Apalah agaknya khabar ibu gua kat kampung...hari jumaat nie dah Hari Raya Aidiladha @ Raya Korban, tahun nie gua tak dapat nak balik beraya kat kampung sebab ada sistem giliran balik raya kat tempat kerja gua..apa boleh buat, tahun lalu dah balik jugak, apa-apa hal pun selamat menyambut Hari Raya Aidiladha gua ucapakan kepada semua umat Islam kat luar sana..
Pengorbanan seorang ibu tak akan dapat dibayar dengan wang ringgit oleh seorang anak...Harga kesakitan seorang ibu semasa hendak melahirkan gua dan korang semua tidak akan dapat dibayar kepada ibu yang kita semua cintai..Penat lelahnya menjaga kita semenjak dari kita bayi sehingga kita dewasa wajib kita hargai dan membalas jasa baik ibu kita dengan menjaga mereka pula apabila mereka telah tua kelak, bukan pula menghantar mereka ke rumah orang tua pula nanti...
Walaubagaimanapun masih ada segelintir diantara kita mengabaikan tanggungjawab kepada ibu dan bapa kita...Gua nak kisah nie dijadikan pengajaran buat kita semua...
Kisah benar ini baru sahaja berlaku pada hari jumaat yang lalu dan ia masih lagi hangat diperkatakan dibibir penduduk Padang Lebam, Bukit Payong, Marang Terengganu...Apa tidaknya, tergamaknya seorang insan yang bergelar anak mengacukan dan meletakkan parang dileher orang yang pernah bergadai nyawa semata-mata untuk melahirkannya ke alam dunia ini, iaitu ibunya sendiri...Dalam kejadian ini, selepas ibunya balik berbelanja dari pekan...ketika beliau ingin memasuki rumah miliknya, beberapa anaknya sedang kecoh di luar rumah dan menghalang niat ibunya untuk masuk ke dalam rumah...
Ini kerana, seorang anaknya sedang berada di dalam rumah dan mengugut akan membunuh ibunya jika ibunya masuk ke dalam rumah...Tetapi ibunya tidak mempedulikan ugutan itu dan terus masuk ke dalam biliknya untuk berehat...tiba-tiba anaknya yang mengugut ibunya tadi menyerbu masuk ke bilik ibunya dan ingin mencederakan ibunya menggunakan sebilah parang..
Mujurlah ketika itu, beberapa adik beradik yang lainnya berada di situ dan sempat menghalang dan menenangkan suspek yang tiba-tiba mengamuk itu(gila ka apa nie orang ah??)...Selepas itu, suspek meninggalkan rumah dan menghilangkan diri...Ibunya yang risau dengan keselamatan dirinya dan ahli keluarga yang lain melaporkan perkara ini kepada polis, dan 3 jam selepas itu suspek berjaya ditangkap di belakang semak samun dibelakang rumah mereka(padan muka ko!!)...Polis telah menyoal siasat suspek berkaitan tindakan gilanya itu, yang mana menurut ahli keluarga suspek..memang suspek selalu mengamuk secara tiba-tiba..Pihak polis telah menghantar suspek ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan mental dan kesihatannya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..