Best Story

7 November 2010

Fasha Shandha Sambut Halloween??(Kontroversi)

Salam buat semua...

Apa nak jadilah dengan artis kita nie, tak habis-habis dengan kontroversinya.  Mengalahkan artis bollywood pula. Apa yang mampu Arm buat hanyalah menggelengkan kepala tanda hampa dan kecewa di atas ketelanjuran sikap mereka...


Kali nie hebohlah pula dengan gambar yang dimuat turunkan kat laman 'muka buku' peminatnya, di mana dengan rasa bangganya si Fasha nie menunjukkan hari gembiranya menyambut 'Halloween' bersama rakan-rakannya dengan  berpakaian seksi ala ‘Genie In The Bottle'. Setahu Arm, si Fasha niekan masih lagi beragama Islam tetapi mengapa terhegeh-hegeh pula menyambut parti halloween nie...??

 

Sudah terang lagi bersuluh, agama kitakan melarang untuk menyambut perayaan Halloween nie. Ini dikhuatiri jika kita turut serta dalam perayaan nie ia boleh merosakkan keimanan kita serta mendatangkan syirik. Sebenarnya sambutan Halloween ini juga ada kaitannya dengan syaitan, iblis , ahli sihir, hantu dan sebagainya...


Itulah pasalnya, jika kita lihat mereka-mereka yang menyambut perayaan ini akan berpakaian pelik seperti hantu dan syaitan. Itu sebenarnya adalah sebagai tanda pemujaan mereka terhadap syaitan dan hantu itu. Mungkin si Fasha nie tak tahu maksud disebalik sambutan perayaan nie kot, dia main bedal jer...

Selain si Fasha nie, ada juga terlihat kelibat artis Joe Flizzow dalam sambutan Halloween berkenaan. mungkin ramai lagi artis Malaysia yang beragama Islam dalam parti tue. Apa nak jadilah dengan artis kita nie, Amarika betullah!!


14 ulasan:

  1. aduhai..apa nak jadi dah dengan dia nie..makin teruk.dulu ak respek gak.sekarang nie prangai mcm...hihs..malas la nk ckp..hurm..

    bikin panas..semoga cepat bertaubat

    BalasPadam
  2. mm.. manusia mudah lupa.. ayuh kita bg tazkirah pd dia ni.. smoga dia kembali kejln yg benar...

    i used to be her fan and admire her but now never.. haha

    BalasPadam
  3. halloween mmg takleh sambut eh? -_______-"

    BalasPadam
  4. Yakah? Biarlah ba dia buat apa yang dia suka..

    BalasPadam
  5. To Amir Izzat : Semoga beliau akan sedar akan kesilapannya..

    BalasPadam
  6. dia ingat dia hot pakai macam tuh...haiyaaa

    BalasPadam
  7. To Fatiehah : betul..dia nie buat2 lupa kot..

    BalasPadam
  8. to Mohamad Yusrizal Yaakub :Rilek mad..harap2 dia berubah ler lapas nie..

    BalasPadam
  9. To saya_arief :Apa yg gelinya tue reiff..he

    BalasPadam
  10. wei Fasha p balik umah belajar agama balik la ... la bagus

    BalasPadam
  11. Halloween adalah haram dan menyesatkan kerana Halloween berasal dari perayaan kuno yang memuja Pomona (‘tuhan’ orang Romawi) atau perayaan kematian(Parentalia).

    Umat Islam tidak boleh mencampur adukkan akidah dan peribadatan agamanya dengan akidah dan peribadatan agama lain. Ini berdasarkan firman Allah S.W.T. ;

    Bermaksud:

    “Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu, dan bagi aku agamaku.”(Al-Kafirun ayat 1-6)

    Hukum Islam melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan hadith Rasulullah S.A.W. bermaksud :

    “Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.”
    ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..