Best Story

27 November 2009

Pelekat Kuasa Kebal

Pernahkah korang melihat pelekat logo PDRM tertampal kat kereta orang awam yang tiada kaitan pun sebenarnya dengan polis...Konon-kononnya dia nie seorang anggota polislah...Gua dah puas dah tengok kereta yang tampal pelekat polis nie...Di Sabah dan Sarawak boleh dikatakan banyak jugalah kereta yang memakai pelekat polis, tetapi sebenarnya mereka menggunakan pelekat polis nie sebagai lesen untuk mereka melepaskan diri dari sekatan jalanraya yang dilakukan oleh pihak berkuasa yang ada kat negara kita nie dan tak da orang yang berani kacau kereta nie apabila 'parking' kat mana-mana...
Kat Sabah dan Sarawak pelekat nie boleh didapati di kedai yang menjual 'sticker' kereta dengan harga RM 15 sahaja...Murahkan?,jika hendak dibandingkan dengan harga saman yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa ke atas kereta-kereta nie yang sebenarnya banyak melanggar peraturan jalanraya yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia..Contohnya kesalahan seperti mengubah suai enjin dan kenderaan tanpa kelulusan dan juga menggunakan kaca gelap..


Contoh sebuah kenderaan mewah menampal logo polis di plak plat kenderaan

Gua dengar akan diadakan operasi untuk mengesan orang yang tidak sepatutnya menggunakan logo nie untuk kepentingan peribadi dan mungkin juga akan menggunakan logo polis nie untuk melakukan jenayah semata-mata...Pada pandangan gualah, pihak berkuasa seperti polis sepatutnya apabila melakukan sekatan jalanraya dan bertemu dengan kenderaan yang menggunakan pelekat polis, mereka sepatutnya menyaman kenderaan tersebut apabila ia melanggar peraturan, contohnya menggunakan kaca gelap...walaupun kenderaan tue milik polis, ini kerana untuk memberi keadilan diantara orang awam dan polis...Sepatutnya polislah yang wajib memberi contoh ikutan yang baik kepada orang awam...Ini tidak, kenderaan milik anggota polis pun sebenarnya banyak yang melanggar peraturan...betulkah tidak? tepuk dada, tanya selera...

4 ulasan:

  1. kadang2 ada yang tampal logo kerajaan malaysia kat windscreen. haha. konon vvip la.

    BalasPadam
  2. cobe dia tampal stiker pekida.. nengok hasilnye :s

    :angeldream:

    BalasPadam
  3. Angeldream..
    Pekida nie pun byk org yg dah salah guna..ia adalah sebuah persatuan dakwah Islam..tp bdk2 skrg da buat mcm kump. kongsi gelap dan samseng..jgn salah guna udalah Angel..

    Ariff..
    Dorang yg guna pelekat cam nie tau nak berlagak dan lari dr undang2 jer..tau2 tukang sapu jer kat jabatan krjaan tue..

    BalasPadam
  4. apa kata JPJ yg kuarkan no plat, takde org lain bo buat no plat kecuali jpj masa daftar kete.
    asray

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..