Best Story

5 Ogos 2010

Tembakan Buatkan Pasangan Nak Projek Lari...

Salam buat semua...

Apa khabar anda semua?? Arm harapkan korang semua dalam keadaan yang sihatlah hendaknya. Jaga kesihatan semua, terutamanya yang beragama Islam. Kita tidak lama lagi akan menyambut bulan Ramadhan, jadi badan kena sihat untuk mengerjakan puasa yang terkandung di dalam rukun Islam. Ingat, jangan tak puasa yer...

Oklah, Arm teruskan kepada kisah yang Arm nak kongsikan dengan korang semua. Kisahnya telah berlaku kat Kulim, di mana sepasang kekasih yang cuba ingin melakukan perbuatan maksiat di dalam sebuah ladang kelapa sawit telah terkejut dan lari lintang pukang dalam keadaan berbogel apabila terdengar bunyi tembakan...

Sebenarnya bunyi tembakan tue datangnya dari pasukan penembak haiwan liar yang kebetulan membuat operasi kat ladang tue. Pasangan tue pula, menyangkakan tembakan tue disasarkan kepada mereka, apa taknya dorang lari lintang pukang...

Akhirnya anggota penembak haiwan liar yang ternampak mereka telah menahan mereka dan telah menyerahkan pasangan ini kepada Pejabat Agama daerah Kulim untuk tindakan. Menurut pasangan ini, pada mulanya teman lelaki wanita ini mengambil dia di rumah untuk membawa wanita tue melawat emaknya yang sedang sakit di hospital...

Kesempatan itu, digunakan pasangan itu untuk melakukan maksiat kat dalam ladang sawit tue yang disangkakan selamat oleh mereka. Apalah dalam fikiran remaja nie, ibu sakit dah kena tahan kat hospital bukannya nak mendoakan agar ibunya cepat sembuh, tetapi melakukan dosa dan maksiat lagi...

Bayangkan ibu remaja wanita nie yang sedang sakit dapat tahu tentang kes nie, mahunya bertambahlah sakit ibunya itu. Nasib baiklah tembakan tue tak terkena mereka, Arm tak dapat bayangkan kalau anggota penembak haiwan liar nie ternampak pasangan nie dan menyangkakan pasangan nie haiwan liar? Tidak kah mampus kena tembak...

Arm harapkan kisah ini akan dijadikan teladan buat pasangan remaja yang sedang melakukan maksiat kat luar sana tue. Janganlah kita memandang rendah akan kes-kes khalwat ini, kerana ia adalah penyebab kepada kejadian pembuangan bayi yang seperti tiada kesudahannya kat negara kita ini...


15 ulasan:

  1. manusia akhir zaman... sentiasalah berdoa agar kita terpelihara daripada keaiban .. amin

    BalasPadam
  2. astaghfirullah...tak tau la apa yg diorang fikir...patut teman la mak yang tengah sakit tu...ni buat maksiat pulak...

    BalasPadam
  3. huh, nasib baik xmati kena tembak situ..kalo xsesia jer...aib!

    BalasPadam
  4. nyaris tak tertembak anu! kalau tak susah dapat zuriat..

    BalasPadam
  5. macam2 ragam orang zaman skang.. kalo binatang tgk pon diorang gelak kot..

    BalasPadam
  6. Harap di jauhkan dari perbuatan tak bermaruah macam ni

    BalasPadam
  7. salam am~

    hehehe...seb baik.. kalo x, nyawa melayang... :)

    BalasPadam
  8. To Mohd Fadil :Fikoran dorang nak keseronokan saja..tetapi mereka tak tahu keseronokan dunia nie hanya sementara saja...

    BalasPadam
  9. To DaHLia : Tuelah, klu lah dorg terkena peluru sesat time projek...malu kat dunia dpt siksa kat akhirat pun dapat..

    BalasPadam
  10. To Cikgu Din : klu tembak kat anu..gelap masa depan...hehehe

    BalasPadam
  11. To kyo_9 :Klu binatang tgok pun dorg yg malu kot...he

    BalasPadam
  12. To ~LP Lum~ : Sebenarnya tanpa mereka sedari, Allah SWT masih lg memberikan mereka peluang untuk bertaubat...

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..