Best Story

11 November 2009

Akibat belajar Sejarah





Hasan dan Yassir adalah 2 sahabat karib sejak dari mereka masih kecil lagi, dan sehinggakan mereka berdua telah mendirikan rumahtangga  mereka masih lagi tetap bersahabat rapat...bahkan mereka hidup berjiran...

Begini kisahnya...

Pada setiap malam, Hasan akan pergi mengikuti kelas berkaitan sejarah dunia, ini kerana Hasan adalah seorang yang amat meminati bidang sejarah... Manakala si Yassir hanya  duduk melepak di warung kopi di depan rumah Hasan...Ketika malam yang dingin, sekembalinya si Hasan  dari kelas sejarahnya, Hasan selalu singgah di warung kopi berkenaan dan dengan bangganya serta mengembangkan lobang hidungnya, beliau akan  menerangkan pengetahuan yang baru diperolehinya kepada Yassir...

“Sir, kamu tahu tak siapa itu Napoleon?”, tanya Hasan.
“tak..”, jawab si Yassir dengan ringkasnya...
“Huh!! rugi betul kamu tak pernah mengikuti kelas sejarah nie sehinggakan kamu tak tahu siapa itu Napoleon!”, kata Hasan yang kemudian menjelaskan kepada si Yassir dengan bangganya dan mengembangkan lobang hidungnya itu...

Pada keesokan harinya...apabila si Hasan kembali dari kelas sejarahnya, dia bertanya lagi kepada si Yassir...

 “Kamu tahu tak siapa itu Jenghis Khan?”.
 “tak...”dengan nada kesal,  kerana dia memang tidak meminati sejarah.

Keesokan harinya ketika Yassir melihat Hasan pulang dari kelas sejarahnya, dan sebelum sempat si  Hasan memberi pertanyaan baru lagi kepada si Yassir...si Yassir pula yang memberi pertanyaan kepada si Hasan terlebih dahulu...

“San, kamu tahu tak siapa itu Tahir?”.

Dahi si Hasan berkerut, kerana mengikut pengetahuannya tiada seorang pun yang bernama seperti itu tercatat di dalam sejarah dunia...

“Siapa Tahir tue Sir, aku tak pernah mendengar namanya dalam sejarah..!?”, tanya si Hasan kepada si Yassir dengan penuh persoalan...

“Huh!! malang sekali!!! Kerena setiap malam kamu pergi ke kelas sejarah dunia hingga kamu tak mengenali siapa itu Tahir... Tahir itu lelaki kampung sebelah yang setiap malam datang berduaan dengan isteri mu sewaktu kamu sedang belajar sejarah!!!”, jelas Yassir dengan nada kesal...

4 ulasan:

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..