Best Story

10 Mac 2010

KISAH PALING SERAM - GENGBLOGGER.COM

Pada petang hari tue, setelah gua sampai kat rumah selepas balik dari kerja, gua tak ada lagi pikir nak mandi atau makan, gua terus menuju ke katil dan terus melelapkan mata gua. Badan gua terlalu letih, al-maklum sajalah kerja gua juruteknik kat pelabuhan, kebetulan hari tue banyaklah pulak jentera yang 'breakdown'...

Setelah gua tersedar, jam kat dinding bilik gua dah menunjukkan jam 6.30 petang dah masuk maghrib dah, tanpa membuang masa gua pun menyambar tuala gua dan terus mandi. Selesai jer mandi gua kembali ke bilik dan melihat telefon bimbit gua yang gua letak kat atas tv rumah bujang gua...Peh, ada 6 'miscall' dari bapak gua...Hairan pula gua, tak pernah-pernah macam nie. Masa telefon gua berdering, gua tak sedar langsung. (Tengah layan tidurkan)

Tanpa membuang masa dan sepantas kilatnya gua pun mendail nombor telefon bapa gua untuk mengetahui apakah sebabnya. Gua berasa sangat terkejut apabila diberitahu rupa-rupanya nenek gua baru saja meninggal dunia petang tadi..Bapak gua bagi tahu, kalau tak boleh balik tak mengapalah...maklum sajalah gua bekerja kat Kota Kinabalu, Sabah kemudian pula kampung halaman gua dan tempat nenek gua meninggal kat Tawau, Sabah..Siapa-siapa yang pernah ke Sabah pasti tahu tempoh perjalanan daratnya mengambil masa selama hampir 9 jam...(Jauh ke tak tue, ada macam dari Selangor ke Kelantan tak??)

Gua nekad hari tue, gua nak balik jugak malam tue. Gua nak tengok dan tatap wajah nenek gua yang gua sayangi dan cintai untuk kali yang terakhir kalinya, gua tak peduli! Setelah gua memberitahu supervisor gua masalah gua, dia bagi gua cuti emergency untuk balik ke kampung. Setelah gua bersiap lebih kurang dan memaklumkan kat member serumah gua, gua pun start kereta dan terus memandu menuju keluar dari daerah Kota Kinabalu untuk menuju ke kampung gua kat Tawau...Gua lihat jam kat tangan gua dah menunjukkan jam 7.30 malam, suasana pun dah gelap...hanya ada cahaya bulan saja yang menerangi  malam tue..

Untuk makluman korang semua juga, jalan menuju ke Tawau nie pula, kiri dan kanannya hanya ada pemandangan hutan belantara dan kelapa sawit jer, susah sangat nak jumpa rumah. Ada pun rumah satu dua jer,  lepas tue lampu jalan pun tak ada, memang gelap sangat. Jalan Tawau - KK nie memang jarang orang Sabah guna pada waktu malam, siang jer meriah. Yang ada pun hanyalah lori-lori yang menghantar barang, tue pun boleh dikira dengan jarilah kalau jumpa...Malam tue sepanjang memandu, gua terbayang-bayanglah wajah nenek gua dan kenangan gua bersama arwah (Masa tue memang sedih gila). Sepanjang perjalanan pada malam tue, gua pun hairan kerana gua tak ada terfikir pun tentang hantu atau puaka nie, walhal gua boleh dikategorikan sedang memandu di tengah hutan belantara...

Setelah lebih kurang 4 jam gua memandu tanpa henti, gua pun sampai di check point (Road Block) pemeriksaan sempadan daerah Sandakan. Di sini ada anggota polis (PGA) yang akan memeriksa kad pengenalan dan pasport warga asing yang keluar masuk melalui jalan nie. Sampai jer kat sekatan tue, kereta gua kena tahan...macam biasalahkan sebelum dia mintak IC dan lesen, gua dah bagi dah, tetapi yang siotnya gua kena sound pula oleh anggota PGA tue sebab bawa kereta laju katanya. Gua pun terangkanlah masalah gua, jadi dia pun faham dan dia kata cuma menasihati dan mengingatkan agar selamat sampai ke  tempat yang dituju. Selepas telah selesai di sekatan tue, gua pun menyambung kembali perjalanan dan gua masih lagi memandu dengan laju dan rakusnya...

Gua menoleh jam digital kat kereta gua dah menunjukkan hampir jam 12.00 tengah malam. Gua 'off'kan penghawa dingin kereta gua dan membuka cermin kereta gua agar mendapat udara segar dan untuk mengurangkan mengantuk. Gua mengambil sebatang rokok dan membakarnya, semasa gua asyik memandu dan menghayati rokok yang gua hisap tue...gua ternampak seperti ada orang sedang berjalan seorang diri di bahu jalan, warna pakaiannya gua tak cam sangat, wajahnya pun samar (Maklumlah gelap). Gua berasa hairan, tak ada pun rumah atau pun penempatan berdekatan tempat lelaki tue berjalan,hutan belantara adalah...Masa tue rasa seram sejuk belum lagi gua rasa, masih lagi cool dan 'steady'...

Gua teruskan lagi perjalanan gua, sesampainya gua kat pekan (Kalau tak silap gua pekan Kinabatangan). Jalan kat pekan tue memang sunyi, mungkin dah jam 1 pagi semua penduduk sedang tidur. Gua menghampiri sebuah balai, kat depan balai tue entah tiba-tiba ada pula 'road block' walhal sepanjang gua melalui jalan pekan tue, tak ada sebiji kereta pun gua jumpa sedang berada di atas jalanraya... Setelah menghampiri sekatan tue, gua memperlahankan kenderaan tetapi gua tengok macam tak ada pun anggota polis yang bertugas dalam sekatan tue(sunyi jer). Entah tiba-tiba tanpa gua duga, ada pulak seorang polis yang berpakaian trafik muncul.(Gua pun tak perasan dia dari arah mana dia muncul)

Gua pun memberhentikan kereta, tetapi yang peliknya polis trafik tue tak pula bercakap, lepas tue cara dia berjalan pun pelik woo..dia jalan mengiring. Semasa dia berada di sebelah gua, gua dah siap nak bagi IC dan lesen, tapi dia masih berdiam diri dan dia tidak menghadap gua, dia asyik tengok ke depan jer...Tiba-tiba jer bulu tengkuk gua rasa kembang yang teramat sangat, dan tak semena-mena dia memalingkan wajahnya kepada gua, gua tengok mata dia besar sangat, tapi anak mata dia kecik sangat..macam titik putih jer anak mata dia. Lagi satu, gua tengok dia macam tak ada hidung dan mulut.Masa tua gua belum lagi suspek hantu atau jin, lepas tue gua rilek jer lah meneruskan pemanduan gua...

Setelah pengkebumian arwah nenek gua selesai, malam tue selesai saja kenduri arwah...Gua masih lagi berasa pelik akan kejadian yang menimpa gua, lalu gua ceritakan kat bapa dan pakcik gua yang ada kat situ...Pakcik gua cakap, mungkin itu syaitan atau jin yang cuba mengganggu gua malam tue...Mujurlah gua rilek dan cool masa tue, pakcik gua cakap banyak orang kemalangan sebab terkejut dan ketakutan apabila terjumpa atau terlihat benda halus nie...Semenjak dari kejadian tue, gua dah tobat tak nak pandu malam jika guna jalan Tawau-KK lagi....

P/s :Ini pengalaman dan kisah benar yang gua alami semasa gua masih kerja kat Sabah Port KK...Sekarang gua dah tak kerja situ lagi..Gua dah jadi penjawat awam hehehe...Entry nie ditulis khas untuk menyertai kontest geng blogger.com iaitu kisah paling seram...

5 ulasan:

  1. pening kepala owh baca ne.
    plus lg debaran spm.
    cam tak dapat tido lah malam ne
    kin takut buss!

    BalasPadam
  2. Rilek2..gua doakan semoga dpt keputusan cemerlang...

    BalasPadam
  3. np cite seram seram pulak ni :D

    BalasPadam
  4. To cik EPAL :
    cite seram nie adalah kisah benar yg gua pendamkan selama nie..hanya bapak gua dan uncle husin gue jer yg tahu ini cerita..hauahahha

    BalasPadam
  5. Wah , yaka bro . sy slalu gk jalan malam sdkn - semporna . Tp alhamdulullah xda pulak yg jumpa bgtu , hihi . Paling pn org jalan dlm gelap & binatang menyeberang tiba2 . Paling seram , limpas LD bhgn tingkayu tu . Jalan bekabus kalaw jm10 ke atas . Apa pn , ada bestnya jgk jalan malam sbb krg kenderaan . Hehe

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..