Best Story

12 Mac 2010

Resmi Padi - MAKIN BERISI TUNDUK KE BUMI..


Salam...di hari jumaat yang mulia nie, (penghulu segala hari)..marilah kita panjatkan rasa syukur ke hadrat ilahi, kerana dengan limpah kurnianya dapatlah gua dan korang semua terus hidup di alam dunia yang dipinjamkan kepada kita semua nie...Oklah, pada hari jumaat nie, gua tak nak cerita pasal jenayah dan seangkatan dengannya...gua nak cerita pasal tajuk kat atas tue...

Apabila kita semua perhatikan padi, semakin dia berisi semakin dia menundukkan dirinya ke bumi. Walaupun padi itu semakin tunduk ke bumi, bukan pula bererti yang padi itu akan mati, tetapi ia sarat dengan isinya. Isinya pula adalah beras, yang mana makanan rutin rakyat Malaysia yakni nasi, tanpa makan nasi, gua rasa ada yang akan pengsan kerana tak makan...

Cubalah korang bayangkan tak dapat makan nasi 1 hari, tak kiralah nasi lemakkah, nasi berianikah, nasi ayamkah, nasi kandarkah, nasi gorengkah atau pun nasi minyak, apa perasaan perut korang...Emm, pasti berkeroncong Ana kan...Itulah dia resmi padi, ia sentiasa menundukkan dirinya walau pun ia banyak memberi manfaat dan faedah kepada manusia itu sebenarnya...

Jadi mesej yang gua ingin sampaikan kat sini, marilah kita mencontohi 'resmi padi' dalam kehidupan kita sehari-hari. Di dalam dunia blogger pun kita boleh aplikasikan jugak benda nie, tidak ada ruginya kalau kita sentiasa merendah diri, pasti ramai orang yang akan suka dan sayang dengan kita...Kalau kita mati pun orang akan sentiasa ingat kebaikan sifat rendah diri kita (itulah yang gua impikan apabila gua 'pergi' buat selamanya), bukannya pula apabila kita mati orang akan sentiasa ingat tentang sikap berlagak serta kesombongan diri kita semasa hidup di alam dunia pinjaman nie...

Janganlah kita menanamkan sifat sombong dan bongkak di dalam diri, tak baik..Gua tak dapat nak bayangkan, dahlah sombong tahap Dewa Naga air, tapi bodoh alang...Apalah erti kehidupan korang kalau dah jadi macam tue, sentiasa berlagak jer tapi hakikat sebenarnya satu habuk pun tak ada...Eee, kepada yang terasa, cepatlah kembali ke pangkal jalan...

Jadi, usahlah kita berjalan di bumi Allah nie dengan kesombongan...kerana kesombongan itu sendiri akan membawa padah buat diri korang sendiri...Tepuk lah dada, jangan tanya selera...tanyalah diri korang sendiri...

Babayyzz...

17 ulasan:

  1. nasi makanan ruji..tak kenyang perut kalau sehari tak menjamah nasi,,

    mmg respek juga orng yg ade sifat2 resmi padi ni..walaupun diorang dah bnyk ilmu, tapi selalu rendah diri :)

    BalasPadam
  2. To fatin : itu tak dapat dinafikan tentang nasi..harap2 kita pun akan tanam sifat rendah diri nie di dlam jiwa kita..

    BalasPadam
  3. sebijik nasi ibarat setitik peluh petani...huhuhu

    BalasPadam
  4. To Armyrule : btul tue...hargailah jasa petani macam dorg nie..

    BalasPadam
  5. sebijik beras ibarat setitik peluh petani,tapi kalau seorang petani ibarat ? siapa berani jawap ?

    BalasPadam
  6. To ishak : Biar gua try jawab..petani ibarat lilin yg membakar diri...

    BalasPadam
  7. sayang tidak ramai praktikkan die
    termasuk diri yg senang sangat lupa
    sighhh~~

    BalasPadam
  8. memang x sanggup x makan nasi seari..huhu

    BalasPadam
  9. betul tu, sombong2 tada guna la.. nanti kawan sorang2..

    BalasPadam
  10. To joegrimjow : Tak apa, masih belumterlambat..selepas nie mulalah praktikkan...

    BalasPadam
  11. To ezzati : Memang betul, semua rakyat Malaysia akan rasa serba tak kena klu tak makan nasi sehari kan..lenlah klu omputih..

    BalasPadam
  12. To ParkAir : Betul2..sombong mana ada org mau kawan ma..

    BalasPadam
  13. setuju tu...sombong tak bawa kemana-mana pun...

    BalasPadam
  14. To etomyam : Org sombong akn kat situ2 jer..nnti pasti akn binasakan diri sendri

    BalasPadam
  15. Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..