Siapa kata kereta Malaysia tak hebat..? Jika korang beranggapan begitu, korang salah sebenarnya...Kereta buatan Malaysia, Proton adalah kereta yang kuat dan lasak...Jika korang tak percaya, cuba korang tengoklah sendiri apa yang boleh dibuktikan oleh kereta proton Iswara nie...
Ha..sekarang baru korang percayakan...hehehe...Gambar nie diambil kat Jitra Kedah pagi tadi...Mesti korang tertanya-tanya bagaimana dan mengapakah 2 ekor lembu yang tak bersalah nie boleh berada di dalam kereta nie kan...Ceritanya begini, Kereta Iswara ini ditemui oleh polis yang membuat rondaan di kawasan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Paya Kamunting...Kereta ini disyaki di tinggalkan oleh 2 orang penjenayah yang dipercayai telah mencuri lembu ini berdekatan kawasan nie...
Pada mulanya anggota polis yang melakukan rondaan tidak mengesyaki apa-apa yang mencurigakan kerana tayar kereta ini pancit dan polis yang bertugas itu menyangka tuan punya kereta sengaja meninggalkan keretanya disitu untuk mencari tayar ganti...
Setelah setengah jam kemudian, anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah tue pun berpatah balik ke kawasan tadi dan mulai berasa curiga kerana kereta itu masih berada di situ...Apabila diperiksa kenderaan Iswara tersebut, anggota polis tersebut berasa sungguh terkejut apabila terdapat 2 ekor lembu sedang baring di bahagian belakang kereta tersebut...Setelah melakukan siasatan, pihak polis percaya yang kereta itu ditinggalkan di situ kerana tayar kereta itu pancit dan penjenayah terbabit berasa panik dan terus pergi meninggalkan kereta dan lembu yang dicuri itu..
Selain itu juga, lembu yang dicuri itu juga dipercayai telah disuntik dengan ubat pelali agar lembu itu tidak bergerak semasa berada di dalam kereta itu...Betul tak kata gua kan, kereta proton kita hebat..
mungkin lembu tu berkata, apa salah kami berekor sehingga didera sebigini rupa...aku plak berkata, hebat lah keta Malaysia ni...Malaysia Boleh
BalasPadamKesian gak kat lembu yang berkenaan..
BalasPadamhahahahahahaha...kelakarntya
BalasPadam