Best Story

19 November 2009

Jenayah cabul dalam Surau





Seperti yang kita semua ketahui, surau atau pun masjid adalah tempat kita menunaikan ibadat kepada Allah s.w.t...tetapi apa perasaan korang semua jika tempat yang mulia ini dijadikan tempat untuk melakukan perbuatan terkutuk??
Gua pun malas nak memeningkan kepala korang semua...Sebenarnya ada kes cabul yang berlaku kat surau di Wangsa Maju pada 24 september yang lalu...Lebih menyakitkan hati gua yang sedang membara nie, pelakunya pula ialah seorang yang masih remaja iaitu berumur 20 tahun(ish, nie mesti pengaruh video lucah ler nie)Manakala mangsanya pula berumur 32 tahun...
Ceritanya begini, lebih kurang pada jam 2 pagi...sedang mangsa lena dibuai mimpi kat dalam surau tersebut...dia tersedar apabila merasakan ada orang yang sedang berada disebelahnya yang sedang asyik mencabul kehormatannya dengan cara memegang tangan mangsa, merentap baju mangsa dan meramas sekali buah dada mangsa...
Mangsa yang terkejut dengan pencabulan yang dilakukan oleh remaja itu, terus melarikan diri dan meminta bantuan orang ramai yang mana telah berjaya memberkas suspek pada hari yang sama...Suspek telah dijatuhkan hukuman penjara selama 11 bulan...Suspek juga telah meminta agar mahkamah meringankan hukumannya memandang keluarga bergantung kepadanya kerana ibubapanya buta dan 2 adiknya yang masih bersekolah...(ikut rasa binasa, ikut hati mati, ikut nafsu jadi hantu)... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..