Best Story

19 Januari 2010

Dakwa disamun untuk tangguh kahwin...

Akibat kerana terlalu tertekan dengan desakan bakal bapa mertuanya,yang mengarahkan dia melansungkan perkahwinan pada bulan depan...Seorang lelaki sanggup bertindak bodoh kerana  tekanan tersebut...Lalu tanpa berfikir panjang, dia pergi ke balai dan membuat laporan polis, memberitahu bahawa dia di samun oleh penjenayah ketika mengeluarkan duit di mesin ATM Kulaijaya...Tetapi pihak polis pun bukannya bangang sangat pun, kerana berdasarkan soal siasat polis di bilik mayat...uupss, maaflah...bilik soal siasat, maklumat yang diberikan agak mencurigai dan nampak sekali seperti direka-reka...

Oleh sebab itu, pihak polis yang mula sedar bahawa mereka telah tertipu, dengan pantas mengambil sepucuk pistol bukan sepucuk surat...lalu menembak lelaki tersebut sehinggakan peluru di dalam pistol terbabit tidak mampu lagi mengeluarkan pelurunya, akibat peluru dah habis...dan koperal yang menembak itu berkata kepada sarjannya,"jen, peluru dah habis.."uupss, maaflah gua gurau saja...tak ada pun tembakan dilepaskan kepada lelaki tersebut, itu cumalah rekaan melampau yang gua reka-reka sendiri...jangan kecil hati pulak korang...


Sebenarnya, pihak polis telah bertindak ke rumah lelaki tersebut untuk melakukan pemeriksaan dan telah menjumpai duit sebanyak RM 6000, yang di dakwa oleh lelaki terbabit telah di samun oleh 2 lelaki yang bersenjatakan pisau tue...Jadi, gua nak memberikanlah nasihat buat korang yang masih lagi bujang terang..tang..tang nie...Kalau rasa-rasa dapat bakal bapa mertua yang macam kisah di atas, usahlah nak tekanan dan pening-pening sampai menonggeng!!!..Senang jer, telefon saja gua...biar gua bawa pistol revolver dan gertak bakal bapa mertua korang tue...uupss, tak adalah sampai macam tue...cara paling senang korang jumpa jer bakal bapa mertua korang tue dan berterus-teranglah dengan keadaan korang yang belum bersedia kerana duit hantaran belum cukup...Kalau dia tetap berkeras, apakan daya mungkin itu bukan jodoh korang lah tue...sabar jerlah, lelaki mesti kuat!!!



 

6 ulasan:

  1. haha....mcm2x..x nak kawen pun ade.org lain sibuk nak kawen duit x cukup..ngeh2x

    BalasPadam
  2. org kalau terdesak bro,mana bleh pikir panjang lagi.nie mmg satu kes yg bleh dikategorikan sebagai 'lawak-sadis'..dlm lawak ada gak sedihnya..kesian pun ada gak tgk mamat nie..

    BalasPadam
  3. To cryingangel :
    Tren org sekarang kawin hantaran riban2..menjadi beban gak kepada lelaki yg kurg berkemampuan..

    To Md Nasir :
    Mmg kesian gaklah...tp dia dah dikira membuat kesalahan aduan palsu..tak psl2 timbul lg 1 masalah...

    BalasPadam
  4. Haha.. aku tergelak ngan 'penjodoh bilangan' yang ko gunakan.. sepucuk pistol bukan sepucuk surat.. :D

    BalasPadam
  5. Haha..iye ker..Kdg2 mmg suka berlawak..

    BalasPadam
  6. cepat betul melatah lelaki tu..boleh pulak reka2 cerita..hahha..;p

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..