Best Story

15 Mac 2010

Geng Botak...Bukan Geng Blogger ah!!!

Gambar ini tiada mengena sama ini cerita daa...

Salam, entry kali ini tiada pun berkaitan dengan Botak Chin atau pun yang seangkatan dengannya. Ini entry adalah berkaitan dengan jenayah pecah rumah yang dipercayai telah dilakukan oleh satu lagi geng yang digelarkan oleh polis sebagai geng botak..Tetapi korang semua jangan risau dan berasa segan, kerana geng botak ini telah ditewaskan oleh pihak polis...

Geng botak ini, berlainan sedikit dari geng pecah rumah yang pernah kita dengari selama ini. Mengapa gua cakap macam tue? Ini kerana jika kebiasaannya, perompak dan penyamun yang terbabit dengan bidang pecah rumah nie hanya melakukan operasi jahatnya di malam hari, betul tak? Tetapi kalau korang nak tahu, geng botak ini hanya melakukan operasi pecah rumahnya pada siang hari. Iaitu jam 9.00 pagi hingga jam 5.00 petang sahaja. Kalau gua bagi tahu benda nie mesti korang tekezut...Ha, untuk pengetahuan korang juga, geng botak nie ada holiday juga, iaitu sabtu dan ahad (Macam kerja office hours daaa..penyamun pun nak rehat juga daaa..)   

Geng ini dipercayai menjalankan aktiviti di siang hari kerana mereka percaya lebih senang kerana tiada tuan yang empunya rumah di rumah kerana pergi bekerja. Iyalah, zaman sekarang nie suami dan isteri masing-masing mempunyai pekerjaan. Anak-anak pula dihantar ke tempat pengasuh. Jadi tak hairanlah mereka menjalankan operasi di siang hari (kerja menjadi lebih mudah). Dalam serbuan pihak polis di pangsapuri Pasar Baru, pudu..tiga orang suspek telah ditahan dan dipercayai mereka baru sahaja menyamun 3 buah rumah. Dipercayai sepasang suami isteri masih lagi menjadi buruan pihak polis kerana dipercayai terlibat dalam geng botak ini...

Itulah dia tuan-tuan dan puan-puan...Jangan korang sangka rumah korang selamat di siang hari, rupa-rupanya siang lagilah tak selamat. Apalah nak jadi dengan bangsa kita sekarang nie. Bukan ini caranya mencari kemewahan dan duit. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...


p/s : ini cerita tak ada kena-mengena sama gengblogger ah...gengblogger semua budak baikkan??

4 ulasan:

  1. perh! naseb bek polis dah tewaskan,,,

    BalasPadam
  2. To fiD : tulah pasal..klu ndak, banyaklah rumah menjadi mangsa..

    BalasPadam
  3. wah diorang ikut opis hour ni, kalu keje sampai malam mesti kena claim OT ni hehe.

    BalasPadam
  4. To ParkAir : Cita2 dorg mmg nak keja kat opis...tp tersasar ...jd penyamun pun buatlah opis hour...
    Macam cerita Ali Baba...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..