Best Story

10 Januari 2010

Lagi Cerita Pembunuhan Gemencheh...

"Saya buat kerana ia perintah daripada kuasa agung... Mereka adalah syaitan-syaitan yang menyamar."

Kata-kata di atas inilah yang diberitahu oleh suspek utama pembunuhan di Gemencheh kepada pihak polis setelah dia ditahan...Bagi gua, kemungkinan besar suspek menghadapi tekanan mental yang amat serius sehingga dia seperti ada mendengar bisikan yang mengarahkan dia untuk membunuh ahli keluarganya sendiri...
Beliau jugak dikatakan adalah seorang anak yang baik dan tidak pernah membantah atau pun meninggikan suara kepada orang tuanya...Dia juga menurut emaknya adalah seorang yang bukan jenis panas baran...Tetapi kejadian ini telah menjadi tanda tanya dan persoalan kepada Keluarganya sendiri, terutama emaknya yang masih terlalu sedih dengan kejadian ini, tetapi beliau redha dan masih lagi menyayangi anaknya itu, iaitu suspek utama kes nie...
  

disinilah tempat dia membunuh atuk , nenek dan memenggal kepala bapanya...

Walaubagaimanapun, bagi gua kejadian ini terlalu sukar untuk dirungkai mengapa dia(suspek) sampai hati membunuh dengan kejam ahli keluarganya sendiri...Dan kejadian ini masih lagi menjadi misteri kepada masyarakat Malaysia khususnya...Ada juga pihak yang menyatakan kemungkinan suspek nie gila, tekanan jiwalah dan ada jugak yang mengatakan suspek mengamalkan ilmu hitam... Bagi gua yang pastinya, jawapan mengapa suspek sanggup membunuh dan memenggal kepala bapa kandungnya sendiri pasti ada di dalam diri suspek...
Kejadian pembunuhan kejam ini bukanlah yang pertama terjadi kat negara kita nie...

Jun 1998...4 sekeluarga mati dibunuh dengan kejam di Kampung Parit Hussin, Lubuk Sipat, Benut, Pontian, Johor...Akibat kejadian itu, seorang pemandu lori yang juga menantu keluarga itu, Khasiran Jamari, 27, dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Johor Bahru atas tuduhan membunuh. Dia kemudian didapati bersalah dan dijatuhi hukuman gantung sampai mati...

Julai 2001...Tujuh orang termasuk lima wanita daripada sebuah keluarga dibunuh dalam keadaan ngeri...dipercayai diserang oleh 2 orang pembunuh di rumah mereka di Taman Johor Jaya, Johor Bahru di antara pukul 1.41 pagi hingga 7.43 pagi, 28 Julai 2001...Ekoran itu...Md Masud Rana, 32, bekas pekerja kilang dan rakannya yang juga berasal dari Jugdumpur, Bangladesh, Razaul Karim Md Soleman Ali Fakiruddin, 37, dituduh membunuh...Suspek dipercayai telah menetak semua mangsa dibahagian leher dengan menggunakan senjata tajam...


6 ulasan:

  1. ermmm.. tiada apa yg dapat drungkai, motif org sakit jiwa...

    BalasPadam
  2. em.
    berkemungkinan besar die tekanan mental..
    ea la..
    die kan graduan UTM..
    then dpt kje akauntan..
    tapi dberhentikan kije n kena lak kije kat kedai makan..
    itu satu hal..
    ade berita kate die putus tunang da 2x..
    lau difikirkan mmg patot la die tekanan..
    em.
    adek die yg die bunuh tu member kawan sy.
    innalillah..

    BalasPadam
  3. To Cik :
    Iyeke adik yg dia tikam ngan pisau masi terpacak tue member kwn awk...??
    Naper tek terjah member awk tue..cri apa kisah sebenar terjadi..

    BalasPadam
  4. huh. so scary dgr cite bunuh2 gini.

    mintak djauhkan. AMIN.

    BalasPadam
  5. semakin kejam dunia arini
    ish3

    erk888.blogspot.com

    BalasPadam
  6. Dunia tak kejam...Mnusia yg kejam dan bangang..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..