Best Story

22 Disember 2009

Taktik Baru Pecah Rumah...

Agak lama jugak gua rasa tak 'update' blog gua nie...Maaflah gua teramat sibuk minggu nie, kerja dan program yang agak padat menghalang gua untuk menulis kat blog nie...(dah nak bersawang gak laman blog yang gua cintai nie)...Di hari yang indah nie gua kembali membawa cerita semasa yang boleh membuat korang semua tak senang duduk, hehehe...
Kali nie gua akan membokar satu teknik penyamun pecah rumah yang terbaru dan masih panas lagi(bukan teknik  menjadi jutawan telah terbongkar ya..hehehe)...Ha!!jadi jangan lah keluar dari blog nie selagi korang belum membaca teknik terbaru nie buat pengetahuan diri korang juga..bukan gua yang dapat untung, korang juga yer...Begini, teknik terbaru penyamun nie boleh dikatakan agak selamat jugalah kerana tanpa menggunakan senjata yang boleh mencederakan mangsa yang disamun...
Sindiket nie hanya menyasarkan golongan warga emas yang selalu tinggal berseorangan di rumah ketika ahli keluarga yang lain sibuk bekerja...Sebelum mereka menyamun, mereka akan menelefon ke rumah yang di 'target' dan memberitahu ingin membaiki penutup gas...Apabila penyamun nie telah memperdaya mangsa dan berjaya masuk ke dalam rumah, penyamun tersebut akan berpura-pura seperti sedang membaiki penutup gas di dapur...
Apabila mangsa tidak mengesyaki apa-apa, rakan penyamun yang sedang berada di luar akan menelefon rumah mangsa dan menipu mangsa bahawa dia adalah seorang pegawai polis...Tujuan dia menelefon mangsa adalah kononnya ingin memberitahu mangsa agar berhati-hati kerana banyak orang kehilangan wang dan barang kemas yang disimpan hilang dicuri oleh 'toyol'...
Penyamun tadi akan mengarahkan pula mangsa agar mengumpulkan semua barang kemasnya dan kemudian membungkusnya dengan sehelai kain putih yang mana diletakkan sehelai daun di atas bungkusan tersebut...Apabila mangsa telah selesai membungkus barang kemas tersebut...penyamun yang berpura-pura membaiki penutup gas tadi merampas dan melarikan barang kemas yang dibungkus tadi...
Korang jangan pulak tak percaya dengan teknik terbaru penyamun nie...mungkin korang hanya menganggap benda nie tak akan terjadi kerana kita punya otak untuk berfikirkan...Tapi korang akan tersilap jika berfikir begitu kerana ada sudah kes samun tanpa senjata telah berlaku dan mengunakan teknik dan telah berjaya melarikan wang dan barang kemas yang bernilai RM 700,000 kat Bukit Bandaraya baru-baru nie...banyak wooo!!
Jadi gua berpesan agar korang semua berhati-hati dengan panggilan misteri yang anda terima, kerana ia mungkin adalah panggilan dari penyamun yang ingin menjadikan korang mangsanya...berhati-hatilah di jalanraya...tak ada kena mengena langsung pun dalam ini cerita...

2 ulasan:

  1. isyh2..
    zaman skrg nih, mcm2 cara nk menyamun.
    membuatkan rase x selamat duk umah sendiri.
    haih...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..