Best Story

13 September 2010

Kes Pembunuhan Jutawan Kosmetik - Diseksa Sampai Mati!!

Salam buat semua...

Arm rasa belum terlambat lagi untuk Arm mengucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri buat semua warga Islam yang sedang membaca blog Kamikaze ini. Arm juga ingin memohon maaf sekiranya selama ini Arm pernah menyakiti hati korang semua melalui penulisan Arm di dalam blog ini. Maklumlah Arm ini pun manusia biasa juga macam korang, yang mana tidak pernah terlepas dari melakukan kesilapan...

Anggota  forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting, semalam.

 
Oklah, Arm teruskan kepada tajuk utama entry kali ini yang mana berkaitan kes misteri kehilangan Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya. Misteri kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 individu lain yang turut bersamanya pada 30 ogos lalu telah mengemparkan rakyat negara Malaysia di saat umat Islam sedang bersiap sedia menyambut ketibaan Aidilfitri...

Datuk Sosilawati  bersama pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, peguam peribadinya Ahmad Kamil Abdul Karim dan juga seorang pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad dipercayai hilang selepas berurus niaga tanah yang ingin dibeli oleh Datuk Sosilawati di Banting pada 30 ogos itu...

Misteri kehilangan Datuk Sosilawati bersama 3 individu lain terjawab apabila pihak polis telah menahan suspek utama kepada kes kehilangan jutawan kosmetik  ini yang mana suspek adalah seorang yang bergelar Datuk dan juga seorang peguam. Suspek dipercayai telah menculik, membunuh dan juga membakar mayat ke empat-empat mangsa di sebuah ladang di Teluk Gadong berhampiran Tanjung Sepat, Banting...

 Suspek utama kes pembunuhan ini ditahan pihak polis.


Motif utama pembunuhan ini masih lagi dalam siasatan dan berkemungkinan besar adalah kerana perniagaan dan berkaitan kewangan. Dipercayai suspek utama kes ini juga adalah seorang broker urus niaga tanah dan telah diperkenalkan kepada Datuk Sosilawati oleh seorang rakan rapat mangsa...

Pembunuhan ini memang tidak berperikemanusiaan dan tersangatlah kejam. kesemua mangsa bukan sahaja dipukul sehingga mati, mayat mereka juga dibakar sehingga menjadi abu. Kemudian abu mayat dan tulang-tulang mangsa telah dibuang ke dalam sungai pula. Ini mungkin adalah kerana untuk menghapuskan bukti pembunuhan...

Pembunuhan ini bagi Arm adalah sangat kejam dan negara kita Malaysia yang telah merdeka selama 53 tahun ini telah melahirkan insan yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kerjaya berkaitan undang-undang telah melakukan pembunuhan yang sangat kejam seolah-olah pelakunya ini tidak mempunyai fikiran yang waras dan berperangai seperti seekor binatang yang tidak layak hidup di dalam muka bumi ini bersama manusia lain... 

Apa yang Arm harapakan dalam kes ini adalah agar pelaku-pelaku kepada pembunuhan kejam ini diberikan hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka kerana mereka telah menyebabkan anak-anak  yang tidak mengerti apa-apa menjadi anak yatim dan isteri, menjadi ibu tunggal yang selepas ini terpaksa berjuang meneruskan hidup tanpa suami...

12 ulasan:

  1. selamat ari raye..hehehe..c terlmbt lg..huhu

    BalasPadam
  2. Selamat hari raya Arm... hehe...
    terkejut ngan berita ni.. Al-fatihah..

    BalasPadam
  3. Selamat Hari Raya Arm..

    beri lah hukuman yang setimpal pada pesalah2 ini...sgt tak berperikemanusiaan...=_=

    BalasPadam
  4. salam arm~

    selamat hari raya gak... maaf zahir dan batin andai ada terkasar bahasa sewaktu komen entries2 kamu... :)

    al-fatihah dan takziah buat kuarga arwah dato' sosilawati... :(

    BalasPadam
  5. sedih kan tgk kes ni.. kejammmm sgt!! :(
    takziah buat mereka yg terlibat...

    anyway,
    selamat hari raya arm....!!
    maaf zahir batin...
    thanks sudi lawat blog saya...
    ada masa nnti singgah2 la lg ye :D

    BalasPadam
  6. To Norfa Lyana :Arm turut terkejut mendengar berita nie, boleh dikatakan hampir seluruh rakyat Malaysia terkejut dgn berita pembunuhan ini..

    BalasPadam
  7. To Nur Hayaty : Harap2 pembunuh kejam ini akan dihukum bunuh juga..Jangan hanya dipenjarakan saja..Perbuatannya memang zalim...

    BalasPadam
  8. To ~LP Lum~ :Ok Lp Lum, Arm jga ingin ucapkan TQ banyak2 kat ko sbb selalu jenguk blog Arm yg tak seberapa nie..

    BalasPadam
  9. To Wawa~* :Memang sedih, geram pun ada juga kat penjenayah kejam nie, perbuatannya mmg melampau...

    BalasPadam
  10. betul... harap pesalaqh kes ni dihukum setimpal & berat!

    BalasPadam

Apa Komen Anda..?? Komen anda sangat dihargai demi memberi gua semangat untuk terus berblog..