Best Story

19 April 2010

Pencuri Surat Khabar...Ditangkap Pengedar Surat Khabar....

Salam dan selamat Arm ucapkan...


Arm harap korang semua dah makan dan sudah membaca surat khabar hari nie. Bukannya apa, cerita kali nie pula adalah berkaitan surat khabar yang digilai oleh orang ramai. Tanpa akhbar hidup kita umpama katak di bawah tempurung. Tak tahu apa isu semasa yang hangat sedang berlaku kat Malaysia dan luar negara kita sekarang nie. Nie kalau Arm tanya apa yang sedang berlaku kat Thailand nie, ramai yang fail nanti nie...Ingat baju merah jer ada, sekarang baju kuning pun ada. Jangan memain ah...


Oklah, Arm teruskan kisah nie apabila dua orang pengedar dan penjual surat khabar berasa hairan kerana  akhbar mereka sebanyak 1500 naskah pandai hilang sejak beberapa hari nie. Merasakan seperti ada malaun yang mencuri akhbar mereka, mereka pun melakukan intipan untuk mengesan siapa punya angkara semua ini yang menyebabkan mereka kerugian beribu-ribu RM daaa...


Akhirnya berkat kejituan semangat yang ada kat mereka nie, mereka berjaya mengesan 2 orang lelaki yang dipercayai pencuri surat akhbar mereka. Mereka berjaya mengesan pencuri dengan melihat nombor plat kereta yang digunakan oleh pencuri nie. Setelah mereka betul-betul pasti memang dua orang lelaki nie yang mencuri surat khabar mereka, penjual dan pengedar surat khabar nie pun terus mencekup kedua-dua lelaki yang mencuri akhbar milik mereka...


Ketika lelaki ini  yang dipercayai mencuri akhbar nie ditangkap, didapati mereka sedang dalam proses untuk menjual akhbar nie kepada pelanggan. Adoi, Arm nengok pencuri nie sebenarnya ada bakat jadi usahawan. Tetapi oleh kerana tak ada modal nak buat bisnes, jadi dorang curilah akhbar tue untuk merealisasikan impian dorang kot..hahaha..Bukan begitu caranya kalau nak bisnes, carilah modal perniagaan dan berniagalah secara halal. Tak baik dan dapat dosa saja mencuri hak orang lain nie... 

4 ulasan:

  1. smoge pencuri tu bertanggungjawab balek bayar kerugian tu.

    BalasPadam
  2. Alynn Notnot : Semoga dia dpat belajar berusaha sendiri lepas nie...

    BalasPadam
  3. malaun betulla pencuri tu.. klu nk mencuri, mencurilah kat bank. brula disegani..

    BalasPadam
  4. to phycrewz :Hahaha...mungkin dia pencuri kecil-kecilan aja dong...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..