Best Story

20 Mac 2010

Botak Chin Siri Akhir !!!



Salam,

Ini adalah sambungan kisah Botak Chin. Sesiapa yang berminat untuk membaca Part 4 Botak Chin nie, boleh korek kat sini, Part 4...Bukan apa, baru best dan ada umph!! Kalau nak baca dari part 1 pula boleh lah korek kat sini, Part 1...

Setelah bunyi tembakan telah reda, pihak polis mula memasuki ke dalam pejabat kilang papan tersebut, yang mana telah menjadi kubu bagi Botak Chin dan 2 orang kanannya. Apabila anggota polis memasuki pejabat itu, kelihatan 2 tubuh yang sedang terbaring kaku tak bernyawa lagi, dan tak syak lagi itulah orang kanan Botak Chin iaitu Pangkor Chai dan Ah Keong. Tetapi yang peliknya, Botak Chin masih tidak kelihatan, lalu ketua polis daerah Sentul masuk lagi ke dalam, dan tiba-tiba dia mendengar satu suara yang sayup-sayup memanggilnya, "sir, please help me sir"...Apabila dia menoleh, sahlah itu adalah Botak Chin yang sedang bersembunyi di bawah meja. 

Tanpa berlengah lagi, ketua polis daerah Sentul tue pun menarik Botak Chin dari bawah meja terbabit dan terus menggari si penjenayah ini. Semasa ditemui Botak Chin dalam keadaan yang cedera kerana terkena beberapa das tembakan dan bersama-samanya dijumpai sebuah beg yang berisi lebih dari satu senjata api...Selepas itu Botak Chin telah ditahan selama setahun sebelum dia mengaku bersalah ke atas dakwaan yang disabitkan kepadanya dan hukumannya adalah hukuman gantung sampai mati di bawah undang-undang keselamatan Dalam Negeri (ISA)...

Tetapi peguam Botak Chin membuat rayuan sehingga ke peringkat Privy Council dan kesnya dibicarakan semula pada 1 April 1980. Alasan peguamnya adalah hasil romplakan Botak Chin diberikan kepada orang susah dan orang miskin, adui yai. Itulah sebabnya Botak Chin nie gelarkan sebagai Robin Hood dikalangan penyokongnya. Tetapi jenayah adalah perbuatan salah dan juga menyebabkan ramai orang yang merana dan sengsara, salah tetap salah dan Mahkamah Persekutuan dan Lembaga Pengampunan telah menolak rayuan tersebut lalu  menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Botak Chin pada 16 Mei 1980...

Untuk pengetahuan korang juga, semasa berada di dalam penjara menunggu untuk digantung, Botak Chin pernah melakukan rusuhan serta pernah memukul dan menikam warden penjara Pudu. Ini adalah kerana rahsia Botak Chin untuk melarikan diri dari penjara Pudu telah terbongkar. Warden penjara telah menerima maklumat yang Botak Chin sedang mengumpul bahan-bahan untuk meletupkan penjara dan kemudian melarikan diri. Botak Chin mendapat bekalan seperti paku dan karbad melalui orang yang datang melawatnya secara beransur-ansur. Apabila warden mengetahui hal ini, warden penjara melakukan serbuan ke dalam bilik Botak Chin untuk mencari bahan-bahan letupan yang disembunyikannya..Jadi Botak Chin pun marahlah apabila barang yang dikumpulnya dirampas oleh warden, maka tercetuslah rusuhan...

Akhirnya pada 11 jun 1981, datanglah warden penjara ke bilik akhirnya. Warden penjara menyarungkan kepalanya dengan kain hitam dan selepas itu di bawa menuju ke tempat hukuman akan dijalankan. Setelah Botak Chin telah berdiri tegak di atas platform hukuman gantung, tali gantung di masukkan ke kepalanya dan kemudian gear platform ditarik, Dum!! bunyi platform terbuka, lalu tubuh Botak Chin terjatuh ke bawah dan menyebabkan tali tadi menjerut leher Botak Chin sehingga patah. Kini tamatlah sudah riwayat penjenayah yang masih lagi muda tetapi sangat ganas dan telah menggemparkan negara kita dengan aksi jenayahnya sehingga menjadikan dirinya sebagai penjenayah paling dikehendaki oleh pihak berkuasa...

-TAMAT-

30 ulasan:

  1. Akhirnya, tamat juga riwayat Robin Hood Malaysia.

    BalasPadam
  2. To Nescafe ais : Dah tamat dah....

    BalasPadam
  3. Botak Chin series comes to the end.
    ^.^

    BalasPadam
  4. To Fyra Ruslan : da tamat daaaaaa...hehehe

    BalasPadam
  5. erm..boleh laa buat entry laen yg mcm ni..cm x-files version. hehe

    BalasPadam
  6. pernah digelar botak chin dulu
    hehe

    BalasPadam
  7. To joegrimjow : wah...gelar jer pun..tp jgn jd mcm Botak Chin dah ler..hehee..

    BalasPadam
  8. To Faezah Hannah Al Baj : insyaallah..mmg cadangan Arm nak buat entry kisah2 penjenayah dulu2 kat Malaysia nie..tp kena buat research dulu..

    BalasPadam
  9. Best jugak baca kisah Botak Chin ni..
    Ada siri2 tu...

    BalasPadam
  10. To aktechpage.com : Best ker...hehehe...tuelah yg gua harapkan dari korg semua agar enjoy membaca blog gua nie...

    BalasPadam
  11. sory ar baru baca episode finale ni..ahahaha

    BalasPadam
  12. To Armyrule : TQ krn sudi gak membaca...

    BalasPadam
  13. salam.
    mm..botak chin ni agak2 ade awek x?
    n btol ke die kasi hasil rompakan tu kt org susah?
    hehe..

    BalasPadam
  14. bes la cite dye
    aku pn mcm nk jd mcm dye gak
    tp aku nk glarkn dri aku
    abang botak abang gondol

    BalasPadam
  15. bro...lu tau kan story dia diadaptasi jd drama kat astro..."suatu ketika...tangkal besi"....yg bestnya budak melayu yg berlakon jd kepala gangster cina ni....

    BalasPadam
  16. terbaeekkk siot... da lame gua nk tau secare terperinci citer botak chin nih... mak gua ckap die robin hood mesia jerr..

    BalasPadam
  17. Aku tak suka hukuman gantung... Aku x suka... Kalau boleh tembak sampai matilah...

    BalasPadam
  18. tp kn.npe smalam aku jmpe botak chin kt dpn uma aku..??? npe msih idop..

    BalasPadam
  19. tabik spring kat Mr Kamikaze dapat membongkar rahsia kepenjenayahan Botak Chin (adaptasi dari kes kat tv3 ke??)

    BalasPadam
  20. bagus bagus ... harap dapat kan kisah P kalimutu ke rahman kemboja ke V gunalan ke lagi best... well done

    BalasPadam
  21. bro, mmg best lah siap wat part lg..wa tau cte die pn sbb cte kt astro tu suatu ketika-tangkal besi.smlm tgk dvd tangkal besi the movie arini google jumpa blog lu..TERBAIK!bro, lu tau kisah prebet adam?ce research wa pn nk tau psl tu

    BalasPadam
  22. <----- bakal peganti Botak Chin :P

    BalasPadam
  23. nie lau gerak khas buat movie psal kisah2 botak chin dari kecik smpai mati mmg cte nie meletop,,kalah KL Gangster punye,,sbb cite nie kisah benar..

    BalasPadam
  24. Tq to mr.kamikaze.....cite bout botak chn nie mmg best.....

    BalasPadam
  25. Tq to mr.kamikaze.....cite bout botak chn nie mmg best.....

    BalasPadam
  26. kalau hidup skarang bukannya larat maw buat jenayah...

    BalasPadam
  27. aku botak jugak tapi ade rambut
    hahahaha...

    BalasPadam
  28. kalau aku hidup zaman ni..
    aku kasi penumbuk je kat dia...
    aku kan taiko malaysia huhhh

    BalasPadam
  29. terrbaekk...abis jugak akhirnya..shok jugak bace tentang Botak Chin nie..:)

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..