Assalamualaikum dan Salam Jumaat...
Pada malam nie Arm nak paparkan sebuah cerita yang mungkin dapat memberikan manfaat buat diri kita semua. Bacalah kisah ini sehingga habis agar kita dapat mengambil pengajaran. Ini Kerana kisah ini adalah realiti sebenar kehidupan yang sedang kita jalani sekarang...
Pada suatu hari, seorang remaja lelaki diarahkan oleh gurunya untuk ke sebuah masjid untuk mecari seorang lelaki yang dapat memberikannya sedikit ilmu dan pengajaran. Tanpa membuang masa lagi, remaja lelaki tue terus pergi ke masjid yang diarahkan oleh gurunya itu...
Sesampainya remaja tue kat masjid tue, dia ternampak seorang lelaki yang sedang kusyuk membaca Al-Quran. Remaja tue berfikir adakah lelaki ini yang dimaksudkan oleh gurunya itu. Lalu dia duduk di belakang lelaki terbabit dan menunggu lelaki tue habis membaca Al-Quran. Buruk remaja tue menunggu lelaki tue, tak juga habis - habis lelaki tue membaca Al-Quran...
Lalu remaja tue terpandang pula ke arah seorang lelaki yang sedang asyik membaca beberapa buah kitab. Remaja tue meghampiri lelaki tersebut dan memberi salam. "Tuan, bolehkah tuan mengajar saya?". Tetapi jawapan yang diberikan lelaki tersebut menghampakan remaja tue. Jawapan lelaki tue lebih kurang begini, "Maafkan saya, saya sedang sibuk nie".
Remaja tue terlalu hampa dan bercadang untuk balik. Sedang dia bersiap sedia untuk balik, remaja tue terpandang seorang lelaki yang sedang membersihkan longkang masjid terbabit. Lalu dia menghampiri lelaki tue.
"Dah berapa lama pakcik kerja cuci longkang nie?"Tanya remaja tue...
"Dah 15 tahun nak.." Jawab lelaki tue dengan lemah lembut...
Apabila remaja tue meneliti hasil kerja lelaki tue, dia tersangatlah kagum kerana celah-celah longkang yang sukar dilihat oleh mata kasar pun turut dibersihkan oleh lelaki itu.
"Bersih sangatlah longkang nie pakcik, sampaikan celah-celah longkang pun pakcik bersihkan juga ya. Tak perlulah nak bersihkan celah longkang nie, bukannya ada orang nampak pun pakcik". Kata remaja tue dengan kehairanan terhadap hasil kerja pakcik tue...
"Walaupun tak ada orang yang nampak, tetapi Allah SWT nampak nak..."Kata lelaki tue sambil tersenyum kepada remaja tue...
Macam mana, korang dapat tak pengajaran dari cerita nie?hehe.. Oklah, sebenarnya pengajaran yang boleh kita perolehi dari cerita nie adalah walau sekecil mana pun kerja yang kita buat, yang mungkin bagi orang lain tak bererti dan bernilai, tetapi jika kita buat dengan hati yang besar pasti kerja kita itu akan mendapat nilaian yang tinggi daripada Allah SWT. Hati yang besar itu pula adalah mengharapkan ganjaran dan keredhaan dari Allah SWT, yang mana ia adalah ganjaran yang lebih bernilai jika dibandingkan dengan nilaian dan ganjaran dari manusia itu sendiri...
Tak kira di mana pun kita, jika niat kerana Allah, pasti akan dapat juga sesuatu. :)
BalasPadammendalam sungguh
BalasPadamto Eqah Zaque Billetdoux : Itu sudah pasti...
BalasPadamnice share!!^^
BalasPadaminsaf jap..isk..
sentiasa suka dengan apa sahaja kerja yang kita lakukan ...pasti hasilnya hebat....
BalasPadamTo hazman aka species1980 : Betul, jika kerja tue kita dah tak suka buat..buat kerja pun dah tak ikhlas...dan hasilnya pun ala kadar saja...
BalasPadamTo Kepala Bergetar : Tq ...sekadar memberi nasihat sbg kawan untuk semua blogger dan kwn2 semua...
BalasPadamto aisyah ^^ : Tq...itulah yg paling Arm harapkan aisyah...hehehe
BalasPadamsharing is caring....teruskn bekerja dgn ikhlas...thanx 4 da reminder....;)
BalasPadammmg layan~
BalasPadamhehe