Best Story

11 Februari 2010

Lagi Bayi di Buang!!!


Apa khabar korang semua, gua harap korang semua berada dalam keadaan yang sihatlah kan...Nampaknya kejadian membuang bayi nie semakin menjadi-jadi, cuba korang tengoklah sendiri gambar yang ada kat atas tue...Kesian gua tengok bayi yang dibuang tue...
Bayi yang tidak berdosa dan tidak mempunyai sebarang kesalahan ini dipercayai telah dibuang di hadapan sebuah Masjid di Permatang Duyung, Melaka...Ketika ditemui oleh bilal masjid ini yang ketika itu ingin menunaikan solat subuh, bayi ini sudah tidak bernyawa dan tubuh bayi ini yang hanya dibaluti dengan sehelai kain putih telah dihurungi oleh semut dan semut ini pula telah menggigit tubuh badan bayi malang ini..
Ish! Kurang ajar betullah orang yang membuang bayi nie...Orang yang membuang bayinya sendiri tidak layak menjadi manusia dan ia lebih hina dari binatang...Orang lain sibuk berusaha nak dapat anak, tak dapat-dapat pulak...yang dah dikurniakan anak pula, senang-senang buang anak tue macam sampah!!
Gua tahu dan korang pun mungkin dah sedia maklum, kejadian membuang bayi ini adalah berikutan dengan perilaku mereka sendiri yang terlibat dalam seks bebas...yang mana melakukan seks tanpa hubungan yang sah disisi agama...dan kita semua dapat saksikan akibat dari perbuatan mereka...Sudahlah mendapat dosa melakukan zina, tambahlah lagi dosa dengan membuang bayi sendiri...
Gua ingin berpesanlah buat korang yang kat luar sana tue, yang mana sedang bercinta-cintun tue...jauhlah perbuatan zina nie, kalau boleh semasa berdating tue, jauhkanlah aktiviti-aktiviti yang membolehkan nafsu sahwat tue membara...Elakkan dari berdua-duaan di tempat yang sunyi, kalu boleh pergilah dating dengan membawa adik atau abang korang tue...selamat jugak sikit...Lepas tue elakkan dari aktivit berpegang tangan dan gesel mengesel...faham-fahamlah sendiri, orang lelaki nie gatal sikit..dah dapat tangan nak pula kaki...Dah dapat kaki nak pula badan dan ehem..ehem..
Kalau dah tak dapat jugak nak tahan nafsu tue, gua galakkan kahwin jerlah...Jangan jadikan alasan tak ada duit dan kerja menyebabkan tak boleh kahwin...Banyaknya kerja kat luar tue, jangan memilih sangat..bagi gua yang penting kerja tue halal...Tak payahlah nak buat kenduri kahwin tue ala-ala macam artis kat Malaysia nie...cukup buat yang wajib saja iaitu bernikah dan buat kenduri kecil-kecilan sahaja...Tak payah berhabis beribu dan berjuta duit korang tue...

3 ulasan:

  1. mbwahaahaah
    kelako lak baca ko nye enrty tang pegang2 n ehem2 tu...kehkehkeh

    tapi aku doa manusia badigol yg buang baby ni tak selamat dunia akhirat n tak tnang seumur hidup...cilakak punye manusia...binatang pon syg anak dowh....mg one day dia dpt pngajaran yg setimpal..Allah maha adil..

    adoila manusia....
    apa nk jadilah

    BalasPadam
  2. salam... tiada ibu yang akan sanggup melakukan hal seperti itu kecuali apabila fikirannya tidak waras ketika itu... saya yakin perasaan kesal menghantui dirinya dan jangan dipersalahkan dirinya seorang... bersimpatilah kepadanya dan sepatutnya dia dibimbing...

    * seperti Tanpa Nama sebutkan di atas, binatangpun sayangkan anaknya kerana pernah seekor kucing jalanan, mengiaw di depan bilik saya membawa anaknya untuk diselamatkan daripada diambil/ditangkap oleh beruk liar... kalau binatang berperasaan untuk melindungi anaknya, apa lagi seorang manusia...

    BalasPadam
  3. hai....
    manusia2...
    pelbagai ragam yang menyakitkan... sampai ilang rasa simpati dan kasih sayang..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..