Best Story

11 Mac 2010

Kerana Dadah, Mahkota Diri Tergadai...



Salam semua, gua harap korang sihatlah hendaknya yah! Gua hari nie rasa macam tak sedap badan saja (mungkin nak makan sedap kot), mungkin ekoran cuaca yang terlalu panas sekarang nie. Walau apa pun selagi jari gua nie masih boleh bergerak, dengan izin Allah pasti gua akan cuba menaip entry terbaru di blog ini dan semestinya terbaik dari ladang eh...

Oklah, berbalik kepada point utama entry nie...Korang semua pernah hisap dadah tak? Opss, maafkan gua salah pulak soalan gua nie. Maksud gua, korang semua tahu dadah tue apa kan? Dadah nie macam heroin, ganja, syabu/ice, pil kuda, pil estacy, morphine, daun ketum dan banyak lagilah. Korang pun tahukan kesan dadah niekan, jika korang dah terjebak dengan najis dadah nie, pasti kehidupan korang akan musnah dan hancur...

Murni bukan nama sebenarnya, berasal dari Hulu Terengganu kini berumur 24 tahun mula terjebak dengan najis dadah pada seawal umurnya 18 tahun lagi. Dia seorang remaja wanita (Dia tak pernah kenal alam persekolahan), yang pada mulanya berasa ingin merasa kebebasan di luar rumah untuk menghilangkan tekanan akhirnya menjerat dirinya sendiri, apabila  telah menerima pelawaan rakannya untuk mencuba pil kuda pada mula pembabitan dirinya dalam penagihan dadah nie..

Setelah perkenalannya dengan seorang lelaki yang mana seorang penagih dadah jenis syabu, dia mula mencuba menagih syabu pula...Lelaki itu bolehlah pula tangkap jiwang dengan Murni dan menjadi kekasih kepada si Murni nie (cinta si penagihlah nie) Akibat rasa ketagih yang amat sangat, kekasihnya pernah menjual Murni kepada 3 orang lelaki di sebuah hotel semata-mata untuk mendapatkan dadah..

Kisah hitam Murni ini terbongkar apabila dirinya ditangkap dalam operasi AADK di kawasan Kampung Tok Lawit dan Kuala Ping. Semasa dia ditangkap dirinya sedang sedap tidur sambil berpelukan bersama kekasih barunya di dalam sebuah pondok...Gua berharap sangatlah agar korang yang kat luar sana sama ada yang muda atau pun yang dah tua, jauhilah najis dadah nie. Sekali korang hisap atau mencuba dadah, pasti akan sukar untuk korang tinggalkan jejak dadah nie...So, renung-renungkan lah sendiri...

DADAH PEMUSNAH!! MUSNAHKAN DADAH!!

6 ulasan:

  1. Nauzubillahi minzalik... semoga anak-anak, adik-beradik dan kaum keluarga kita dijauhi daripada kegiatan buruk seperti ini...

    BalasPadam
  2. Sentiasa berdoa kpd Allah agar seluruh keluarga kita di jauhi dari najis dadah nie..

    BalasPadam
  3. tak patut sampai maruah tergadai.. moga kita terhindar dari bencana ini

    BalasPadam
  4. To Salmia : Sama2 lah kita hindarkan dr bencana dadah ini..

    BalasPadam
  5. sesungguhnya kita hendaklah kembali ke pangkal jalan..kembali kepada Al-quran dan As-Sunnah,remaja kita hari ini amat membimbangkan..semoga Allah melindungi kita

    BalasPadam
  6. ERM..bek makan dada ayam..puas ati...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..