Salam Aidiladha aku ucapkan pada korang yang seagama dengan aku...Pada yang merancang ingin pulang ke kampung pada esok pagi sila pastikan kenderaan korang telah diservis dengan baik..pastikan juga korang mempunyai rehat yang secukupnya jika jarak perjalanan menuju ke kampung terlalu jauh di hujung peta Malaysia...Bukan apa, gua tengok asalkan tibanya hari perayaan...mesti banyak nyawa rakyat Malaysia akan terkorban di medan lebuhraya dan jalanraya yang ada kat negara nie...Jadi berhati-hatilah di jalanraya nanti yerk...
Walaupun esok raya gua tetap akan bawakan cerita jenayah yang panas kat Malaysia hari nie...Maklumlah raya Korbankan, jadi biarlah gua berkorban untuk korang semua...Ceritanya begini, ada seorang lelaki kat Butterworth nie ...dia baru sahaja hendak menamatkan zaman bujangnya yakni berkahwin dengan aweknya...tetapi belum pun sempat dia melansungkan perkahwinannya bulan disember nie, beliau telah ditangkap oleh polis...kenapa??
Rupa-rupanya lelaki ini adalah seorang penyamun bersiri dan perogol yang dikehendaki polis yang mana terlibat dengan 6 kes samun wanita tempatan dan warga asing serta satu kes rogol...Dalam kejadian rogol, dia dipercayai telah merogol mangsa di dalam sebuah kereta dengan cara mengugut mangsa dengan menggunakan besi di Seberang Prai Tengah dan selepas telah puas, suspek telah menyamun mangsa pula...Manakala kes samun pula, dipercayai suspek hanya mensasarkan wanita sahaja kerana suspek tahu kaum wanita tidak akan melawan sekiranya diugut dan digertak dengan pisau dan besi...
Akhirnya Inilah akibatnya...Setiap kejahatan yang dilakukan, pasti akan mendapat balasan yang setimpal dari Tuhan...
pergh.. dah ade awek pon... ish3..
BalasPadam