Best Story

9 November 2009

Lagi Sikap Biadap Penyokong Kelantan!!!


Seorang penyokong Kelantan Sedang membuat unggun api
dengan membakar kerusi stadium..

Aduh yai...tak habis-habis lagi dengan sikap biadap dan kurang ajar penyokong negeri Kelantan nie...Cubalah bawa sikap bertenang dan belajar menerima kekalahan, janganlah dibawa sikap 'gangster' kampung korang nie kat dalam stadium...tengok sekarang, tak pasal-pasal stadium Bukit Jalil nie terpaksa di tutup sementara waktu kerana untuk membersihkan dan membaiki segala kerosakan yang telah dilakukan oleh penyokong negeri yang bertanding di 'final' Piala Malaysia malam tadi..
Gua bukanlah hendak menuduh penyokong pasukan Kelantan yang melakukan kerosakan ini, tetapi cuba saudara dan saudari semua fikirlah sendiri...adakah penyokong pasukan yang menang akan membakar kerusi dan merosakkan stadium kerana kegembiraan pasukan yang disokong menang Piala Malaysia??..Gua bukan menuduh tetapi 'Tepuk dada, tanyalah selera'...

  
Keadaan semasa penyokong Kelantan memasuki Stadium Bukit Jalil untuk memberikan sokongan

Seorang penyokong fanatik Kelantan pun turut ditahan pihak polis apabila cuba menimbulkan pergaduhan dengan penyokong Negeri Sembilan setelah tamat perlawanan (apa nie bro, tak ada semangat kesukanan la)...Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengarahkan pihak yang berkenaan menyiasat dalang dan orang yang bertanggungjawab melakukan kerosakan dan kebakaran kat stadium nie, beliau mahu orang yang bertanggungjawab melakukan kesalahan ini dibawa kemuka pengadilan..(Ha..siapa yang buat benda tue, mai lah tampil kedepan..kan samseng!!)
Ish..!!Gua sebagai rakyat Malaysia berasa sungguh malu akibat perbuatan segelintir penyokong Kelantan nie..Gua tahu bukan semua penyokong Kelantan jahat..Tapi kita kena beringat lah, kerana seorang yang buat salah...yang lain-lain pun akan turut terkena tempiasnya...

 
Keadaan di luar Stadium Bukit Jalil selepas perlawanan akhir Piala Malaysia
(Begini kah sikap warga Malaysia???)

Apa-apa pun, gua ucapkan tahniah kepada pasukan Negeri Sembilan kerana berjaya mendapatkan Piala Malaysia ini, dan sekali gus menamatkan kemarau selama 61 tahun...Dan kepada pasukan Kelantan pun gua ucapkan tahniah kerana berjaya ke pusingan akhir Piala Malaysia dan berjaya mendapat tempat kedua..Tahniah kepada kedua-dua pasukan!!!


3 ulasan:

  1. adoi.
    hilang kecantikan stadium dek mentaliti kelas ketiga manusia. sampah buang merata2 plak!

    http://faizulamin.net

    BalasPadam
  2. kene paham, diorg mmc cmtu. kene buat kajianla apsal otak diorg cmtu. isy3

    BalasPadam
  3. hanya kerana nila setitik, rosa soya sebelanga..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..