Best Story

Memaparkan catatan dengan label LAWAK GILER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAWAK GILER. Papar semua catatan

17 September 2011

Tahukah Anda Asal Sejarah Tisu Tandas??

8 komen
Salam satu dunia he!!

Petang sabtu nie, Arm hendak bagi cerita sejarah kepada asal-usul  tisu tandas. Tisu tandas nie sebenarnya berasal pada zaman mumia. Apa zaman mumia? Apa pasal pulak boleh terjadi pada zaman mumia? Korang tahukah apa itu mumia..Adakah ia sejenis kuih raya? salah bukan itu jawapannya..Kalau korang hendak tahu apa kaitan antara tisu tandas dan mumia..Korang layanlah gambar ini, kerana jawapannya ada pada gambar ini yah...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Inilah asal-usul kepada kejadian tisu tandas...
kwang..kwang..kwang..

29 Mei 2010

Jangan Gelak...

38 komen
Salam buat semua...

Kali nie Arm tak nak cerita panjang pasal isu-isu yang hangat zaman sekarang nie. Hanya nak kongsi gambar-gambar yang mungkin boleh membuatkan korang tersenyum sendiri dan sekali gus dapat mengubati hati yang tak berapa nak gembira tue...Ok, jom layan ...

Gara-gara nak cepat pergi kerja sampai terlupa nak berpakaian.
Brader kat depan tue buat selamba bodo jer...

Mini McD ada kat sini jer...

Eh..Apa ke halnya lepas kat tengah padang tue bang...?

 Macam sama jer rupa rapist yang dicari dengan
pembaca berita tue..

Inilah budak-budak zaman sekarang, kecik-kecik
pun dah pandai yer...

Enjoy...

24 April 2010

Mari UJi Tahap Ke'Championan' korang...

10 komen
Salam dari Arm...

Korang tengah boring? Tak ada teman bersms? Anda keseorangan? hahaha. Oklah, kepada siapa yang rasa dirinya tengah bosan tue. Arm sarankan korang cuba try dulu teka-teki kat bawah nie erk...
Ala, bukan susah pun, senang aja. Jangan risau dan gusar, kepada siapa yang tak dapat jawapannya, jangan pula korang anggap diri korang bengap. Mungkin korang kurang bijak saja hahaha..Kalau dah rasa dah putus asa tak dapat jawab, jawapan ada juga Arm sertakan kat bawah tue...

Selamat mencuba...!!!

Pembayangnya berbunyi begini. Jika pada masa sekarang nie seorang ibu adalah 21 tahun lebih tua dari anaknya. Selepas tue, 6 tahun kemudian, umur ibunya 5 kali ganda dari umur anaknya....

Soalanya :
1. Berapakah umur anaknya ??
dan...
2. Dimanakah bapanya berada sekarang nie??
Macam mana, dapat tak jawapannya? Oklah, kalau rasa-rasa t
ak dapat jawapannya, korang sekodeng sajalah kat bawah nie yah....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Ok, begini ya kawan-kawan semua..Sekarang ibunya (A) 21 tahun lebih tua dari anaknya (B).

A = B + 21
6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anaknya..jadi..
A + 6 = (B + 6) x 5
B + 21 + 6 = (B + 6) x 5
B + 27 = 5B + 30
27-30 = 5B - B
-3 = 4B
B = -3/4

Jadi ini bererti,  umur anaknya sekarang ialah -3/4 tahun atau - 9 bulan.Dan anaknya belum lahir lagi (lahir 9 bulan kemudian).
p/s : jawapan soalan kedua tue ada di sebalik warna nie...

Jawapannya, bapanya ada kat atas ibu budak tuelah sekarang...hehehe

10 April 2010

Disengat Lebah...Kata Lawak..

2 komen
Salam all,

Apa korang tengah buat sekarang nie? Harap-harap tengah membaca blog Arm nie hehehe...Petang hari nie, Arm malaslah nak bawa cerita ganas-ganas dan seram. Apa kata korang ringan-ringankan kepala hotak yang tengah tension  dan serabut bagaikan sabut kelapa kat awek dan pakwe korang dengan layanz cerita nie...orait!!!

Pada suatu hari, datanglah seorang pesakit berjumpa doktor. Mestilah orang sakit jumpa doktor, mana pula mungkin jumpa tok kadi pulak!!...

Ini dialog antara doktor tue dengan pesakit malang terbabit...

Doktor: Lebahker?
Pesakit: Betul...
Doktor: Hinggapker?
Pesakit: Benar...
Doktor: Menyengatker?
Pesakit: Belum sempat... Sebelum sempat menyengat, sepupuku menghantamnya dengan cangkul...

Semoga terhibur....Nak pergi mandi dulu eh...
 

7 April 2010

Ehem2 Bising Punca Kena Halau...

5 komen
Salam all,

Apa yang ehem-ehem tue? Arm pasti korang semua mesti tahu benda tue. Ala, kan korang semua bijak-bijak belaka. Ala, aktiviti yang best sangat tue, lebih-lebih lagi dibuat  pabila malam yang tengah hujan dengan lebatnya..hehehe..Oklah, Arm pun malas nak bermain teka-teki dengan korang semua nie. Sebenarnya Arm nak bawa entry nie buat orang yang bakal berkahwin tak lama lagi dan untuk korang yang sudah berkahwin...

 Gambar Hiasan jer nie...

Cerita nie adalah kisah benar yang telah berlaku kat sebuah apartmen di German. Disebuah apartmen tue tinggallah sepasang suami isteri yang menyewa kat apartmen tue. Mereka hidup dengan bahagia, aman dan juga damai. Tetapi janganlah kebahagian rumahtangga kita terlalu nak dipertunjukkan dan ditayangkan kat jiran dan masyarakat sekeliling...

Bagi Armlah, tak salah nak tunjukkan kebahagiaan umahtangga kita tue. Dengan syarat tidak melampaui batas kemanusiaan. Apa yang pasangan nie buat hingga melebihi batas masyarakat? Sebenarnya pasangan suami isteri ini kalau korang nak tahulah, time dorang bersama atau pun ayat yang senang fahamlah, melakukan seks... mereka terlalu bising ketika melakukan aktiviti ini..

Iyalah, mereka mengerang dan menjerit-jerit sehinggakan suara mereka itu mengganggu ketenteraman jiran-jiran mereka yang sedang tidur lena pada malam-malam kejadian. Jeritan-jeritan itu tidak dapat dipastikan sama ada jeritan kesedapan atau pun kesakitan pada awalnya...Tetapi ketika ditanya mengapa perlu menjerit dan mengerang kuat semasa melakukan seks? Pasangan ini menjawab untuk mendapatkan seks yang lebih baik dan bertahan lama...Hehehe...Apa daaa....

 Tinggal kat gua la kalau nak... haha

Akhirnya pasangan ini dihalau oleh tuan punya rumah, dan mereka telah berpindah ke sebuah rumah baru yang mempunyai dinding rumah yang lebih tebal dan mereka akan meneruskan seks dengan bising...Haha..Gila eh pasangan nie, nekad habis nak buat bising ketika buat projek nie...

Bagi pasangan yang bakal berkahwin dan juga dah lama berkahwin, jika meminati seks bising, carilah rumah yang jauh dari manusia. Buatlah rumah kat tepi hutan ke, di kaki-kaki bukit ke janji tak ganggu orang lain punya ketenteraman ketika tidur...

14 Januari 2010

Nasib Si Ayam Jantan Tua...

8 komen

Kisah ini menceritakan tentang seorang penternak ayam yang ingin membiakkan ayam peliharaanya, dimana dia mempunyai 25 ayam betina dan mempunyai seekor ayam jantan yang terlalu tua usianya...

Oleh Kerana dia merasakan ayam jantan yang tua itu sudah tidak dapat lagi memberikan hasil pembiakan yang diingininya dan tidak produktif lagi, si pemilik penternakan ayam itu memutuskan untuk membeli seekor lagi ayam jantan yang masih muda dan 'power'.

Perkara ini membuatkan si ayam jantan yang tua terbabit merasakan dirinya akan mempunyai pesaing.

“Eh, kamu jangan tamak... Ayam betina disini ada 25 ekor semuanya... Kamu boleh ambil 15 ekor, manakala bakinya bagilah untuk ku, macam mana?” Tanya si ayam tua kepada ayam jantan yang baru sahaja sampai di kandang ternakan itu...

“Mana boleh, aku tak setuju... Kamu kan sudah tua dan lemah...berikan sahaja semua ayam betina yang ada di sini untuk ku” kata si ayam jantan  yang baru sampai tadi.

“Baiklah, aku cabar kau ayam muda... Kita berlumba, siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada di sini,” Cabar si ayam jantan tua.
“Boleh!! Aku tak ada masalah, tapi mau berlumba apa?” Tanya si ayam jantan muda.
“Lumba lari 100 meter” Jawab si ayam jantan tua.
“O.k, tiada masalah.” beritahu si ayam muda.

Si ayam jantan tua terdiam sekejap. “Tetapikan aku sudah tua, boleh tak aku lari di depan mu sejauh 25 meter dulu... Itu pun kalau kau beranilah?”

“Aku tidak pernah takut dan gentar?” ujar ayam jantan muda dengan amat yakin sekali.

Perlumbaan itu pun bermula... Ayam jantan tua memulakan lariannya dahulu 25 meter, seperti perjanjian mereka tadi... Kemudian barulah ayam jantan yang muda lari mengejar dengan kelajuan sepantas kilat...

Sewaktu hampir memintas si ayam jantan tua, si ayam jantan muda tiba-tiba menggelepar dan kemudian mati kerana ditembak oleh pemilik penternakan ayam terbabit...

Sambil memungut bangkai ayam muda tadi, si pemilik merungut, “Siot! ini dah masuk sepuluh kali aku beli ayam jantan homo bulan nie. Bukannya mengejar ayam betina, tetapi mengejar ayam jantan tua ini pula!”

Si ayam jantan tua berasa sangat gembira selepas kejayaannya memperdayakan si ayam jantan muda yang baru sampai itu...dan tiada lagi ayam jantan lain yang dapat mengganggu ayam betina miliknya...

11 November 2009

Akibat belajar Sejarah

4 komen




Hasan dan Yassir adalah 2 sahabat karib sejak dari mereka masih kecil lagi, dan sehinggakan mereka berdua telah mendirikan rumahtangga  mereka masih lagi tetap bersahabat rapat...bahkan mereka hidup berjiran...

Begini kisahnya...

Pada setiap malam, Hasan akan pergi mengikuti kelas berkaitan sejarah dunia, ini kerana Hasan adalah seorang yang amat meminati bidang sejarah... Manakala si Yassir hanya  duduk melepak di warung kopi di depan rumah Hasan...Ketika malam yang dingin, sekembalinya si Hasan  dari kelas sejarahnya, Hasan selalu singgah di warung kopi berkenaan dan dengan bangganya serta mengembangkan lobang hidungnya, beliau akan  menerangkan pengetahuan yang baru diperolehinya kepada Yassir...

“Sir, kamu tahu tak siapa itu Napoleon?”, tanya Hasan.
“tak..”, jawab si Yassir dengan ringkasnya...
“Huh!! rugi betul kamu tak pernah mengikuti kelas sejarah nie sehinggakan kamu tak tahu siapa itu Napoleon!”, kata Hasan yang kemudian menjelaskan kepada si Yassir dengan bangganya dan mengembangkan lobang hidungnya itu...

Pada keesokan harinya...apabila si Hasan kembali dari kelas sejarahnya, dia bertanya lagi kepada si Yassir...

 “Kamu tahu tak siapa itu Jenghis Khan?”.
 “tak...”dengan nada kesal,  kerana dia memang tidak meminati sejarah.

Keesokan harinya ketika Yassir melihat Hasan pulang dari kelas sejarahnya, dan sebelum sempat si  Hasan memberi pertanyaan baru lagi kepada si Yassir...si Yassir pula yang memberi pertanyaan kepada si Hasan terlebih dahulu...

“San, kamu tahu tak siapa itu Tahir?”.

Dahi si Hasan berkerut, kerana mengikut pengetahuannya tiada seorang pun yang bernama seperti itu tercatat di dalam sejarah dunia...

“Siapa Tahir tue Sir, aku tak pernah mendengar namanya dalam sejarah..!?”, tanya si Hasan kepada si Yassir dengan penuh persoalan...

“Huh!! malang sekali!!! Kerena setiap malam kamu pergi ke kelas sejarah dunia hingga kamu tak mengenali siapa itu Tahir... Tahir itu lelaki kampung sebelah yang setiap malam datang berduaan dengan isteri mu sewaktu kamu sedang belajar sejarah!!!”, jelas Yassir dengan nada kesal...

10 November 2009

Kisah Kek Hari Ulang Tahun

2 komen


Pada suatu hari yang indah...Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai membuat kek dan memesan sebuah kek untuk dihadiahkan kepada isterinya bersempena ulang tahun isterinya yang tersayang itu...


“Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis pembuat kek tersebut kepada lelaki itu...

“Mmmm, saya fikir tulis saja “Sayang, kamu tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian sambung dengan “Sayang, kamu hanya bertambah cantik” di bahagian bawah,” kata lelaki tersebut...

Pada keesokan harinya, lelaki itu datang mengambil keknya dan tanpa memeriksa kek yang ditempahnya itu, dia terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan hadirin yang telah dijemput untuk meraikan hari ulang tahun isterinya...
Dan ketika kotak kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu hampir pengsan ketika membaca tulisan yang tertulis dikek itu:

“SAYANG KAMU TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS... SAYANG KAMU HANYA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH”


Moral : Sila berhati-hati dalam apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan di dalam kehidupan seharian...