Salam Jumaat buat semua...tiba-tiba pulak tekak gua(III) nie terasa dahaga (lalu gua(III) pun minum lah segelas air) wah..barulah rasa selesa sikit nak menaip posts gua(III) nie...Tahukah korang semua, betapa pentingnya air di dalam kehidupan kita nie...??? tanpa air yang mencukupi di dalam tubuh kita, boleh menyebabkan kematian...tanpa air bagaimana kita hendak menjalankan kehidupan seharian kita yang mana untuk mandi, memasak, membasuh pakaian, membasuh kereta dan seangkatan dengannya ( adui yai..ndak larat bah mo senarai kan semuanya )...
Sebenarnya gua(III) nak korang berpikir sendiri, adakah korang betul-betul pasti dan yakin bahawa air yang anda gunakan untuk mandi, minum dan masak itu...air yang bersih ke? Berapa kah usia tangki air kat rumah korang tue, setahun, 2 tahun, 5 tahun atau pun bertahun-tahun? Pernah ker korang melihat keadaan tangki simpanan air yang berada di rumah anda?...Jika selama nie korang tak pernah jenguk-jenguk tangki air rumah anda, esok pagi cuba panjat dan lihat dalam tangki tue...(macam-macam ada, silap2 bangkai cicak pun ada kat dalam tue...eeee...) Jangan jadi macam tangki di bawah nie sudah lah!!!
Nampak tak karat kat dalam tangki tue?? Kotor kan...
So...apa pandangan anda?? ish!! tangki air siapa la nie agaknya yer??... Sebenarnya ini adalah tangki air kat rumah yang gua(III) sewa sekarang (baru 4 bulan duduk sewa rumah nie)...Selama nie tak pernah 'check', petang tadi masa gua(III) balik kerja jiran gua(III) bagi tahu, dia nampak ada penutup tangki kat belakang rumah dia...dia bagi tahu mungkin itu penutup tangki air rumah gua(III) (Oops..rumah sewa gua(III) yer..hehehe)...sebabnya semalam ribut dan angin bertiup kencang...Maka gua(III) pun bergegas lah memanjat untuk memasang penutup tangki tersebut...Terkejut beruk gua(III) bro!!! tanpa gua(III) duga langsung kegembiraan gua(III) selama nie (mandi, membasuh dan lain-lain lagi) rupa-rupanya menggunakan air kotor!!! (air minum memang gua(III) tak guna air nie, gua(III) main beli jak kat 'station' air yang berbayar)
Tanpa berfikir panjang dan berlengah lagi, gua(III) pun langsung menjalankan operasi pembersihan tangki air rumah sewa gua(III) itu...(gua(III) namakan operasi nie 'Ops Cuci') Operasi pencucian dan pembersihan tangki nie di mulakan pada pukul 6.00 petang (malas nak tunggu tuan rumah...dah terlambat dah..gua(III) tak nak lagi mandi guna air nie..) Gua(III) tak nak 'pisang berbuah 2 kali..apa nak jadi, jadilah...
Apa akan terjadi kepada Mr. Kamikaze, adakah dia akan berjaya dalam operasi ini...?atau dia yang akan jatuh tergolek ke dalam tangki air yang berkarat itu..??
Butir Operasi
Nama operasi : 'Ops Cuci'
Lokasi : Rumah Sewa kat Sepang
Sasaran : Tangki air yang berkarat
Tarikh : 06/11/2009
masa : Jam 1800 hours waktu Malaysia
Diharap jangan ketinggalan untuk mengetahui kisah selanjutnya...Ikutilah kisah 'Ops Cuci' gua(III) nie pada 'part II'
....harap jangan ketinggalan...BABAY... (bersambung)
wow.. rusty..
BalasPadami never checked mine.. =P
kenwooi.com
mmg kita x pernah mengetahuinya...
BalasPadamwa mmg buat cleaning service untuk tangki air nie
sapa2 yg berminat leh arr roger wa...
kena selalu check ur tangki air...nanti rosak kulit mndi guna air kotor tau...
BalasPadam