Best Story

4 Oktober 2009

Tembak kerana guna tandas Boss...



Gambar Hiasan Sahaja

SEORANG majikan di Durban, Afrika Selatan didakwa menembak pekerjanya selepas mendapati lelaki itu menggunakan tandas yang dikhaskan untuknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis berkata, pengurus berumur 27 tahun tersebut naik angin selepas mendengar bunyi pam air sebelum bertindak melepaskan tembakan ke arah mangsa.
Tembakan itu mengenai buku lali mangsa dan pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai cubaan bunuh.
Kata polis, mangsa berumur 25 tahun yang berasal dari Malawi itu kini dirawat di hospital.
"Mangsa mungkin kurang peka terhadap sensitiviti majikannya berhubung penggunaan tandas," kata polis.

- Agensi

Gua pun semakin tak faham akan sikap manusia ni. Kemanalah perginya rasa kasih sayang antara sesama manusia, gua pun hairanlah kerana sebuah tandas pun sampai nak tembak-menembak. Harap-harap perkara macam ni tak akan berlaku kat Malaysia nie yerk...Gua nak tido dulu yup...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..