juga diliwat(geramnyer gua(III) nie..!!)sehingga mati..
Kanak-kanak ini telah diperlakukan sebegini rupa oleh kekasih kepada ibu kanak-kanak ini..Suspek nie adalah warga Afrika yang dulunya belajar kat sebuah kolej kat Kuala Lumpur(sebulan jer belajar kat kolej tue), tetapi selapas menjalinkan hubungan cinta dengan ibu kanak-kanak malang nie yang berstatus janda..suspek telah tinggal serumah di rumah janda ini..
Kanak-kanak malang ini selalu didera apabila ketiadaan ibunya yang pergi bekerja oleh manusia durjana ini..yang menyakitkan hati gua(III) lagi...bolehlah pulak ibu kepada kanak-kanak ini melindungi perbuatan kejam kekasihnya ini, dengan cara melaporkan kepada polis bahawa mangsa telah didera sehingga mati oleh pembantu rumahnya dan pembantu rumah tersebut telah melarikan diri..Walaubagaimana pun, pihak polis yang melakukan siasatan berasa curiga setelah mengetahui bahawa ibu kanak-kanak ini tidak mempunyai pembantu rumah(menipu lagi tue kat polis)..
Hasil bedah siasat yang dilakukan ke atas mangsa..ada kesan luka di kemaluan dan dubur mangsa akibat dirogol dan diliwat..Atas maklumat bedah siasat yang dilakukan, pihak polis telah menahan suspek dan ibu kepada kanak-kanak malang ini dirumah mereka ..
Gua(III) berharap sangatlahkan..semoga penjenayah kejam ini akan mendapatkan hukuman yang setimpal dengan perbuatan yang dilakukan terhadap kanak-kanak malang ini..