Best Story

6 November 2010

Lagi Kemalangan Bas Ekspress..

Salam buat semua...


Inilah gambar bas ekspress Transnasional yang terbabas dan terbalik di km 20 Jalan Pekan-Nenasi dekat Sungai Miang, Pekan, malam kelmarin. Akibat dari kemalangan ini, telah menyebabkan 1 penumpang maut dan 4 lagi cedera parah...

Bas yang sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuantan ini sedang membawa 33 penumpang. Apa yang paling menyedihkan, sebelum kemalangan berlaku, mangsa yang maut dalam kemalangan ini sempat memberitahu rakannya yang dia mahu menegur pemandu bas ini apabila berhenti rehat yang dikatakan memandu dengan terlalu laju...

Tidak lama selepas mangsa berkata begitu terhadap rakannya, bas ini terbabas dan gagal dikawal oleh pemandu bas berkenaan dan telah menyebabkan bas ini terbalik dan terperangkap di sebuah tali air di tepi jalan. Rakan mangsa hanya dapat melihat arwah terpelanting ke hadapan bas semasa kemalangan berlaku...


Dalam keadaan panik dan gelap-gelita, semua penumpang cuba untuk menyelamatkan diri untuk keluar dari bas terbabit dengan memecahkan tingkap dan melalui pintu kecemasan. Pemandu bas terbabit kini sedang ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan...

Apalah nak jadi nie, belum pun lagi sejuk kes kemalangan bas ekspress Delima baru-baru nie, datang lagi kes baru berkaitan kemalangan bas ekspress. Kejadian kemalangan ngeri yang berlaku seakan-akan tidak diendahkan dan tidak ditakuti oleh pemandu bas ekspress yang lain...

Arm rasalah disamping untuk mengetatkan lagi undang-undang dan pemilihan pemandu bas. Arm cadangkan ada baiknya jika, gambar-gambar kemalangan ngeri yang telah berlaku ditampal di pintu masuk tempat pemandu bas. Jadi, setiap kali mereka ingin memulakan pemanduan, mereka akan terlihat gambar itu dan seterusnya akan menjadi peringatan buat mereka...


10 ulasan:

  1. semakin takot untuk naik bas ekpress..tapi itulah kenderaan yang akan naik juga untuk pulang ke kg. nak taknak kena naik. hanya boleh berdoa, selamat sampai ke destanasi.. =)

    BalasPadam
  2. X ABES2 NGAN KEMALANGAN BAS EKSPRESS!! Sejak kemalangan di simpang ampat tu..mkn menjadi2 la plak..

    BalasPadam
  3. To Ashiya Mizuki :Naiklah kereta api ..he..sebelum naik bas tue..kena pergi warning pemandu bas supaya jgn bawa bas laju2..

    BalasPadam
  4. RanDomApple$: Entahlah..seolah-olah pemandu bas nie tak ambil iktibar atas kejadian kemalangan yg telah berlaku..

    BalasPadam
  5. hihs..makin menjadi jadi lak kemalangan bas nie..gerun rasanya nka naik bas.. dulu brani gak.skrg nie..xtau dah da semangat ke idak naik bas.

    pihak berkuasa kena pandang serius hal ini..yg pemandu bas nie satu,nak jadi pemandu bas brani mati ke... pelik lah.

    p/s: pemandu bas nie rakyat Malaysia ke? rasanya rakyat Malaysia..kan? aduhai

    BalasPadam
  6. Takziah tuk Keluarga mangsa.. apa nak jadi la dgn pemandu bas sekarang ni..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..