Penyokong "Bendera" menunjukkan kain rentang bertulis "Ganyang MALAYSIA"
Kita digemparkan dengan khabar berita dari Indonesia, di mana satu pertubuhan yang tidak berdaftar iaitu "Bendera" ingin menyerang MALAYSIA bumi bertuah ini. Sumber yang gua perolehi mereka telah menyiapkan lebih kurang 1500 orang anggota mereka untuk menyerang negara kita dengan bersenjatakan buluh runcing dan samurai. Selain itu juga, mereka yang ingin menyerang negara kita ini, kebal-kebal belaka..yakni tidak lut dengan senjata. Subhanallah!!
Bagi gualah kan, tak payahlah dorang bersusah payah untuk menyerang negara kita, lebih baik dorang pergi bawa senjata mereka ini pergi gali cari mangsa yang tertimbus akibat gempa bumi kat Padang, Sumatera. Bukan setakat "Bendera" nie nak serang negara kita, yang lebih menyakitkan hati gua nie, apabila pesawat pasukan bantuan dari Malaysia dibaling dengan batu apabila mendarat untuk memberi bantuan ubatan dan makanan di Sumatera Barat. Geram sangat gua, tetapi sebagai hamba Allah SWT lebih baik kita bersabar, kerana "sabar itu separuh dari iman".
Gua harap peperangan ini tidak akan berlaku, kerana jika ditakdirkan berlaku banyak nyawa akan terkorban dan pastinya yahudi akan berasa gembira kerana 2 negara Islam berperang sesama sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..