Best Story

28 Disember 2009

Maut..Gara-Gara Elak Kucing

Salam, korang tengah wat apa?? tengah korek idung ker? hahaha...gua bergurau saja yer, jangan marah...Nanti kena jual pulak kalau marah...Mesti korang pernah dengar pesan oleh orang tua-tua, kalau memandu jangan sampai terlanggar kucing (langgar anjing boleh...gua gurau lagi nie) betul tak? Gua sendiri pun pernah dipesan oleh nenek gua masa nak bawa keta dulu, kalau kita memandu dan terlanggar kucing sehingga menamatkan riwayat kucing tersebut akan membawa sial kepada diri kita...tetapi berkaitan hal ini, gua 'no comment' tentang kebenaran mitos ini...Bagi gua, itu semua adalah urusan Tuhan...Untuk dijadikan cerita, gara-gara ingin mengelak seekor kucing yang melintas jalan...seorang penunggang motorsikal maut manakala rakan yang diboncengnya parah..Kejadian malang ini berlaku kat Jalan Temerloh-Bahau, Kuantan petang semalam...Memang bahaya apabila kita sedang memandu dengan khusuk dan tanpa kita duga tiba-tiba ada kucing atau pun binatang melintas jalan...Bagi gua walau cukup berhati-hatinya kita memandu di jalanraya untuk mengelakkan kemalangan, tetapi jika tuhan telah mentakdirkan kita untuk kemalangan, memang tak dapat dielakkan lagi..
Dalam kejadian semalam tue, apabila penunggang ini telah berjaya mengelak dari melanggar kucing tersebut, motor yang ditunggang itu hilang kawalan lalu terbabas di jalanraya dan kemudiannya datang sebuah van lalu merempuh mereka...Kesian kan kat penunggang motorsikal tersebut...Bagi gua ajal dan maut, semuanya di tangan Tuhan...itu memang benar, tetapi yang paling penting bagi gua adalah persediaan kita untuk menghadap yang esa...Adakah diri kita mempunyai amalan pahala yang mencukupi dan yang paling penting adakah kita sudah bertaubat ke atas segala dosa dan maksiat yang telah kita lakukan selama ini...
Gua bukanlah seorang ustaz, hanya seorang insan Islam biasa yang ingin memberi peringatan kepada saudara seagama gua yang sedang membaca 'post' nie...Jika terasa atau tersedar bahawa baru sebentar tadi melakukan maksiat sebelum balik ke rumah...apalah salahnya jika segerakan diri untuk mengambil wudhu dan membentangkan sejadah menghadap kiblat yang satu lalu sujud bertaubat kepada Allah SWT...Kita semua tak tahu bila malaikat sakaratul maut akan menjemput kita..Adakah esok, lusa, atau pun sekejap lagi??...renung-renungkanlah dan tingkatkanlah amalan kita... Agar apabila kita mati kelak, kita akan digolongkan di dalam golongan yang beriman..AMIN

6 ulasan:

  1. amin...al fatihah kepada mangsa...

    BalasPadam
  2. trainer JPJ dulu citer.kalau ade binatang kat depan,xyah konon2 nak tunjuk hebat elak ke,drift ke.langgar jer.pastu bayar kat owner.nyawa manusia nak bayar kat sape?huhu

    BalasPadam
  3. To Aidi Safuan :
    Iye ke bro..tp agak2 la nak langgar..klu bole elak..elakla..kesian kat menatang tue..

    BalasPadam
  4. pemuda tu adik aku...
    ajal maut kje tuhan..
    aku berani cabar sape2 yg bwk motor boleh ke brek or trus lgar kucing melintas kat selekoh...???
    aku xmrh...
    cume nk tanye...???

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..