Best Story

16 Mac 2010

Mari Mengenali Ciri Lelaki Perogol...(Khas untuk Wanita Jer)


Gambar Hiasan Jer..Tak ada kena mengena sama ini cerita daaa..


Salam buat korang semua,




Gua sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan buat pengunjung dan pembaca setia blog ini (silent reader), tanpa sokongan dari korang semua, kemungkinan besarnya blog Kamikaze ini telah berkubur di lapisan bumi yang ke tujuh.Baiklah, pada malam yang bahagia nie, izinkan gua untuk menggangu ketenteraman korang seketika agar dapat memberikan perhatian kepada entry gua nie (Kalau tak pun tak apa, gasak koranglah..)

Ok, gua nak sangat tanya korang soalan nie. Kenalkah korang dengan lelaki perogol? Ha, betul...gua dah agak dah, memang itu jawapan korang semua. Manalah kita boleh kenal perogolkan. Melainkan si perogol tue datang memperkenalkan dirinya kepada kita bahawa dia tue seorang perogol, betul tak? Tetapi walaupun kita tak boleh mengenali perogol itu secara terus, tetapi ada cara lain untuk kaum hawa semua mengenali perogol, iaitu melalui ciri-ciri dan perwatakan yang dimiliki oleh seorang lelaki perogol wanita (bukan perogol lelaki ah..)

Sejak kebelakangan nie juga, negara kita sering digemparkan dengan berita dan kes rogol yang ganas-ganas belaka. Yang paling terbaru kes kat Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah Perak. 15 lelaki pukul(rogollah..)seorang perempuan yang baru 15 tahun. Akai adakah? Apa nak jadilah dengan anak bangsa kita nie. Yang gua simpati adalah kepada masa depan gadis yang menjadi mangsa buas lelaki-lelaki perogol nie, hancur masa depan budak nie. 

Perogol-perogol nie juga, selain merogol gadis ataupun wanita isteri orang, ada yang lebih dahsyat dari itu lagi. Cuba korang bayangkan pula jika seorang bayi perempuan yang baru berusia 9 bulan di rogol secara berkumpulan oleh 6 lelaki yang berumur antara 24 hingga 66 tahun...Kejadian nie bukan gua reka-raka pula, ini adalah kisah benar yang berlaku kat Cape Town, Afrika Selatan pada tahun 2002. Sementara itu pula, seorang lelaki di Kent, Washington mengaku bersalah kerana merogol anak perempuannya sendiri yang baru berusia dua bulan. Apa yang menyedihkan, dia dihukum penjara selama enam bulan sahaja.. Apakah jadahnya semua nie, tak mustahil, kes sebegini pula akan terjadi di negara yang kita cintai ini.. 

Gua pun malas nak cerita panjang lebar, nanti tak pasal-pasal periuk dan belanga pula korang baling kat gua kerana bosan dengan cerita gua nie, jadi tunggu apa lagi mari lihat ciri-ciri yang ada kepada seorang perogol yang perlu korang berhati-hati apabila kat ofis korang ada lelaki yang bercirikan ciri-ciri berikut...Owh, gua terlupa pula nak bagi tahu, nie bukan gua punya kajian yer, tetapi kajian nie telah dibuat oleh Perunding Kesihatan Perilaku, Hospital UKM, Dr. Khalib Abdul Latiff. Jom kita layan...

  1. Pendiam dan selalu mengasingkan diri
  2. Perilaku yang tidak stabil, cara hidupnya tidak dapat dibaca dan tidak mempunyai satu cara hidup yang rutin
  3. Tidak aktif berpersatuan, bergaul mahupun bersosial. Masanya banyak dihabiskan dengan diri sendiri dan mungkin melayan fantasinya.
  4. Dia tidak mempunyai aktiviti umum yang khusus atau hobi seperti memancing, bermain golf, bertemu rakan-rakan di kedai mamak dan sebagainya.
  5. Melakukan kerja yang tidak melibatkan aktiviti fizikal kecuali petugas yang sememangnya bekerja di dalam bidang pengurusan, penyeliaan dan akademik yang banyak menggunakan mental.
  6. Kerja `relaks-relaks' dan suka memerhatikan orang. Mereka seperti ini banyak melayan perasaan. 
Gua rasa cukuplah untuk malam nie, sebenarnya ada lagi tips ciri-ciri dan personaliti lelaki perogol nie...tetapi gua rasa nanti entry nie akan jadi panjang gilak..So, jika ada kelapangan dan diizinkan Allah, gua akan tambahkan lagi tips nie... Babayzzz...


14 ulasan:

  1. alamak!! aku ade ke6-6 ciri kt situ ..cmne nih?

    BalasPadam
  2. To ザ-sylver-shooter : Ok, harap lu bawa betobat cepat2...hihihi

    BalasPadam
  3. wanita perogol ade x? haha..


    http://belogbagus.blogspot.com/

    BalasPadam
  4. haha.. interesting.. thanks for sharing hehe.. i will be careful too =P

    BalasPadam
  5. To shafiq08 : Ada, dia rogol 10 lelaki daaaa...ceritanya tggu...coming soon...

    BalasPadam
  6. selalunya muka perogol yg kluar dgn buletin utama tu nmpk mcm baik jek..tp...deshh! merogol!!ishh ishh..

    BalasPadam
  7. To Kenwooi : we all must be always careful..

    BalasPadam
  8. To fiza Mastar : Jgn lihat pada luaran jer..kena lihat hati die...

    BalasPadam
  9. interesting info we have here...thanxalot!

    lepas ni kompom aku pndg org lelaki betul2 pnya...sgt menakutkan, huhuuu

    BalasPadam
  10. kenapa macam ada ciri2 aku tu.. adakah aku perogol in future... (T_T)

    BalasPadam
  11. To starsyeea: Welkom...kena ati2 klu jumpa lelaki yg tenung semacam...huhuhu

    BalasPadam
  12. To ParkAir : Ha!!!klu terasa diri tue ada ciri terbabit..kena serah dirilah ke balai yg berdekatan...hahaha

    BalasPadam
  13. hahahah, bahaya r ngan dak nerd! >.<

    BalasPadam
  14. aku rasa aku pun ada 6 ciri tersebut habis aku ahh

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..