Best Story

Memaparkan catatan dengan label ISU LUAR MALAYSIA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISU LUAR MALAYSIA. Papar semua catatan

14 November 2010

Blogger Mengaku Tuhan !!! (Melampau)

25 komen
Salam buat semua..

Di dalam dunia blogger nie, sebenarnya ada banyak kebaikan dan juga keburukan yang boleh kita perolehi. Semuanya itu terpulang kepada penulis blog itu sendiri untuk mempersembahkan kepada para pembaca blog itu. Kita semua telah dikurniakan akal fikiran oleh Allah SWT, jadi pandai-pandailah menggunakan akal itu untuk menilai yang mana kaca atau permata...

Apa sebenarnya yang ingin Arm sampaikan kepada korang semua kali ini adalah berkaitan kes seorang penulis blog yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa Palestin kerana dia telah mendakwa dirinya adalah tuhan dan juga telah menghina Nabi Muhammad SAW...

Mungkin telah ramai yang mengetahui cerita ini, kerana kisah nie telah keluar kat paper dan ada juga kat dalam facebook. Maklumlah dunia sekarang tanpa sempadan dan semuanya dihujung jari saja. Kalau korang nak lebih detail tentang cerita nie boleh cari kat 'google'...

Apa yang lebih menyedihkan, dikhabarkan lelaki ini adalah anak kepada seorang ulama dan dia juga selalu sembahyang berjemaah bersama ahli keluarganya, tetapi sebenarnya itu adalah taktiknya untuk mengaburi mata keluarganya kerana jika dia mempunyai masa yang terluang dia akan menulis artikel yang menghina Islam...

Malang sekali atas apa yang telah terjadi. Tiba-tiba saja Arm teringat lagu yang pernah dipopularkan oleh kumpulan Raihan pada suatu masa dahulu yang berbunyi begini "iman tak dapat diwarisi...dari seorang ayah yang bertakwa"..Apa tajuk lagu nie, Arm pun dah tak ingat...

Semakin hari ada saja cara cerita yang kita dengarkan berkaitan hal-hal kesesatan. Adakah ini menunjukkan kita semakin sampai di penghujung zaman??  

8 November 2010

Kahwin Dengan Diri sendiri...

19 komen
Salam buat semua..



Impian setiap insan yang hidup di dunia nie tak kiralah lelaki atau pun perempuan, pasti ingin berkahwin dengan pasangan yang dicintai dan disayangi. Perkahwinan adalah satu perkara yang amat hebat dan ia sangat penting untuk melengkapkan kehidupan kita (Arm dah jadi macam pakar motivasi rumahtangga la pula )...

Bukanlah tujuan Arm untuk memberikan motivasi tentang alam perkahwinan, tetapi semuanya ini ada kaitan dengan kisah yang bakal Arm paparkan ini.  Seperti yang kita ketahui, perkahwinan yang normal adalah antara seorang lelaki dengan seorang wanita dan ada juga kadang-kadang kita dengar perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Sebenarnya perkahwinan songsang seperti ini tidak dibenarkan di dalam negara kita...Di negara luar mungkin perkahwinan songsang ini diiktiraf dan dibenarkan. ..

Arm ingin bertanya pada korang semua, pernahkah korang dengar perkahwinan dengan diri sendiri? Yang mana pasangan kepada perkahwinan ini adalah diri beliau sendiri. Realitinya, perkara ini telah pun berlaku di Taipei. Di mana seorang wanita yang berumur 30 tahun telah melansungkan perkahwinannya dengan dirinya sendiri dan telah dihadiri oleh 30 tetamu terdiri dari keluarga dan juga sahabat handai beliau...

"Saya mesti menyintai diri saya sebelum saya menyintai orang lain. Saya mesti berkahwin dengan diri saya sebelum berkahwin dengan seseorang yang istimewa," kata wanita ini pada majlis perkahwinannya.

Menurut pihak berkuasa di Taiwan juga, ramai wanita di negara mereka lebih suka hidup membujang atau pun berkahwin pada usia yang tua, dan perkara ini telah menyebabkan tahap kelahiran bayi di negara mereka adalah antara yang terendah di dunia.

Oklah tue, jika hendak dibandingkan dengan negara kita nie. Tahap kelahiran bayi boleh dikatakan amat tinggi juga, tetapi malangnya banyak pula bayi-bayi yang lahir itu dibuang seperti sampah di merata-rata tempat. Kasihan bayi yang tidak berdosa itu...








14 Jun 2010

Mumia Wanita Berbadan Ular...Misteri Nusantara...

22 komen
Salam buat semua...


Inilah kononnya gambar mumia wanita berbadan ular itu...

Nampak macam seram saja gambar binatang kat atas tue. Tetapi, ya memang ada tetapinya. Benda aneh kat atas tue didakwa telah ditemui oleh seorang lelaki di Indonesia adalah satu penipuan dan wayang semata-mata untuk mengaut keuntungan...


Pelbagai cara dan teknik manusia sekarang nie hendak menipu kita asalkan dapat duit. Lelaki itu mereka-mereka cerita yang kononnya dia telah bermimpi berjumpa dengan seorang wanita dan mengarahkan dia pergi ke sawahnya untuk menemui benda pelik nie...


Lelaki ini mengenakan bayaran kepada sesiapa yang ingin melihat benda pelik ini di rumahnya. Orang ramai yang berasa curiga dengan benda pelik ini dan juga cerita lelaki nie melaporlah kepada pihak berkuasa. Hasil siasatan, rupa-rupanya benda ini adalah rekaan lelaki itu sendiri dan kemudian dia mendakwa ia adalah benda mistik nusantara gitu...


Apa yang menyedihkan ramai jugalah orang yang terpedaya dengan lelaki ini dan sanggup memberikan duit semata-mata ingin melihat benda pelik tapi tipu ini. Jadi, Arm harap janganlah kita mudah terpedaya dengan benda mistik selagi belum ada bukti sahih dan tepat yang menyatakan sesuatu itu adalah mistik. Jangan terus percaya buta-buta ya...


6 Jun 2010

Apakah yang Paling Menakutkan Yahudi???

17 komen
Salam buat semua...

Jika kita semua renungkan kembali, kekejaman zionis semakin menjadi-jadi. Seperti tidak ada apa yang dapat mengugat dan menghentikan kekejaman yang dilakukan oleh mereka ini. Lalu Arm terfikir sendirian mecari-cari apakah ada  sesuatu yang ditakuti oleh yahudi laknatullah ini...


Sebenarnya memang ada juga yang ditakuti oleh yahudi nie terhadap umat Islam di dunia ini. Apa yang paling ditakuti oleh mereka ini adalah apabila  jumlah jemaah solat subuh kat masjid diseluruh dunia, menyamai jemaah solat jumaat. Mengapa pula yahudi terlalu takut kat orang Islam apabila jemaah solat subuh  menjadi ramai seperti jemaah solat jumaat adalah kerana solat subuh adalah paling sukar dilakukan oleh orang yang munafik...


Selain itu, banyak keistimewaan solat subuh berjemaah nie. Pemimpin yahudi pun tahu apa keistimewaan solat subuh nie. Apabila jumlah jemaah solat subuh pun dah ramai, pastinya perpaduan umat Islam itu nampaknya semakin kuat dan teguh. Perpaduan itulah yang paling ditakuti oleh bangsa yahudi itu sendiri. Apabila keimanan umat Islam semakin teguh dan perpaduan umat Islam diseluruh dunia pun semakin erat, saat itulah yahudi laknatullah ini akan dihancurkan....


Jadi, marilah kita semua umat Islam dan termasuklah diri Arm sendiri cuba untuk membaiki keimanan kita dan cuba untuk solat berjemaat kat masjid atau pun surau jika berkemampuan...Apa-apa pun jom layan lagu nie..


2 Jun 2010

Israel Ini Manusiakah Apa??!!

16 komen
Salam buat semua...

Semalam seluruh dunia dikejutkan dengan serangan tentera zionis terhadap kapal Mavi Marmara yang membawa aktivis misi Gaza dan juga bekalan bantuan terhadap penduduk Gaza. Yang mana akibat serangan ini, beberapa sukarelawan maut dan ramai yang tercedera....


Apa yang mampu dunia lakukan hanyalah mengutuk perbuatan kejam Israel nie melalui pemimpin negara masing-masing dan juga hanya melakukan demontrasi di jalanan. Hakikatnya, Israel hanya memekakkan telinga dan meneruskan lagi serangannya terhadap rakyat Palestin...


PBB macam biasalah, hanya wayang semata dan pasti akan memberikan keputusan yang berat sebelah demi melindungi anak emasnya itu. Mengapa pemimpin dunia hanya mampu mengutuk dan mengecam tindakan Israel, tanpa ada ada tindakan yang betul-betul memberi impak yang besar terhadap Israel dan seterusnya menghentikan kekejaman di Palestin?







P/s : Syukur kepada Allah SWT kerana 12 rakyat Malaysia yang turut berada di dalam kapal tersebut selamat, dan pada ketika entry ini ditaip sebuah lagi kapal yang membawa sukarelawan Malaysia dan Ireland masih lagi terus bertekad meneruskan pelayaran menuju ke Gaza. Semoga mereka semua dalam lindungan Allah AWT dari Israel yang kejam...Amin...

27 Mei 2010

Pasangan warga emas tertimbus di bawah sampah dalam rumah sendiri...

13 komen
Selamat petang buat semua...

Apa yang korang tengah fikirkan tue? Mesti banyak yang korang fikirkan sekarang niekan. Ada yang fikir pasal hutanglah, pasal nak kahwinlah, pasal aweklah dan macam-macam lagilah. Apa kata korang berhenti seketika untuk merehatkan fikiran sambil layan kisah yang akan Arm sajikan buat korang. Kisah kali nie  sedikit pelik tapi memang benar-benar kejadian...


Sepasang suami isteri warga tua yang hilang secara misteri menjadi tanda tanya kepada jiran mereka. Pasangan warga tua nie menghilang selama 3 minggu tanpa jejak. Jiran-jiran yang berasa risau telah melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis Chicago kerana kes nie terjadi kat sana bukan Malaysia yer...


Apa yang mengejutkan, pihak polis yang membuat pemeriksaan kat rumah warga tua nie tidak dapat masuk ke dalam rumah mereka. Ini kerana terlalu banyak sampah kat dalam rumah warga emas nie. Dan sampah-sampah tue pula bertimbun-timbun hingga hampir mencecah syiling rumah mereka...


 Inilah sampah yang terdapat dalam rumah warga emas tue.
Macam-macam ada...


Pihak polis terpaksa meminta bantuan bomba pula untuk masuk ke dalam rumah tue untuk melakukan siasatan. Anggota bomba yang ditugaskan dengan hati yang sabar dan tabah telah menjumpai pasangan warga tua nie di bawah timbunan sampah kat dalam rumah tue, dan keadaan pasangan nie terlalu lemah...


Bagaimana sampah sarap tue boleh bertimbun kat dalam rumah warga emas nie, masih lagi belum terjawab dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes pelik nie. Arm rasalah mungkin warga emas nie yang kutip sampah nie dan simpan sampah-sampah nie dalam rumah mereka sendiri. Mungkin dorang nak buat koleksi kot...


Apa-apa pun pesanan Arm, rajin-rajinlah bersihkan dan buang sampah yang ada kat rumah korang tue. Bukan apa, takut nanti jadi macam dalam cerita nie pula. Oklah, Arm nak buang sampah dulu yer...


9 Mei 2010

Penemuan Cicak Gergasi Bohong Semata...??

39 komen
Salam dari Arm...

 
Awal pagi semalam Arm ada menulis entry berkaitan penemuan cicak gergasi nie oleh seorang pemuda dari Tawau, sabah kat sempadan Kalimantan, Indonesia. Tetapi penemuan itu sangat Arm ragui, dan juga ramai penduduk Tawau sendiri tak mempercayai berita nie...


Kalau kat Tawau cicak nie kita orang panggil 'Tokek'. Memang ramailah jugak warga Tawau yang mencari cicak nie kerana harganya yang lumayan. Cicak nie dipercayai boleh dibuat sebagai penawar penyakit HIV/Aids, tue pasal lah cicak nie mahal kot...


Seorang pakar hidupan liar turut meragui penemuan cicak gergasi nie, mana mungkin cicak nie boleh mencapai berat 64 kg. Ini pernyataan beliau terhadap penemuan cicak gergasi nie...

"Selalunya spesies ini cuma sepanjang 17.6 sentimeter dan lebar badan cuma sebesar 3 sentimeter. Rupanya sama seperti Gecko tapi memang mustahil malah tidak tergolong langsung dalam keluarga biawak," katanya ketika dihubungi untuk mengulas laporan muka depan Kosmo! semalam mengenai penemuan cicak gergasi di Sabah.
Malah beliau membuat andaian terdapat kemungkinan gambar tersebut tidak asli dan telah diubahsuai supaya menjadi lebih besar.
"Jika benar ia mungkin adalah spesies yang aneh tetapi pada saya ada sesuatu yang tidak kena dan tidak betul di sini," ujar beliau.
 (Arm petik dari Akhbar Kosmo) 

  
Inilah 'Tokek' tue... Kecik jer..
 

Jadi Arm rasa pun memang penemuan ini amat meragui dan seperti ada penipuan di situ. Sekarang teknologi dah moden, senang jer nak edit-edit gambar nie pun. Apa-apa pun selamat berhujung minggu Arm ucapkan...


24 April 2010

Ketua Mafia Kat Itali Gaduh Besar Dengan Isteri Dia...

9 komen
Nie gambar mafia tengah kepanasan..
Faham-faham sajalah cuaca sekarang nie..

Salam Muhibbah dari Arm...

Kisah kali nie Arm datangkan khas dari Itali, jauh bukan. Yang mana kisah nie adalah cerita keganasan mafia Itali. Tetapi kisah nie bukanlah pula berkaitan dengan persengketaan diantara kumpulan mafia yang ada kat sana. Tetapi sebenarnya kisah rumahtangga ketua kumpulan mafia...


Kisahnya begini, akibat bergaduh dengan isterinya sendiri, seorang ketua mafia naik darah apabila mengarahkan anak buahnya supaya menyerang dan membakar sebuah pusat bowling kat sana. Apa pasal pula tempat main bowling tue kena bakar...?

 Rakaman cctv pusat bowling terbabit. Kelihatan anggota mafia tue menembak 
beberapa mesin slot yang ada kat situ. Gambar dari KOSMO

Pusat bowling tue jadi sasaran serangan tue kerana dipercayai pemilik  pusat bowling terbabit telah menyembunyikan isterinya kat situ selepas isterinya melarikan diri selepas bergaduh dengan suaminya yang seorang ketua mafia. Kumpulan mafia yang bersenjatakan mesingan dan pistol tue hanya pergi dari situ selepas mereka tak menjumpai isteri ketua mereka...


Kumpulan mafia nie juga, sempat melepaskan tembakan ke arah seorang lelaki yang berada kat dalam keretanya sambil memerhatikan kejadian serangan tue dari luar pusat bowling tue. Kesian kat lelaki tue, tak pasal-pasal jadi mangsa...


Begitulah kisahnya...Beratnya tugas anggota keselamatan kat sanakan. Bila-bila masa saja kena tembak dengan kumpulan mafia. Mana tidaknya, semua nggota mafia mana ada guna parang macam kat Malaysia nie. Masing-masing ada senjata api. Rasa bersyukur kerana jadi rakyat Malaysia...

17 April 2010

Osama Bin Laden Di Face Book!!!

5 komen



Salam dari Arm...


Siapa sangka dalam menjadi orang yang paling dikehendaki kat dalam dunia nie, dia masih lagi tak mahu ketinggalan dalam kemeriahan Face Book sekarang nie. Itulah dia orangnya Osama Bin Laden, lelaki yang paling dikehendaki oleh kerajaan Amerika Syarikat...


Untuk makluman korang juga, pengikut Osama kat dalam Face Book sekarang nie dah mencecah 1000 orang dah. Wah, kira ramai jugak tue. Bandingkan dengan Arm nie pun baru berapa kerat sangat member kat dalam Face Book tue. Gila eh, tak kah bengang kerjaan Amerika dibuat Osama nie...


Apa yang melucukan juga, alamat yang diberikan oleh Osama adalah dari pergunungan dunia. Mungkin beliau sedang berada kat gunung Everest kot..hehehe...Macam-macam hal saja kan...
p/s : kalau korang berminat nak jadi member gua kat Face Book bolehlah...Gua pasti servis baik punya ....hahahaha...

11 April 2010

Gambar rusuhan Baju Warna Merah di Thailand...

5 komen
Salam all,

Malam nie Arm tak ada apa-apa nak dituliskan, just bagi korang layan gambar-gambar sekitar rusuhan kat Thailand sekarang nie. Korang pun pasti tahu gak tahu hal nie, kalau tak tahu memang ketinggalan zaman betullah..Baik pergi balik zaman logam lah kalau korang tak tahu berita tentang rusuhan yang tercetus kat Thailand yang mana telah dilakukan oleh penyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang memakai baju merah...Apa lagi, mari layanzzz...

 penunjuk perasaan membelasah
seorang pengawal peribadi setiausaha Abhisit...
Pemandu kereta milik setiausaha Abhisit cedera apabila
beberapa penunjuk perasaan menyerangnya dekat Kementerian
Dalam Negeri Thailand...
 
Mahukah korang kat Malaysia jadi macam nie?...Memang bestlah kalau jadi macam nie kat Malaysia, hari-hari boleh tengok pertumpahan darah rakyat Malaysiakan...Tak payah nak kerja, tak payah nak sakit kepala fikir apa benda apa nak tulis kat blogkan...Orang bangang jer suka negara sendiri jadi macam nie.. Kalaulah benda macam nie jadi kat Malaysia, Arm tak tahu nak cakap apa lagi, Semoga Allah SWT melindungi negara kita ini dari bala seperti ini...AMIN...

9 April 2010

Pasangan Berzina di Aceh Di telanjangkan...

3 komen
Selamat Malam,

Kisah nie telah berlaku kat sebuah kampung kat Banda Aceh. Satu pasangan, yang belum lagi mempunyai hubungan yang sah yakni bernikah, telah ditangkap oleh penduduk kampung kerana berzina...

Kalau korang nak tahu jugak, Aceh nie mengamalkan undang-undang syariah sebenarnya. Penduduk kampung yang berjaya menangkap pasangan nie di dalam sebuah rumah kemudian, mengarak pasangan yang berzina itu di seluruh kampung dengan membogelkan mereka...

Penduduk kampung mengarak mereka ke seluruh kampung serta membogelkan pasangan yang berzina nie untuk memberi amaran kepada semua penduduk agar jangan berzina...
Selepas sudah puas, mereka diarak. Pasangan ini kemudiannya diikat di sebatang pokok dan kemudian ada penduduk yang terlalu marah dan tak dapat lagi mengawal perasaan marah telah membelasah mereka dengan memukul tangan dan kaki mereka dengan kayu...

Ketika polis sampai, pasangan nie dah nyawa-nyawa ikan dah. Arm rasa pasti pasangan yang berzina tue dah tak berani nak berzina lagi. Apalah susahnya, kalau dah rasa diri tue dah tak tahan sangat, bernikah sajalah...Tetapi ada segelintir manusia nie suka melakukan benda yang haram dan tak sukakan yang halal...Manusia-manusia...Nauzubillah...

18 Januari 2010

Mangsa gempa bumi berbunuhan merebut makanan...

9 komen






Apalah nak jadi dengan Haiti nie, apa tidaknya sudahlah di sana baru dilanda gempa bumi yang dahsyat dan ramai lagi rakyat yang masih lagi terperangkap dalam runtuhan gempa bumi...kini ada lagi satu masalah yang perlu dihadapai oleh rakyat Haiti, iaitu kesusahan mendapat bekalan makanan dan juga samseng yang mula mengganas....
Akibat bekalan makanan sukar diperolehi, penduduk di Haiti mula mencuri makanan yang masih ada di dalam runtuhan bagunan kedai-kedai...Hal ini juga menyebabkan mereka saling berebut dan sampai bergaduh sesama sendiri...Korang nampak tak gambar di atas..?mestilah nampakkan....Gambar tue sedang menunjukkan seorang lelaki yang dibogelkan lalu dibelasah sehingga oleh penduduk Haiti kerana lelaki terbabit dipercayai mencuri...



Sudahlah dibelasah sampai mati, tak cukup dengan itu...lelaki terbabit ditimbus dengan sampah sarap...kemudiannya dia dibakar bersama sampah....Dipercayai juga, lebih kurang 4000 banduan telah terlepas dan perkara ini merisaukan pihak berkuasa...kerana ini memberi petanda yang sangat tidak baik, kemungkinan besar rusuhan antara kumpulan samseng akan berlaku, akibat dendam yang sudah lama disimpan di antara mereka...dan kini mereka telah bebas...

29 November 2009

Perdana Menteri Itali Power Kat Ranjang

2 komen

Gambar Perdana Menteri Itali dan Pelacur Patrizia D' Addario

Wah!!Sebenarnya Perdana Menteri Itali nie iaitu Silvio Berlusconi menghidapi penyakit barah Prostat yakni barah yang berkaitan dengan alat kelamin jugaklah...Walaupun beliau menghidap penyakit nie, ia tidak sekali-kali mematahkan kehebatan aksinya semasa bersama dengan pelacur yang pernah dilanggannya iaitu Patrizia D'Addario...
Patrizia mengakui sendiri kehebatan Perdana Menteri Itali nie, yang mana si Patrizia ada menulis pengakuan dan rasa kagumnya bersama Silvio di dalam bukunya yang bertajuk ‘Gradisca, Presidente’ dalam bahasa melayu bermaksud 'Ikut Suka Hati Presiden'...
Di dalam bukunya itu Patrizia memberitahu bahawa sepanjang aksi mereka bersama, Perdana Menteri tue tidak menunjukkan rasa letih dan seperti tidak menghidap penyakit barah Prostat...Gua rasalah, mungkin kerana terpesona dek kecantikan pelacurnya si Patrizia...beliau pun dah lupa kat penyakit barahnya kot...
Nasib baiklah penyakit barahnya itu tak memberi masalah semasa beliau bersama dengan Patrizia, kalau tak??? Mungkin dah jalan dah... Benda-benda cam nie sebenarnya memburukkan prestasi dan maruah Perdana Menteri Itali nie sebenarnya...
Bagi gua, tidak sepatutnya orang sebegini menjadi pemimpin negara...boleh hancur bro negara...korang fikirlah sendiri...kalaulah kes macam nie terjadi kat dalam negara kita...ish, tak dapat gua nak bayangkan apa yang bakal terjadi...tetapi memang dah ada pun pemimpin politik kat nagara kita nie kaki pelacur jugak...kan dah kecoh 1 Malaysia hari tue pasal  video rakaman aksinya bersama seorang pelacur kat sebuah hotel...Malaslah gua nak sebut, korang pun tau siapa orang tue...




15 November 2009

Sebuah Kafe Ganja pertama dibuka di Portland!!!

4 komen


Gambar ganja yang disediakan di dalam botol
tersusun rapi di rak kafe di Portland 

Akhirnya sebuah kafe ganja yang pertama kat US telah dibuka kat Portland(boleh hisap ganja sambil minum kopi)...Kafe ini jangan korang fikir tidak sah disisi undang-undang dadah kat US, ia telah diluluskan oleh Presiden US sekarang nie iaitu Barack Obama...Ha!! tekezut korangkan...Kafe ini akan menjadi sebuah 'port' yang sah (tak payah risau lagi kena tahan polis @ Agensi Antidadah)
Walaubagaimanapun, hanya penagih yang mempunyai lesen sahaja untuk lepak kat kafe nie...mereka dibenarkan untuk membeli dan menghisap ganja di sini dengan selamat dan tenang selagi mereka tidak melakukan kegiatan ini di tempat awam...Ahli-ahli juga dikenakan bayaran AS$ 25 sebulan(RM86) sambil-sambil mereka semua asyik menghayati ganja, mereka juga akan dibekalkan dengan makanan (arak tak boleh, sebabnya tak ada lesen minuman keras)
Mengikut fakta yang sahih Ada kira-kira 21,000 pesakit berdaftar menggunakan marijuana bagi tujuan perubatan di Oregon... Doktor memberikan marijuana bagi penyakit termasuk Alzheimer, sclerosis dan sindrom Tourette...(Apa boleh buat jika ini lah ubatnya..hisap saja ler hehehe...)




Gambar seorang pesakit di klinik rawatan ganja di San Francisco

Adakah kerajaan kita Malaysia akan mengikut jejak US ?? sebab memang pun kerajaan kita da berikan 'Terapi Dadah Gantian iaitu Methadon' kepada penagih heroin dan morfin  kat Malaysia nie...Bagi pandangan gua memang baik langkah kerajaan nie...tetapi semua adalah kembali kepada diri penagih itu sendiri...Apa yang saya ketahui ramai juga penagih yang mengambil 'Methadon' tetapi dalam masa yang sama masih lagi menagih dadah heroin dan morfin...jadi kesimpulannya rawatan yang diterimanya adalah sia-sia sahaja dan membazirkan duit rakyat jelata sebenarnya...

18 Oktober 2009

Tentera Pakistan Gempur kubu Taliban

0 komen

Nampaknya Pakistan menjalankan operasi besar-besaran terhadap Taliban di negara itu, dianggarkan terdapat 10,000 orang tentera Taliban berkubu di wilayah tersebut..Habis semua penduduk keluar dari wilayah ini demi menyelamatkan diri mereka dari menjadi mangsa peperangan ini..
Gua(III) rasa sangat bersyukur, kerana kat negara kita masih lagi aman dan damai, sampai bila lah mereka nie berperang sesama mereka..Gua(III) pun dan mengantok sangat, tak tau nak tulis apa sudah..otak dah kecut..PEACE NO WAR..Salam..

Zionis akan didakwa lakukan jenayah perang

0 komen

Nampaknya PBB meluluskan satu laporan yang menyatakan tentera Zionis melakukan jenayah perang di Palestin..memang pun tentera Zionis nie melakukan jenayah perang kat bumi Palestin tue..tetapi oleh kerana ada nya AS, Zionis akan sentiasa terselamat dari segala kecaman dan bantahan dunia berkaitan kekejamannya di Palestin..
Gua(III) sebenarnya sangat anti peperangan..kenapalah kita sesama manusia nie nak berperang sesama kita..mungkin kerana dah boring hidup di dunia dan telah mencipta pelbagai senjata pemusnah yang canggih-canggih belaka dan mungkin mereka terasa teringin sangat untuk mencuba senjata pemusnah masing-masing..dan lihat lah pengakhirnya..mayat bergelimpangan di merata dan darah manusia yang tidak berdosa membasahi bumi yang indah ini??
Jadi gua(III) berdoa agar laporan tentang jenayah perang terhadap Zionis ini akan berjaya disabitkan kepada tentera Zionis dan pemimpin Yahudi yang terlibat dalam kekejaman ini, akan dibawa kemuka pengadilan dan diberikan hukuman yang setimpal....



11 Oktober 2009

Markas tentera Pakistan diserang Taliban

0 komen

DUA helikopter berlegar-legar di ibu pejabat tentera Pakistan selepas diserang pengganas di Rawalpindi semalam.



ASKAR Pakistan bersiap sedia ketika serangan penyerang di pekarangan ibu pejabat tentera Pakistan di Rawalpindi.



Sekali lagi Pakistan digemparkan dengan siri serangan dari pengganas yang dipercayai Taliban. Serangan ini adalah rentetan serangan selepas kejadian bom kereta yang mengorbankan 52 orang di bandar barat laut Peshawar dan pengeboman pejabat agensi bantuan PBB di Islamabad. Isnin lalu.
Pada serangan kali ini, kem markas tentera Pakistan menjadi sasaran. Dalam serangan ini 4 orang penyerang telah terkorban dan 8 orang tentera terkorban. Serangan berani ini menunjukkan bahawa Taliban masih lagi mampu melakukan serangan walaupun banyak serangan telah dilakukan pihak tentera sehingga terkorbannya pemimpin Taliban, Baitullah Mehsud terbunuh pada Ogos lalu.


8 Oktober 2009

Sheikh Raed di tahan Israel

0 komen

SEORANG penunjuk perasaan Palestin ditahan di Wadi Joz

BAITULMAQDIS: Polis Israel semalam menahan pemimpin Pergerakan Islam atas tuduhan menghasut ketika ketegangan di Baitulmaqdis beberapa hari lalu dan menimbulkan kebimbangan akan berlaku lagi keganasan. Sheikh Raed Salah ditahan dalam pertempuran di antara rakyat Palestin dan polis di Wadi Joz di timur Baitulmaqdis yang diduduki Israel pada hari ketiga keganasan di dalam dan sekitar kota suci berkenaan."Beliau ditahan kerana kenyataannya yang boleh membangkitkan kemarahan dalam tempoh beberapa hari lalu dan disyaki menghasut," kata jurucakap polis, Shmulik Ben-Rubi.
Sheikh Raed, yang ditahan beberapa kali dan dipenjara selama dua tahun di Israel, beberapa kali menyeru Muslim di Israel dan wilayah Palestin supaya 'mempertahankan' Masjid al-Aqsa daripada Israel.

Sampai bilalah agaknya Palestin akan bebas dan aman dari keganasan Yahudi laknat nie. Kenapalah Allah tak turunkan saja bala gempa bumi kat Indonesia nie kepada Yahudi nie, biar dorang rasa azab dari Allah SWT. Gua sangat sedih la, banyak cerita tentera Israel melakukan kekejaman kepada rakyat Palestin,habis semua kanak-kanak yang tidak berdosa di bunuh oleh Yahudi laknat nie.
Apalah daya rakyat Palestin untuk mempertahankan bumi Palestin nie, tentera Yahudi mempunyai kelengkapan perang yang canggih, semua senjata nie pun Amerika yang bagi bekalkan. Sebenarnya Amerika tue berlakon jak, kononnya mereka berusaha untuk mengamankan Palestin, tetapi hakikat sebenar Amerika membiarkan sahaja kekejaman Yahudi nie.Gua berdoa kepada Allah SWT agar satu hari nanti Allah SWT akan memberikan kemenangan kepada Mujahidin yang mempertahankan bumi Palestin...Amin..






7 Oktober 2009

Pertubuhan Indonesia Mahu Perang Malaysia

0 komen

Penyokong "Bendera" menunjukkan kain rentang bertulis "Ganyang MALAYSIA"

Kita digemparkan dengan khabar berita dari Indonesia, di mana satu pertubuhan yang tidak berdaftar iaitu "Bendera" ingin menyerang  MALAYSIA bumi bertuah ini. Sumber yang gua perolehi mereka telah menyiapkan lebih kurang 1500 orang anggota mereka untuk menyerang negara kita dengan bersenjatakan buluh runcing dan samurai. Selain itu juga, mereka yang ingin menyerang negara kita ini, kebal-kebal belaka..yakni tidak lut dengan senjata. Subhanallah!!
Bagi gualah kan, tak payahlah dorang bersusah payah untuk menyerang negara kita, lebih baik dorang pergi bawa senjata mereka ini pergi gali cari mangsa yang tertimbus akibat gempa bumi kat Padang, Sumatera. Bukan setakat "Bendera" nie nak serang negara kita, yang lebih menyakitkan hati gua nie, apabila pesawat pasukan bantuan dari Malaysia dibaling dengan batu apabila mendarat untuk memberi bantuan ubatan dan makanan di Sumatera Barat. Geram sangat gua, tetapi sebagai hamba Allah SWT lebih baik kita bersabar, kerana "sabar itu separuh dari iman".
Gua harap peperangan ini tidak akan berlaku, kerana jika ditakdirkan berlaku banyak nyawa akan terkorban dan pastinya yahudi akan berasa gembira kerana 2 negara Islam berperang sesama sendiri.

5 Oktober 2009

Lagi cerita Gempa Bumi Dari Padang

0 komen

PENDUDUK kampung terpaksa menggunakan tangan untuk mengeluarkan mayat seorang
wanita yang tertimbus di Jumanak, Padang Pariaman semalam

GAMBAR dari udara menunjukkan beberapa rumah yang terus terancam
selepas gempa menggegarkan kampung Pariaman.

Memandangkan isu gempa bumi di Padang, Indonesia masih hangat kita perkatakan, lagi sekali gua membawa cerita dari Padang lagi. Indonesia ini negara jiran kita yang paling hampir pasti anda dan gua sendiri berasa sangat risau dan sentiasa mengikuti dan tidak ketinggalan dengan berita gempa bumi ini. Harapan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terselamat semakin tipis setelah masuk hari ke 4. Gua berharap dan berdoa agar masih ada lagi mangsa yang terselamat. Selain itu juga, di Pariaman salah satu kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi ini, kerana disebabkan tiada bantuan luar, penduduk kampung terpaksa menggunakan tangan untuk mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah dan bangunan. Anda bayangkan lah sendiri, gua cukup berasa sedih membaca berita ini tadi. Mengikut kata jurucakap agensi penyelamat di Padang, tiada lagi degupan jantung yang dapat dikesan menggunakan alat pengesan degupan jantung di bawah runtuhan. Kesian kat kanak-kanak yang masih lagi kecil, di mana ibu bapa mereka yang terkorban akibat gempa ini, bagaimana lah nasib mereka selepas ini kan. Gua hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar bencana ini berakhir dengan segera.