DUA helikopter berlegar-legar di ibu pejabat tentera Pakistan selepas diserang pengganas di Rawalpindi semalam.
ASKAR Pakistan bersiap sedia ketika serangan penyerang di pekarangan ibu pejabat tentera Pakistan di Rawalpindi.
Sekali lagi Pakistan digemparkan dengan siri serangan dari pengganas yang dipercayai Taliban. Serangan ini adalah rentetan serangan selepas kejadian bom kereta yang mengorbankan 52 orang di bandar barat laut Peshawar dan pengeboman pejabat agensi bantuan PBB di Islamabad. Isnin lalu.
Pada serangan kali ini, kem markas tentera Pakistan menjadi sasaran. Dalam serangan ini 4 orang penyerang telah terkorban dan 8 orang tentera terkorban. Serangan berani ini menunjukkan bahawa Taliban masih lagi mampu melakukan serangan walaupun banyak serangan telah dilakukan pihak tentera sehingga terkorbannya pemimpin Taliban, Baitullah Mehsud terbunuh pada Ogos lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..