Best Story

12 Januari 2010

Budak 5 tahun Selamatkan ibu dari Perogol...

Gua nak ucapkan tahniah dan syabas kepada budak yang berjaya menyelamatkan ibunya daripada menjadi mangsa rogol seorang lelaki yang gila seks kat Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Cheras baru-baru nie...Mesti korang berasa hairan dan menjadi persoalan di dalam fikiran korang semua, bagaimana seorang budak yang begitu kerdil baru berusia 5 tahun dapat menyelamatkan ibunya dari dirogol...
Begini ceritanya, lebih kurang pada jam 6.30 petang sewaktu dalam perjalanan menuju ke rumah selepas membeli sedikit barang keperluan dari kedai yang berhampiran kediaman mereka...tanpa diduga seorang lelaki yang berniat jahat terhadap ibu kepada budak nie memerhatikan mereka untuk menunggu peluang merogol...Sesampainya budak dan ibunya itu di bawah flet perumahan berkenaan, lelaki itu datang dari arah belakang lalu menarik dengan kasar tangan ibu kepada budak itu dan mengheretnya ke tangga flet berkenaan...
Mangsa yang terkejut gila dengan perbuatan ganas daripada lelaki itu cuba menjerit meminta pertolongan tetapi lelaki itu menampar mangsa dan mengertak mangsa dengan menggunakan sebilah pisau yang dibawanya...Lelaki itu juga mengugut mangsa bahawa dia akan menikam budak itu sekiranya dia melawan...Kerana terlalu takut dirinya dan anaknya akan dicederakan, mangsa terpaksa mendiamkan diri...Selepas itu, lelaki berkenaan tanpa rasa segan dan silu, membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa...
Budak yang berusia 5 tahun itu sedar bahawa ibunya dalam keadaan bahaya, lalu dia menendang kaki suspek dan melarikan diri ke arah tempat ramai orang dan menjerit meminta tolong...Orang ramai yang terdengar jeritan budak tue pergi ke tempat kejadian dan cuba menangkap suspek, tetapi malangnya tidak berjaya memberkas suspek tersebut...Orang cam nie kalau dapat belasah jer dulu, lepas tue baru hantar kat balai polis, tapi janganlah belasah sampai mati...Ingat tue pesan gua...hehehe...Gua bukan mengajar kepada keganasan, tapi kekadang orang macam nie kena bagi jugak pengajaran dari masyarakat...barulah dia akan bertaubat...
Jadi, sekali lagi gua mengucapkan syabas kepada budak terbabit...Mungkin tanpa tindakan berani dari budak tersebut, entah apalah nasib ibu kepada budak tersebut...

4 ulasan:

  1. huhu.. sialan perogol tu. kalau aku dapat , huh habis pecah muke dia.

    www.pengeRindu.com

    BalasPadam
  2. Relax bro..org cam nie mmg x guna..bini org pun dia nak kacau..apa nak jd la nie..huh

    BalasPadam
  3. berani la budak tu.. tapi kan..budak tu, lelaki ke perempuan????

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..