Salam semua...Seperti yang gua janjikan, ini lah sambungan cerita ' Ops Cuci' ' Mr. Kamikaze part one ari tue...Bagi sesiapa yang belum membaca part one kisah nie, elok korang pergi bacalah sekarang cerita yang part one...Bukan apanya, mungkin korang akan menjadi blur jika tidak membaca part one ' Ops Cuci ' nie...
Setelah gua mendapat tahu di mana lokasi kedudukan penutup tangki air rumah gua tue...gua pun apa lagi, mulalah menyediakan peralatan dan senjata yang diperlukan dalam 'Ops Cuci' nie...(macam nak pegi perang la pulak kan)...Antara alatan yang gua gunakan untuk memastikan misi gua nie berjaya adalah seperti dalam gambar kat bawah nie...
Setelah segala persiapan alatan dan mental gua telah bersedia...gua pun apa lagi, panjatlah tangga untuk mencari sasaran gua dalam Ops nie iaitu Tangki yang berkarat...Sesampainya sahaja gua kat tapak tangki yang telah gua kenal pasti sangat-sangat, gua pun mulalah mencedok air kat dalam tangki tu menggunakan baldi yang gua cerita tadi tue...Selepas separuh tenaga dan nafas gua telah habis dikerahkan untuk mencedok air yang ada kini hanya tinggal lagi sedikit air yang mana baldi gua tidak dapat mencapai tahap air tue kerana tahap air semakin rendah dan di sini lah gunanya senjata gayung kecik tadi...
Bagi gua alat atau senjata yang paling terpenting dalam Ops nie adalah Baldi warna hitam yang gua baru beli kat kedai Sim Mong Piak masa baru-baru pindah hari tue...Kenapa gua kata benda nie penting??..Gua berkata begini pun bukan sekadar bercakap kosong jer ya...ini adalah berdasarkan pengalaman gua semasa melakukan gerakan Ops nie, baldi nie penting kerana untuk mencedok air kotor yang berada kat dalam tangki tue...Kalau nak gunakan gayung yang kecil tue, alamat sampai esok pagi pun belum siap nak keringkan air kat dalam tangki gua tue...
Setelah segala persiapan alatan dan mental gua telah bersedia...gua pun apa lagi, panjatlah tangga untuk mencari sasaran gua dalam Ops nie iaitu Tangki yang berkarat...Sesampainya sahaja gua kat tapak tangki yang telah gua kenal pasti sangat-sangat, gua pun mulalah mencedok air kat dalam tangki tu menggunakan baldi yang gua cerita tadi tue...Selepas separuh tenaga dan nafas gua telah habis dikerahkan untuk mencedok air yang ada kini hanya tinggal lagi sedikit air yang mana baldi gua tidak dapat mencapai tahap air tue kerana tahap air semakin rendah dan di sini lah gunanya senjata gayung kecik tadi...
Inilah keadaan air di dalam tangki selepas menjalani proses pembersihan..
karat yang terdapat di dalam tangki telah sebati dengan air
Nampaknya keadaan tangki air gua semakin kering seperti gambar di bawah, dan saki-baki air dan kotoran yang masih berada di dalam tangki gua nie bolehlah di lapkan menggunakan kain buruk tadi sehingga lah keadaan tangki gua bersih...
Keadaan dalam tangki semakin kering
Keadaan dalam tangki selepas dikeringkan dan dibersihkan
Kini tibalah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu mengisi air yang baru masuk ke dalam tangki...ha..ini kerja yang paling senang...hidupkan saja pili air tue...dan hasilnya...
Apabila semua kerja-kerja gua sudah selesai..gua tutuplah balik tangki gua dengan penutup yang terbang dek angin ribut hari tue..dan kini selamat lah tangki rumah gua dalam 'Ops Cuci' nie...Korang semua bila lagi nak wat operasi sendiri...???
bleh r amik upah cuci kt umah tedd kalo cmnie...
BalasPadamhaks3x...
bleh x da masalah..huhu..
BalasPadamtapi ko mesti jd assistant gua ah...hehehe