Best Story

1 Julai 2010

Lelaki Tua Kerepot Yang Durjana...

Salam buat semua...

Foto Kosmo

Sudah agak lama juga Arm tidak beraksi di blog Kamikaze ini. Bukan Arm berputus asa terhadap dunia blog yang penuh dengan cabaran ini atau merajuk atas komen-komen sahabat-sahabat sekalian terhadap rupa paras baru blog ini, kerana Arm sendiri yang mencari penyakit untuk meminta pandangan korang semua huhuhu... Kenapa Arm mengambil masa panjang untuk tidak menulis dalam dunia blog ini, biarlah jawapannya Arm simpan sendiri di dalam lubuk hati Arm yang paling dalam....


Jadi, Arm pun malas nak membuang masa korang dengan memperdengarkan cerita peribadi milik Arm yang tidak menarik untuk korang dengari. Jadi kita terus saja dengan cerita lelaki warga Australia yang berumur 90 tahun tetapi bernafsu binatang, mungkin binatang pun tak bernafsu macam beliau ini. Mengapa Arm katakan lelaki tua ini durjana, kerana dia telah melakukan satu perbuatan yang terkutuk dengan merogol serta mencabul 4 beradik yang masih di bawah umur lagi. Yang mana ke empat beradik itu berumur antara 7 hingga 15 tahun...


Dekat mana pulak kejadian ini berlaku? Kejadian ini telah berlaku di Chiang Mai, Thailand. Nasib baiklah tidak berlaku di negara kita Malaysia. Lelaki ini mengumpan kanak-kanak malang ini dengan gula-gula untuk masuk ke dalam rumahnya. Apabila pihak polis melakukan serbuan ke rumah lelaki ini, alangkah terkejutnya abang-abang polis ini kerana menjumpai 100 gambar kanak-kanak sedang berbogel. Dan ada juga beberapa keping gambar lelaki tua durjana ini sedang berbogel bersama-sama beberapa kanak-kanak...


Memang durjana betullah orang tua ini, cuba korang tengok gambar beliau di atas tue. Macam Arm nak bagi segenggam penumbuk jer kat muka orang tua tue, biar dia pengsan tiga hari kat situ. Tak pasal-pasal ramai kanak-kanak yang jadi trauma dan rosak akibat perbuatannya itu. Apa jenis manusialah ini orang...



9 ulasan:

  1. benci gilak tengok lelaki tua yang miang mcam ni.. Rasa nak cucuk mata dia guna tumit kasut..

    BalasPadam
  2. no matter how old, still can do many things =P

    BalasPadam
  3. salam arm~

    huhuh.. dunia skang dah xselamat tuk kanak2 laie.. walaupun org yg paling rapat ngan kanak2 tersebut pun dah xboleh nak di katakan selamat berada di smping mreka...

    BalasPadam
  4. bila tgk gamba dia, tak rasa geram.







    tapi rasa nak GELAK.






    apa ke la org tua ni. sah2 tak siuman!

    BalasPadam
  5. To Sharinginfoz : Mmg mcm2 ragam manusia...

    BalasPadam
  6. To Aini :ha..ngam la tue Aini...biar mata dia buta...

    BalasPadam
  7. To Eciz : Ooo..nak gelak yer...sekali org tua nie terkam ecis..nangis tak berlagu nnti..

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..