Best Story

12 November 2009

Jika aku seorang 'Pahlawan Ribut'...



PAHLAWAN RIBUT : Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan api hendak diduga..

Jika aku adalah seorang 'Pahlawan Ribut'....
 Akan aku cuba sedaya upaya  memusnahkan segala kilang dan ladang yang menghasilkan najis dadah...Mengapa dadah yang akan aku musnahkan terlebih dahulu??? Ini kerana, disebabkan dadahlah manusia yang baik akan bertukar menjadi jahat...dan manusia yang takut akan menjadi berani untuk melakukan benda yang salah...Akan aku musnahkan kilang dan ladang dadah ini dengan menyeru ribut taufan yang paling dahsyat sehingga tempat-tempat ini akan menjadi padang jarak, padang tekukur buat selama-lamanya...

Jika aku adalah seorang 'Pahlawan Ribut'....
Akan aku cuba sedaya upaya yang ada untuk menghancurkan dan memusnahkan segala penjahat dan penyamun yang terdapat di muka bumi ini...Dengan cara apa aku akan memusnahkan mereka???
Nama pun  'Pahlawan Ribut' sudah tentulah dengan ribut...hahaha!!!Penjahat dan penyamun yang terkena kuasa pukulan ribut ku, pasti akan terbang melayang bagaikan kertas yang ditiup angin...hahaha!!!

Jika aku adalah seorang 'Pahlawan Ribut'...
Akan aku cuba sedaya upaya untuk mendekati masyarakat sekeliling ku...Ini kerana aku sangat risau, apabila aku menghampiri masyarakat untuk berbual tentang isu semasa yang hangat diperkatakan, belum sempat aku berkata-kata mereka akan terus cabut meninggalkan aku keseorangan kerana mereka risau ribut akan melanda kawasan tersebut kerana aku adalah 'Pahlawan Ribut'...kuang3x


Bye..Bye..Bye...

4 ulasan:

  1. memang baik niat anda..tapi apasal hang pakai baju melayu yang formal? pakailah cam Hang Ribut (Tuah)ngan keris :D

    BalasPadam
  2. pergh....strom warrior versi Melayu!..cayalah...
    mane kerisnyer??hehhe..xnampk jer...


    lawatler blog sy gak...
    http://www.keemzone.com/?p=139

    BalasPadam
  3. Gua nie kan pahlawan ribut..x yah pakai keris selalu..simpan kat pinggang jer..guna power ribut dah cukup dah...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..