Kenderaan suami mangsa ragut yang merempuh tembok sebuah kem tentera di jalan Perak
Apalah nasib tuan punya kereta di atas nie...sudahlah isterinya diragut, kereta pun turut rosak setelah merempuh sebuah tembok kem tentera di jalan Perak akibat mengejar peragut yang telah meragut isterinya...Syukurlah beliau tidak mengalami sebarang kecederaan akibat kemalangan nie...
Walaubagaimanapun yang lebih memalangkan lagi...peragut tue berjaya melepaskan dirinya...Mesti korang tertanya-tanya bagaimana kemalangan nie boleh terjadi kan...Begini, selepas tuan punya kereta nie bersarapan bersama isterinya yang tercinta, tanpa disedari mereka telah diekori oleh peragut semasa mereka sedang menuju ke kereta yang di 'parking' di Jalan Anson lebih kurang jam 10.oo pagi...dan seperti sepantas kilat peragut tue telah meragut beg tangan isterinya yang mengadungi wang tunai dan beberapa dokumen penting...
Suami mangsa yang terkejut isterinya diragut terus mengejar peragut yang menaiki kuda hitam...hehe, gua gurau erk...mana ada peragut naik kuda mesti guna motor punyalah...terus mengejar peragut itu dengan menggunakan keretanya...Setelah 3 km mengejar peragut itu, dengan tidak diduga..peragut tue membelok disimpang secara mengejut (mana ada nak guna 'signal' lagi..namanya dah peragut) dan telah menyebabkan kereta yang dipandu suami mangsa telah gagal membelok ke simpang terbabit dan terus melangkau sebuah longkang dan merempuh tembok kem tentera tesebut...
Kita nie janganlah nak bahayakan diri kita kalau dalam situasi begini...kalau kita rasa tak boleh nak kejar atau tangkap peragut tue...tak payahlah, ingatlah kita hidup hanya sekali...nyawa kita lebih berharga jika dibandingkan dengan wang ringgit...
hmm.. that's not good..
BalasPadamdangerous.. >.<
kenwooi.com
ya betul tue kenwooi..kita kena sentiasa berhati-hati..
BalasPadam