Best Story

7 November 2009

Kerajaan Batalkan Dasar Tempoh Jangka Hayat Kenderaan (ELV)

Salam...gua(III) rasa tersangat gembira yang tidak terhingga apabila kerajaan bersetuju menarik balik cadangan dasar tempoh jangka hayat kenderaan (ELV)...Ini kerana kenderaan yang gua(III) guna sekarang ini pun tergolong dalam kenderaan yang 'old school' juga...Cadangan dasar yang kerajaan cadangkan itu adalah kenderaan yang melebihi usia 15 tahun mestilah wajib menjalani pemeriksaan PUSPAKOM, syarat yang ingin ditetapkan kerajaan apabila pemilik kenderaan terbabit ingin memperbaharui cukai jalan...Kalaulah dasar itu diluluskan kerajaan, pasti kenderaan gua akan berada kat kilang besi buruk...


Inilah kereta kesayangan hati gua..Mazda 323..muah!!3x

Kerajaan membatalkan dasar ini kerana banyak maklumbalas daripada rakyat yang tidak menyokong dasar yang dicadangkan oleh kerajaan ini...Perkara ini bersesuaianlah dengan konsep 'rakyat didahulukan'...Pada pandangan gua(III) yang ikhlas ini lah kan, tidak bererti kenderaan yang kategori 'old school' nie tidak bagus dan sesuai lagi berada di jalanraya...jika kita lihat kemalangan yang banyak berlaku pun bukannya semua melibatkan kenderaan lama pun...Sebenarnya lebih banyak lagi kenderaan yang baru terlibat dalam kemalangan jalanraya...Biasalah kereta baru, kalau boleh pijak pedal minyak sampai nak tembus lantai tue kan...Kalau kereta lama nie, kita bawa pun tak lah laju sangat pun...maklumlah kereta lama, banyak yang kita risaukan...betul tak??


Toyota Celica TA22 (1970) dan Toyota Celica Supra Mark II
era 1981-82 masih lagi releven kat jalanraya

Bagi gua(III) lah kan, yang pentingnya bukan usia kenderaan tersebut...tetapi yang paling penting adalah penyelenggaraan kenderaan tersebut..termasuklah sistem enjin, brek, tayar dan seumpama dengannya...Walaupun kenderaan itu berusia dan berbadan lama, tetapi sistem dalam kenderaannya baru dan dijaga dengan baik, pasti kenderaan itu dapat pergi lebih jauh....Biarpun kenderaan itu baru dibeli 3 bulan yang lalu, tetapi kenderaan itu tidak pernah diselanggara dan diservis pasti prestasinya lebih buruk dari kenderaan lama...sama-samalah kita renungkan....


4 ulasan:

  1. mmng cun r kate2 'old skul' nie...tp mr. pnyer kete xderk r old skul ngat..ade r yng dble triple old skul...huhuhu

    BalasPadam
  2. mmg kete gua x nmpak old school sgt..tuan pnye keta masih muda lg bah...apa la ko nie...hehehe

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..