Best Story

18 April 2010

Hidup Ini Seperti Sebuah Perjalanan...



Salam Arm ucapkan...


Owh, semakin lama semakin cepat masa ini berlalu. Esok dah hari isnin, macam tak puas cuti 2 hari niekan. Tetapi itulah lumrah manusia, tak pernah rasa puas dengan apa yang diperolehinya, termasuklah diri Arm sendiri. Kalau tak puas hati dengan benda-benda yang terarah kepada yang positif, Arm fikir masih oklah. Jangan saja tak pernah rasa puas dengan benda-benda yang negatif tue, Arm rasa memang tak patut sangat-sangat...


Emm, kembali kepada tajuk entry Arm kat atas tue, "Hidup ini seperti sebuah perjalanan"...Adakah betul jika kehidupan yang kita jalani sekarang nie patut kita bandingkan dengan sebuah perjalanan menuju sesebuah destinasi? Arm tak nak bagi jawapan yang direct kepada korang. Kalau korang rasa berminat nak tahu jawapan kepada persoalan nie, korang boleh teruskan dengan membaca entry nie sehingga noktah yang terakhir...


Jika korang perhatikan antara sedar dan tak sedar, bagi Arm setiap perjalanan kita itu pasti mempunyai perhentiannya. Tak ada satu pun perjalanan yang tak ada perhentiannya. Sedangkan kereta itu sendiri pasti akan berhenti sama ada brek ditekan oleh pemandu atau pun minyak kereta telah kehabisan lalu kereta tue tak dapat lagi meneruskan perjalanannya...


Begitu jugalah dengan kehidupan ini, kehidupan kita ini pasti akan ada penghujungnya. Dan penghujung yang Arm maksudkan kat sini adalah kematian. Semua manusia yang hidup tak akan terlepas dari kematian yang telah tuhan tentukan. Memang benar, kematian bukanlah penghujung perjalanan kita, kerana selepas kita mati, kita akan melalui pula kehidupan di alam barzakh dan alam pembangkitan nanti...


Tetapi dalam skop entry Arm nie, Arm lebih menekankan penghujung kepada kehidupan kita semasa di dunia nie. Mengapa Arm menekankan kematian kat dunia nie adalah penghujung kehidupan.Ini kerana bagi Arm, jika kita fikirkan selepas kita mati adakah kita dapat beribadah lagi kepada Allah. Selepas kita mati semua amalan kita akan terputus serta merta dan apa amalan yang kita buat semasa hidup dulu, itulah saja bekalan yang kita bawa ke 'sana'. 


Tiada alasan untuk kita semua, jangan kata semasa kita masih muda nielah kita enjoy dan bersuka ria habis-habisan sehinggakan kita terlupa untuk beribadah kepada Allah. Lagi teruk kalau kita beranggapan semasa masih muda nielah kita nak enjoy dan try apa yang belum kita try, nanti dah tua baru kita bertaubat dan beribadat kepada Allah. Adui, adakah korang tahu akan hidup sehingga umur 5o tahun? Tak ada sesiapa pun yang dapat pastikan dia dapat hiudp sampai umur dia bilakan...


Apabila malaikat Izrail datang untuk menyabut nyawa kita, dia akan datang tepat pada masanya tanpa mengira berapa umur kita, pangkat kita, harta kita dan zupp..nyawa kita direntapnya dengan begitu saja. Sejak akhir-akhir nie kita dikejutkan dengan berita kematian artis kat Malaysia nie yang masih lagi muda dan kita sendiri tak menyangka kerana dari segi fizikal mereka masih lagi kuat dan bertenaga bekerja...


Contoh paling hampir seperti arwah Din Beramboi, Yanie mentor dan yang terbaru adalah Achik Spin. Sememangnya kita tak menyangkakan permergian mereka nie meninggalkan kita semua. Seperti mimpi pun ada jugak, tetapi itulah realitinya. Ajal datang menjemput kita bila-bila masa saja, sama ada kita bersedia untuk menghadapi mati, itu adalah persoalan yang ingin Arm tinggalkan buat korang agar korang boleh memikirkan dari lubuk hati yang paling dalam....


p/s : Al-Fatihah buat Achik Spin meninggal dunia kelmarin akibat kemalangan jalanraya...






5 ulasan:

  1. betul tu..ajal memang tak dapat disangka..al-Fatihah kepada Achik spin.

    BalasPadam
  2. salam takziah....
    appreciate setiap saat.....

    nanged. nang to read about Ice Kacang Puppy Love

    BalasPadam
  3. kita tidak dapat jangka apa yg akan berlaku dalam 30 minit dr sekarang!

    BalasPadam
  4. To aftuz :Ajal semuanya di tangan tuhan..kita sebagai manusia mesti sentiasa bersiap sedia...

    BalasPadam
  5. to IyouweBlog.com :baguslah klu macam tue...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..