Best Story

10 November 2009

Kisah Kek Hari Ulang Tahun



Pada suatu hari yang indah...Seorang lelaki telah pergi ke sebuah kedai membuat kek dan memesan sebuah kek untuk dihadiahkan kepada isterinya bersempena ulang tahun isterinya yang tersayang itu...


“Apa yang hendak ditulis pada kek ulang tahun ini, encik?” tanya si gadis manis pembuat kek tersebut kepada lelaki itu...

“Mmmm, saya fikir tulis saja “Sayang, kamu tidak bertambah tua” di bahagian atas, kemudian sambung dengan “Sayang, kamu hanya bertambah cantik” di bahagian bawah,” kata lelaki tersebut...

Pada keesokan harinya, lelaki itu datang mengambil keknya dan tanpa memeriksa kek yang ditempahnya itu, dia terus membawa pulang ke rumah untuk dipersembahkan kepada isterinya yang tersayang di hadapan hadirin yang telah dijemput untuk meraikan hari ulang tahun isterinya...
Dan ketika kotak kek itu dibuka di depan isteri dan tetamu undangan yang lain, lelaki itu hampir pengsan ketika membaca tulisan yang tertulis dikek itu:

“SAYANG KAMU TIDAK BERTAMBAH TUA DI BAHAGIAN ATAS... SAYANG KAMU HANYA BERTAMBAH CANTIK DI BAHAGIAN BAWAH”


Moral : Sila berhati-hati dalam apa sahaja pekerjaan yang kita lakukan di dalam kehidupan seharian...

2 ulasan:

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..