Best Story

9 November 2009

Chelsea Kalahkan Manchester United!!!



Akhirnya terjawab lah sudah persoalan yang terbelenggu di dalam kepala otak kita nie...Pertembungan di antara 2 pasukan gergasi dan lagenda di dalam Liga Perdana Inggeris telah pun selesai dan perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan Chelsea...(Hehehe..senyap jer penyokong MU kat ofis gua tadi)
Penjaring tunggal yang memberikan kemenangan mutlak kepada Chelsea ialah kapten pasukan Chelsea juga iaitu John Terry...Kemenangan ini terus memberikan Chelsea 3 mata penuh dan menjadikan Chelsea pendahulu liga dengan mengumpul 30 mata, Manchester United menduduki tangga Ketiga dengan mengumpul 25 mata di belakang pasukan Chelsea dan Arsenal...


Penjaring Kemenangan Chelsea John Terry..

Gol ini berpunca daripada hasil sepakan Frank Lampard dan sepakan ini telah ditanduk masuk oleh John Terry pada minit yang ke-76...Walau bagaimana pun, jaringan John Terry ini telah mendapat bantahan daripada MU kerana gerakan susulan dari Drogba dikatakan berada di dalam kedudukan 'offside'...tetapi pengadil utama perlawanan ini tetap berpendirian gol ini adalah sah...
Gua suka sangat tengok sikap penyokong Liga Inggeris nie walaupun pasukan mereka kalah, tiada lah dirosakkan dan dibakar stadium...Sikap yang profesional ini lah yang harus kita contohi untuk diamalkan di Malaysia...Kita nie baru final liga Malaysia dah nak bakar stadium...penyokong negeri mana tue...'siapa makan cili, dia rasa pedasnya'...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..