Best Story

4 Oktober 2009

Pas Tak Cerminkan Parti Islam??!!


KAMAL Mydeen menunjukkan kesan lebam pada leher Azeez Abd. Rahim dipercayai ditumbuk oleh penyokong Pas sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang diadakan di Dewan MPPD, semalam.

Semalam kita dikejutkan dengan berita Datuk Abdul Azeez Abd. Rahim di tumbuk oleh penyokong Pas di penamaan calon DUN Bagan Pinang. Jika benar penyokong Pas yang melakukan perkara ini, orang itu adalah tidak layak berada di dalam Pas.  Datuk Abdul Azeez mendakwa bahawa penyokong Pas yang memukul beliau berdasarkan pakaian yang di pakai oleh penyerang-penyerang tersebut.
Sepatutnya bagi pandangan gua, parti Islam adalah membawa identiti Islam yang penuh dengan kelembutan dan kesabaran, bukannya dengan cara keganasan.
Walaubagaimanapun, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Mursydul Am Pas menolak dakwaan tersebut. Menteri Besar Kelantan itu berkata,

"Sebab pakaian seragam sekarang boleh dibeli di mana-mana, malah uniform polis, tentera boleh dibeli untuk digunakan atas sesuatu tujuan atau niat mereka."

Apalah dorang semua nie..macam mana lah Malaysia nak maju, alangkah baiknya jika Umno dan Pas bersatu pasti bangsa melayu akan menjadi salah satu bangsa yang paling unggul di dunia ini. Gua harap satu hari nanti impian gua ini akan tercapai. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..