Best Story

8 November 2010

Kahwin Dengan Diri sendiri...

Salam buat semua..



Impian setiap insan yang hidup di dunia nie tak kiralah lelaki atau pun perempuan, pasti ingin berkahwin dengan pasangan yang dicintai dan disayangi. Perkahwinan adalah satu perkara yang amat hebat dan ia sangat penting untuk melengkapkan kehidupan kita (Arm dah jadi macam pakar motivasi rumahtangga la pula )...

Bukanlah tujuan Arm untuk memberikan motivasi tentang alam perkahwinan, tetapi semuanya ini ada kaitan dengan kisah yang bakal Arm paparkan ini.  Seperti yang kita ketahui, perkahwinan yang normal adalah antara seorang lelaki dengan seorang wanita dan ada juga kadang-kadang kita dengar perkahwinan antara lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita. Sebenarnya perkahwinan songsang seperti ini tidak dibenarkan di dalam negara kita...Di negara luar mungkin perkahwinan songsang ini diiktiraf dan dibenarkan. ..

Arm ingin bertanya pada korang semua, pernahkah korang dengar perkahwinan dengan diri sendiri? Yang mana pasangan kepada perkahwinan ini adalah diri beliau sendiri. Realitinya, perkara ini telah pun berlaku di Taipei. Di mana seorang wanita yang berumur 30 tahun telah melansungkan perkahwinannya dengan dirinya sendiri dan telah dihadiri oleh 30 tetamu terdiri dari keluarga dan juga sahabat handai beliau...

"Saya mesti menyintai diri saya sebelum saya menyintai orang lain. Saya mesti berkahwin dengan diri saya sebelum berkahwin dengan seseorang yang istimewa," kata wanita ini pada majlis perkahwinannya.

Menurut pihak berkuasa di Taiwan juga, ramai wanita di negara mereka lebih suka hidup membujang atau pun berkahwin pada usia yang tua, dan perkara ini telah menyebabkan tahap kelahiran bayi di negara mereka adalah antara yang terendah di dunia.

Oklah tue, jika hendak dibandingkan dengan negara kita nie. Tahap kelahiran bayi boleh dikatakan amat tinggi juga, tetapi malangnya banyak pula bayi-bayi yang lahir itu dibuang seperti sampah di merata-rata tempat. Kasihan bayi yang tidak berdosa itu...








19 ulasan:

  1. sian gak bakal suami dia nanti..
    x pasal2 kahwin ngan janda.. :p

    BalasPadam
  2. To kyo_9 : Hahaha..betul2..

    BalasPadam
  3. org giler je buat mcm nih..
    apa punya turr...huhuhu

    BalasPadam
  4. To nirelwof :Entahlah..Arm pun tak pahamlah dengan sikap dorang nie..pelik..

    BalasPadam
  5. hahaha~ biasanya dengar orang obses dengan diri sendiri nak duduk dalam bilik cermin. ni sampai nak kawen dengan diri sendiri, mebi loser kot. sebab taknak berdepan dengan orang lain. huhuh~

    BalasPadam
  6. macam2 jenis org pun ada skrg nih kan...pelik2...

    BalasPadam
  7. la, ad gak nak kawen ngan diri sendiri..aiyaa..terpesong maaa...

    BalasPadam
  8. Salam...

    Kahwin ke tu? Dia kena buka kamus utk cari makna sebenar "perkahwinan"...

    Konon2nya tak nak jadi andartu atau andalusia la tu kot.....

    BalasPadam
  9. tak tahu nak cakap macam mana...

    BalasPadam
  10. tak tahu nak cakap macam mana...

    BalasPadam
  11. ah sudahh.. kawin dengan diri sendiri pulak dah

    BalasPadam
  12. hehe ada jugak orang yang berfikiran camni..adoi..macam2 perangai manusia nieh

    BalasPadam
  13. To Mohamad Yusrizal Yaakub : Mmg macam2 ragam manusia nie mad..lain padang, lainlah belalangnya...eh betul ke papatah nie Mad??hehehe

    BalasPadam
  14. To Kenzo@MrConteng : tetapi bukan macam2 Aznil yer...hehe

    BalasPadam
  15. To violet VC : Memang dah terpesong jauh tue..

    BalasPadam
  16. To iza : Betul2..mgkin dia tak paham apa makna perkahwinan yg sebenarnya tue...

    BalasPadam
  17. macam2 je..kawin dgn diri sendiri lah, kawin dengan kartun lah...

    hohoo xtau plak tahap kelahiran rendah kat sana.. mmg kat malaysia ni, barang baby sangat laku, boleh jadi jutawan..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..