Salam perpaduan semua...Gua sebenarnya tak ada nak sentuh langsung tentang isu penggunaan nama Allah SWT pada entry gua nie...yang gua nak cerita adalah berkaitan sikap segelintir sikap manusia yang suka akan pergaduhan dan peperangan nie...Gua nie adalah seorang insan yang anti kepada keganasan, oklah...Gua sebenarnya sangat-sangat tak bersetuju dan sangat-sangat tidak berpuas hati dengan sikap manusia yang tidak berfikir panjang lalu melepaskan kemarahan yang tak dapat lagi dibendung di dalam hati, lalu meluahkannya dengan cara membaling botol api dan membakar gereja tempat masyarakat Kristian beribadat...
Hei!!apalah punya bangang manusia nie...akai ada ke??Kan Islam tue damai dan aman...Gua sangat-sangatlah yakin, jika benarlah pelaku yang membakar gereja tue beragama Islam, gua pasti solat 5 waktu sehari semalam yang diperintahkan Allah SWT kepada umat Islam pun mungkin dia tak patuhi...tetapi dalam hal nie orang macam nielah yang paling banyak bunyi dan sanggup melakukan perkara diluar batasan fikiran yang waras...
Dalam Kejadian gereja dibakar nie, mungkin jugak ada pihak ketiga yang cuba menimbulkan kekecohan dan kekacauan di negara kita Malaysia nie...Perkara nie bagi gua adalah tidak mustahil untuk terjadi...Mungkin pihak ketiga nie sengaja cuba menimbulkan kekacauan agar umat Islam dan Kristian yang tinggal di negara nie akan saling berbunuhan sesama sendiri...Jika tak ada senjata api, parang pun jadilah untuk menetak sesama sendiri !!Mungkin pihak ketiga nie akan cuba untuk mengambil kesempatan akibat kelemahan di negara kita nie nanti untuk kepentingan dan agenda mereka...
Ini semua adalah pandangan peribadi gua, peperangan dan pertumpahan darah bukanlah penyelesaian kepada hal ini...Cara yang paling baik adalah dengan perbincangan secara bersemuka antara pemimpin tertinggi agama Kristian dan ulama-ulama yang ada di Malaysia nie untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan ini....Semasa gua menulis entry nie, kalau tak silap gua sudah 8 gereja dibaling dengan botol api...termasuk 1 di Sarawak dan yang paling terbaru adalah gereja Sib di Seremban 2...tetapi tidak ada lagi yang mengakibatkan kemusnahan yang besar dan mengorbankan nyawa...Gua berharap sangatlah perkara dan masalah ini akan dapat diselesaikan oleh kerajaan kita dengan cara yang paling terbaik bak kata pepatah "ibarat menarik rambut di dalam tepung,rambut tak putus...tepung tak berselerak..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..