Best Story

27 Mei 2010

Pasangan warga emas tertimbus di bawah sampah dalam rumah sendiri...

Selamat petang buat semua...

Apa yang korang tengah fikirkan tue? Mesti banyak yang korang fikirkan sekarang niekan. Ada yang fikir pasal hutanglah, pasal nak kahwinlah, pasal aweklah dan macam-macam lagilah. Apa kata korang berhenti seketika untuk merehatkan fikiran sambil layan kisah yang akan Arm sajikan buat korang. Kisah kali nie  sedikit pelik tapi memang benar-benar kejadian...


Sepasang suami isteri warga tua yang hilang secara misteri menjadi tanda tanya kepada jiran mereka. Pasangan warga tua nie menghilang selama 3 minggu tanpa jejak. Jiran-jiran yang berasa risau telah melaporkan kehilangan mereka kepada pihak polis Chicago kerana kes nie terjadi kat sana bukan Malaysia yer...


Apa yang mengejutkan, pihak polis yang membuat pemeriksaan kat rumah warga tua nie tidak dapat masuk ke dalam rumah mereka. Ini kerana terlalu banyak sampah kat dalam rumah warga emas nie. Dan sampah-sampah tue pula bertimbun-timbun hingga hampir mencecah syiling rumah mereka...


 Inilah sampah yang terdapat dalam rumah warga emas tue.
Macam-macam ada...


Pihak polis terpaksa meminta bantuan bomba pula untuk masuk ke dalam rumah tue untuk melakukan siasatan. Anggota bomba yang ditugaskan dengan hati yang sabar dan tabah telah menjumpai pasangan warga tua nie di bawah timbunan sampah kat dalam rumah tue, dan keadaan pasangan nie terlalu lemah...


Bagaimana sampah sarap tue boleh bertimbun kat dalam rumah warga emas nie, masih lagi belum terjawab dan pihak polis masih lagi menjalankan siasatan terhadap kes pelik nie. Arm rasalah mungkin warga emas nie yang kutip sampah nie dan simpan sampah-sampah nie dalam rumah mereka sendiri. Mungkin dorang nak buat koleksi kot...


Apa-apa pun pesanan Arm, rajin-rajinlah bersihkan dan buang sampah yang ada kat rumah korang tue. Bukan apa, takut nanti jadi macam dalam cerita nie pula. Oklah, Arm nak buang sampah dulu yer...


13 ulasan:

  1. OMG buleh dia dup dlm keadaan cmtu?? erkkkk

    BalasPadam
  2. gila ah. bertimbun gila. mcm mana laa boleh temasuk kt timbunan tu. huhu

    BalasPadam
  3. erm maybe diorang ni dah tak larat kot nak bersihkan rumah diorang, tu yang longgok je dekat mane yang senang

    BalasPadam
  4. ni kes menjual barangan lusuh ni..tunggu harga plastik/kotak/besi naik kot

    BalasPadam
  5. Salam... nasib baik tak mereka tak mati ditimpa sampah2 tu kan...

    BalasPadam
  6. isk tp mmg omputeh salu rumah depa gini kalau tengok yg kat tv rancangan yg dorg dok pi bersihkan rumah org tu. penuh gila sampah lam rumah

    BalasPadam
  7. To Miss Izah Mohamed : Entahlah Arm pun tak dpt bayangkan klu hidup bergelumang dgn sampah nie..

    BalasPadam
  8. To Eciz : Mgkin dorg sendiri pun tak sedar dah tertimbun dgn sampah2 tue..

    BalasPadam
  9. To sabree hussin :ada kemungkinannya jgk tue..

    BalasPadam
  10. To NokiaDream : Tapi dorang nie tak jugak jual2 pun brg2 tue..dorg kumpul..kin nak buat koleksi agaknya...

    BalasPadam
  11. To umi_e : Tue lah pasal..ajal dorg belum smpai lg...

    BalasPadam
  12. heran lah pula.. kalau diaorg yang kumpul buat apa diaorg nak duduk bawah sampah tu.. musykil ni..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..