Best Story

16 Januari 2010

Kerana Mulut Badan Binasa...


Gambar Hiasan sahaja yer...Tak ada kaitan dalam ini cerita..


Ada pepatah melayu mengatakan, " Telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya"... Begitulah nasib seorang remaja yang berumur 19 tahun apabila menjadi mangsa pembunuhan sekumpulan lelaki di Bukit Beruntung...Pembunuhan ini dikatakan berlaku akibat adanya perang mulut diantara mangsa dengan seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan rumah mangsa...

Walaupun pada mulanya hanya melibatkan mulut sahaja yang bergaduh,  adik mangsa tidak menyangka perkara ini berlanjutan sehingga menyebabkan nyawa abangnya melayang akibat serangan sekumpulan lelaki yang dikatakan mempunyai pertalian keluarga dengan wanita terbabit...Ketika dia dan abangnya berjalan-jalan berhampiran Taman Sentosa, memang malang betullah nasib mereka apabila ditahan oleh kumpulan lelaki yang dikatakan tidak berpuas hati dengan abangnya ekoran kejadian perang mulut dengan wanita tersebut...

Dia dan abangnya telah diserang dengan menggunakan batu, kayu dan parang...sedangkan mereka pula tidak mampu untuk melawan atau pun mempertahankan diri kerana tidak mempunyai senjata dan kumpulan lelaki yang menyerang mereka itu ramai...Dipercayai 10 lelaki terlibat menyerang mereka...Dalam pergaduhan itu, adik mangsa itu berjaya melarikan dirinya tetapi berjaya dikejar dan dibelasah sehingga pengsan...Nasibnya agak baik apabila diselamatkan oleh orang awam yang ternampak dia terbaring tak sedarkan diri dan dibawa ke hospital...


Setelah dia sedarkan dirinya, dia bergegas mencari abangnya...tetapi malangnya dia tidak bertemu dengan abangnya...Risau akan nasib abangnya itu, dia pergi ke balai polis untuk membuat laporan berkaitan kehilangan abangnya...Siapalah tak sayangkan saudara sekandungkan...Selepas itu polis pun bertindak mencari abangnya dan menjumpai mayat abangnya di dalam pembentung TNB di Bukit Sentosa...Kejam jugak manusia kat Malaysia niekan...

Susulan kejadian ini, polis telah berjaya menahan 9 lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian pembunuhan ini...Gejala samseng di Malaysia masih lagi bebas berleluasa, sedangkan kat sekolah pun budak-budak dah pandai buat kumpulan samseng...tak hairanlah dulu negara kita ada digemparkan dengan kisah pergaduhan budak-budak sekolah nie sehingga meragut nyawa...Bagi gua sebenarnya perkara sebegini boleh diselesaikan dengan cara baik iaitu rundingan, tetapi segelintir manusia suka menyelesaikan sesuatu perkara itu dengan cara begini, lebih-lebih lagi apabila mereka dalam kumpulan yang ramai...Seterusnya mereka berasa berkuasa untuk membuat apa sahaja...

6 ulasan:

  1. hah! dekat ngan rumah abg aku tue! takut ni bro!

    BalasPadam
  2. Tenang bro...9 org suspek dlm kes nie telah polis tahan..skrg tempat tue pun dalam pemerhatian polis..

    BalasPadam
  3. benci aku samseng mcm ni..

    kuat sebab ada geng boleh arr..

    try one by one tgk..

    BalasPadam
  4. pergh kawasan panas tu..apa nk jadi a orang skang ni..mengalahkan haiwan..suka-suka hati je nak bunuh orang lain..mintak jauh a dari perkara-perkara buruk gini..

    BalasPadam
  5. manusia semakin ganas..semakin menjurus pada kekerasan...byk faktor dan pengaruh yg buat kita jadi lagi ganas..

    dh mengalahkan binatang dh kita..pasal perang mulut boleh bunuh mcm tu

    BalasPadam
  6. berita2 macam ini dah jadi perkara biasa di malaysia kini...

    so, masih aman dan selamat lagi ke malaysia?

    jangan pula ada yg mengata, ya lah, belum ada perang2 , aman la negara kami malaysia.

    belum tahu apa yg akan jadi pada masa akan datang...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..