PENDUDUK kampung terpaksa menggunakan tangan untuk mengeluarkan mayat seorang
wanita yang tertimbus di Jumanak, Padang Pariaman semalam
GAMBAR dari udara menunjukkan beberapa rumah yang terus terancam
selepas gempa menggegarkan kampung Pariaman.
Memandangkan isu gempa bumi di Padang, Indonesia masih hangat kita perkatakan, lagi sekali gua membawa cerita dari Padang lagi. Indonesia ini negara jiran kita yang paling hampir pasti anda dan gua sendiri berasa sangat risau dan sentiasa mengikuti dan tidak ketinggalan dengan berita gempa bumi ini. Harapan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang terselamat semakin tipis setelah masuk hari ke 4. Gua berharap dan berdoa agar masih ada lagi mangsa yang terselamat. Selain itu juga, di Pariaman salah satu kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi ini, kerana disebabkan tiada bantuan luar, penduduk kampung terpaksa menggunakan tangan untuk mencari mangsa yang tertimbus di bawah runtuhan tanah dan bangunan. Anda bayangkan lah sendiri, gua cukup berasa sedih membaca berita ini tadi. Mengikut kata jurucakap agensi penyelamat di Padang, tiada lagi degupan jantung yang dapat dikesan menggunakan alat pengesan degupan jantung di bawah runtuhan. Kesian kat kanak-kanak yang masih lagi kecil, di mana ibu bapa mereka yang terkorban akibat gempa ini, bagaimana lah nasib mereka selepas ini kan. Gua hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar bencana ini berakhir dengan segera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..